CARA PENGAGAAN MUKA YANG BETUL

( sumber : https://www.bidadari.my/tips-penjagaan-muka/)

 

Hi Assalammualaikum uollss 🤎

 

Hai Korang , Kak Dela nak tanya korang nak cantik tak? Ehh apa Kak Dela ni tiba-tiba tanya nak cantik ke tak ni. Pasti la nak kan huhuhu 😆.  Haa kalau korang nak cantik, korang jaga tak muka korang? Jaga muka bukan bermaksud pakai produk-produk je tau. Tapi jaga dari segi semua benda. Kalau pakai produk je, nanti dah berhenti pakai, cantik lagi ke? “Amboi Kak Dela nak kata orang tak cantik la tu.” Ehh jangan salah faham, Kak Dela bukan nak kata korang tak cantik, tapi Kak Dela maksudkan , flawless lagi ke? Haa tu maksud Kak Dela.

Maklumm lah, zaman sekarang semua jenis makanan kita makan, mahu tak timbul miss j (jerawat), iyo idok?. Jadi jom Kak Dela kongsikan bagaimana mahu merawat muka dengan betul untuk kekal cantik😉

 

 Cara penjagaan muka :

1.  Minum air putih secukupnya.

(sumber : https://www.majalahsains.com/manfaat-30-hari-minum-air-kosong/)

Kak Dela rasa semua orang tahu bahawa pengambilan air putih secukupnya memang bagus untuk kesihatan. Begitu juga dengan muka, Pengambilan air putih muka yang cukup dapat memastikan kulit muka sentiasa segar dan mengekalkan kelembapan kulit. Jadi korang yang ada masalah kulit kering, pastikan minum air masak banyak-banyak ye 🙂,

 

2. Tidur yang mencukupi

(sumber :  https://tularr.com/2017/08/19/bukan-malas-tapi-perempuan-memang-kena-tidur-banyak-sebab-otaknya-bekerja-keras/)

 Korang nak cantik, korang kena tidur yang secukupnya. Sebab apa? Sebab kalau korang perasan, kalau korang kurang tidur, pasti muka korang sembab kan. Tapi kalau korang tidur cukup, muka korang akan berseri-seri 🥰.

 

3. Rajin bersenam

(sumber : https://my.lovepik.com/image-500933443/girls-exercising-on-campus-playground.html )

Bersenam dapat menegangkan kulit kita. Jadi kalau kita rajin bersenam secara semulajadi, kulit kita akan lebih anjal dan tidak berkedut walaupun sudah berusia. Jadi lebih awet muda gitu😙

 

4. Mencuci muka sebelum riadah

(Sumber : https://eh.com.my/artikel/kecantikan/berita-cantik/8-cara-penjagaan-kulit-muka/)

Korang kalau nak pergi riadah pastikan cuci muka terlebih dahulu, dan apabila selesai juga cuci muka. Supaya kotoran yang ada pada muka terhapus. Sebab tu, kita sebagai orang islam, kalau tengok orang yang solat penuh 5 waktu sehari, wajah mereka berseri . itu kerana mereka selalu mencuci muka. Jadi segala kotoran di muka akan terhapus.

 

5. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit.

(sumber : http://www.audelabeauty.com/product/audela-adore-skincare/)

 

1.       Mula-mula korang cuci muka korang dengan sabun pencuci apa-apa yang sesuai dengan kulit korang. Korang cuci la sekurang-kuranya 2 kali sehari. Iaitu pagi dan malam.

2.       Kemudian, selepas selesai cuci muka, korang pakai toner .

3.       Akhir sekali korang sapukan pelembab pada muka.

Kak Dela Pakai Adore, sebab kulit Kak Dela sesuai pakai Adore. Dan yang paling best adore ni dijual satu set. Dalam set tu dah ada pencuci, toner dan pelembab. Jadi Kak Dela tak perlu susah-susah la cari produk huhu🤭. Tambahan pulak adore dibuat daripada bahan semulajadi. Korang kalau nak cari produk , korang harus pakai produk yang tak ada bahan yang terlarang ye. Kalau boleh pakai produk yang dibuat daripada bahan semulajadi.

 

       6. Elakkan daripada menyentuh muka

(sumber : https://www.wanista.com/2017/137656/stop-ini-sebabnya-kenapa-tak-boleh-picit-jerawat/)

Korang kalau duduk saja-saja main fon, tengok tv jangan la tangan tu gatal sangat nak sentuh-sentuh muka. Kalau jerawat timbul, jangan la picit jerawat tu, nanti akan timbul lagi banyak pulak. Yela tangan kita ni kotor, semua benda kita pegang, lepastu boleh pulak pergi pegang muka. Memang kuman akan melekat la dekat muka tu. Haa padan muka 😡.. kemudian , jangan kita cucuk muka kita, yela nak hilangkan jerawat punya pasal, sampai pergi cucuk muka😂. Hal ini kerana, perbuatan demikian akan merosakkan tisu-tisu halus di kulit muka dan keradangan. Jadi korang jangan sentuh muka ye.

 

7. Amalkan pemakan yang sihat.

( sumber : https://makassar.sindonews.com/read/36052/7/untuk-perempuan-dilarang-makan-di-atas-jam-6-sore-ini-alasannya-1576069974)

Soal pemakanan memang kita harus jaga ye. Korang jangan terlalu kerap makan makanan yang berminyak, sepaya muka kurang berminyak. Makanan menjadi salah satu faktor untuk menadapatkan muka yang flawless. Untuk memiliki kulit yang sihat dan berseri , amalkan makan sayur-sayuran , buah-buahan, kekacang , bijirin, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6 dan makanan yang mempunyai mineral zink.

Itu semua adalah cara untuk menjaga kulit dengn betul untuk mendapatkan kulit yang gebu dan flawless gitu. Korang kena amalkan untuk mendapat kesan yang lebih cepat. Jangan buat satu hari je tau🤣.

 Dah bye Assallammualaikum🖤

 

 Sumber

 

·         https://eh.com.my/artikel/kecantikan/berita-cantik/8-cara-penjagaan-kulit-muka/

·         http://www.wom.my/kecantikan/tips-penjagaan-muka/

·         https://www.bidadari.my/tips-penjagaan-muka/

 

 

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *