Diet untuk kehamilan yang sihat

Perlukah saya ubah cara pemakanan kerana saya hamil?

Memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Baca mengenai cara untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Makanan berkanji: Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.
  • Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.

 

Hehe.. Anda dah cuba Audela atau Adore? Rugi tau kalau tak cuba.. jom dapatkan Audela dan Adore sekarang! http://www.audelabeauty.com/list-of-agents/?v=0c23032714f8

Sumber daripada: https://www.babycenter.com.my/a1029322/diet-untuk-kehamilan-yang-sihat#ixzz57tYhYfdJ

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *