CARA SAYA MENGHILANGKAN 10KG DALAM MASA SEBULAN TANPA UBAT KURUS

Kalau cakap pasal kurus, semua pakat nak kurus. Bila ajak bersenam sehari dua je semangatnya, hari ke 3,4,5 dan seterusnya

rehat

rehat

rehat….  Sampai ke sudah.

“Woi gemuk, hitam!!” 

“Kalau kau yang duduk atas pelamin ni confirm senget sebelah”

Berdesing telinga dengar kata-kata hinaan daripada orang sekeliling. Mungkin mereka anggap ini satu gurauan, tapi sakitnya hati ni Allah je yang tahu. Nak cerita pasal malu, tak usah cakap lah. Muka ni dah tebal berinci-inci. Sehingga lah satu hari saya terfikir sampai bila nak biar orang herdik,caci maki kita? Baca beratus artikel pasal kurus kalau tak mula pun tak kemana akak-akak oii. Sebenarnya, bermacam cara boleh dilakukan untuk menguruskan badan tidaklah terlalu sukar memandangkan ramai orang berkongsi cara dan tips yang mudah untuk diikuti. Jadi di sini saya share kan rutin saya untuk hilang 10kg dalam masa sebulan. Jadi wanita-wanita diluar sana kalau nak kurus kena lah rajin. Bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang. Jadi kena disiplin.

1) JANGAN BERLAPAR

Ramai individu yang bersaiz XL, XXL, atau pun XXXL di luar sana yang menganggap nak kurus kena berlapar. Guys, girls it’s a big NO! Anda tak perlu berlapar untuk kurus. Ramai orang diluar sana yang failed dalam rutin diet mereka untuk kurus kerana berlapar. Akhirnya mereka stress dan makan dengan lebih banyak. Yes anda dibenarkan untuk makan 6-7 kali sehari tetapi mestilah dalam portion yang betul. Portion yang betul tu macam mana ya? Seperti yang ditunjukkan di bawah ini ya pembaca yang dikasihi sekalian.

2) MINUM AIR KOSONG DAN GREEN TEA

Bagi penggemar minuman berkarbonat dan bergula, lupakanlah sebentar minuman kegemaran anda itu. Gantikan dengan air kosong dan juga green tea. Green tea tu jangan gatal-gatal add-on sugar okay. Banyak kelebihan minum green tea ni. Seperti yang dinyatakan didalam artikel Utusan Online, green tea atau teh hijau sarat dengan kandungan nutrien dan antioksida semula jadi yang dipanggil polifenol. Antioksida ini diperlukan untuk meningkatkan fungsi otak, mengurangkan berat badan dan risiko menghidapi pelbagai jenis kanser. Kalau rasa tak boleh nak telan campurkan sedikit perahan lemon ke dalam green tea tersebut untuk mengurangkan rasa pahit :). Tapi kalau masih tak boleh tahan dengan kepahitan green tea, cara paling mudah dan sedap ialah dengan consume 1 sachet Audela bersama 200ml plain water. Mudah kan?

3) SENAMAN 30MIN SEHARI

Seterusnya spent masa anda dalam 30 min sehari untuk melakukan senaman. Kita ada 24Jam sehari, takkan nak spent 30 min sehari tak boleh untuk kesihatan badan kita sendiri, ye dok? Bagi mereka yang memang buzy dengan kerja tu cuba banyakkan bergerak seperti gunakan tangga dan berjalan kaki. Ataupun anda boleh sahaja download workout apps di playstore/ appstore anda. Jangan download je lepastu biar dalam hp buat penuh memory. Dah download tu kita workout la sekali mengikut guide dari apps tu okay?

4) JANGAN MAKAN FAST FOOD

Sewaktu berdiet ni, adalah kewajipan untuk kita elakkan makan fast food pada 3 minggu pertama.  Iye memang susah tapi bila kita da set kan pada minda kita InsyaAllah anda akan berjaya melepasi ujian ni.

5) JANGAN MENGALAH DAN SELALU MEMOTIVASIKAN DIRI UNTUK DIET.

Jangan pernah mengalah sewaktu proses diet ni. Orang-orang sekeliling pun janganlah menghina kami yang berbadan besar ni. Berikan mereka semangat untuk dapatkan badan yang kurus dan sihat.

Akhir kata, cuba lah untuk disiplin kan diri sewaktu berdiet. Adalah lebih baik untuk kita memulakan diet dan hidup sihat daripada hanya menunggu badan kita untuk kurus dengan sendirinya. Semoga bermanfaat!

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *