Dah Sedut Gas Entonoks tapi Sakit Kontraksi Tidak Berkurang? Ramai yang Masih Tidak Tahu Info Penting Mengenai Entonoks

Gas entonoks merupakan salah satu cara yang dapat digunakan bagi mengurangkan sakit kontraksi semasa bersalin. Namun, tahukah anda cara penggunaannya yang betul supaya kesakitan yang dialami dapat dikurangkan? Tetapi, perlu diingatkan gas entonoks tidak 100% menghilangkan sakit kontraksi tetapi cuma membantu mengurangkan kesakitan tersebut. Jom kita semak info-info berkaitan gas entonoks ini.

1. Sedut sebelum kontraksi
Gas entonoks juga dikenali sebagai laughing gas. Ia merupakan gabungan nitrus oksida dan oksigen. Jika mahu menggunakan gas ini, tekap di mulut dan hidung dan tarik nafas dalam-dalam dan sedut gas ini sebelum kontraksi datang secara berkala. Gas ini mampu membuatkan anda rasa tenang dan secara tidak langsung membantu mengurangkan sakit kontraksi.

2. Tidak memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan
Dengan gas entonoks, ada yang berjaya mengawal kesakitan akibat kontraksi dan ada yang tidak. Gas entonoks merupakan pilihan penahan sakit yang murah berbanding pethidine dan epidural. Malah, ia juga merupakan penahan sakit yang paling selamat dan tidak memberi kesan sampingan kepada bayi di dalam kandungan.

3. Ada yang Terkena Kesan Sampingan
Biarpun penggunaan gas entonoks ini selamat, namun masih ada segelintir yang mendapat kesan sampingan akibat dari penggunaan gas ini seperti mual atau loya, pening, sakit kepala dan khayal. Tetapi kesan ini hanya bersifat sementara sahaja dan akan hilang beberapa jam kemudian. Cara yang terbaik ialah anda memegang sendiri topeng hidung dan mulut disaat kontraksi hampir tiba supaya anda dapat mengawal sendiri bila mahu menggunakannya dan dos pengambilan yang bersesuaian dengan anda.

4. Langkah Betul Menggunakannya
Tidak semua orang merasa gas entonoks membantu mengurangkan sakit kontraksi. Namun begitu, bagi sesetengah kes, ia adalah akibat dari cara penggunaanya yang tidak betul. Pastikan lekapan topeng hidung dan mulut adalah kedap dan sedut secara perlahan-lahan sebelum kontraksi datang. Sedut dalam-dalam sehingga sakit kontraksi semakin berkurang. Pastikan anda tidak menyedutnya secara terus-menerus kerana ia boleh menyebabkan anda merasa khayal, mengantuk dan hilang tumpuan.

Semoga info-info ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan dan diberi kemudahan untuk melahirkan sang permata hati. Haa lepas bersalin, jangan lupa ambil jamu moden Adore tau yang mampu merawat pelbagai masalah dalaman dan luaran wanita khususnya bagi yang sedang berpantang. Boleh tengok testimoni yang berjaya disini.

Sumber : Intan Jastina, Pa&Ma

Dah berAudela? Klik disini untuk dapatkan produk dari agent sah kami..Boleh join jadi agent kami jugak tau..Assalamualaikum

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *