ELAKKAN 5 PERKARA INI JIKA MAHU KURUS!!

(Sumber : https://panduangayahidupsehat.wordpress.com/tag/katakan-tidak-pada-makanan-berlemak/)

 

 Assalammualaikum semuanya 🖤

 

Korang!! Patutlah diet tak menjadi!!

Kak Dela ketika muda-muda dulu selalu diet , kononnya nak kurus macam Era Fazura 😆. Tapi tak pernah menjadi, badan macam tu jugak, kadang ada hari turun sekejap, lepastu timbang lagi naik pulak berat badan. Berat ni memang nak main-main dengan kita kot kan😂… berat badan memang tak pernah konsisten. Rupanya cara Kak Dela diet yang salah.

Jadi jom kita tengok benda apa yang harus kita elakkan kalau nak diet ni.

 

       1.       Jangan jadikan hari hujung minggu sebagai hari menjamu selera korang


(sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2017/06/26/jangan-terlena-dengan-makanan-raya-ingat-pasal-kesihatan/)

Korang kalau nak kurus jangan setiap hari hujung minggu korang buat “cheat day” korang . kalau nak buat “cheat day” korang pilih la sehari je dalam seminggu tu. Kalau setiap hari hujung minggu korang “cheat day” memang tak boleh kurus, lagi bertambah berat ada lah. Kalau “cheat day” tu bukan bermaksud korang boleh makan banyak macam 5 orang nak makan ye. “cheat day” tu bermaksud korang boleh makan makanan yang korang teringin nak makan sangat tu je. jangan pulak 24 jam makanan dekat tangan tau😆. Memang sampai bila-bila la tak boleh kurus.

 

 2.       Jangan amalkan minum air kosong je.

(sumber : https://www.majalahsains.com/manfaat-30-hari-minum-air-kosong/)

Minum air kosong tu memang bagus untuk kesihatan dan sangat penting untuk orang yang mahu turunkan berat badan. Tetapi disini, Kak Dela bukan nak larang korang minum air kosong tau huhuhu😅, korang pasti fikir macam ni kan

 “ish Kak Dela ni, haritu bukan semangat lagi suruh amalkan air kosong”

“Kak Dela ni mana satu? Dulu cakap air kosong ni penting”

 Hahaha Kak Dela bukan tak bagi , Kak Dela cuma nak pesan, korang jangan sesekali hanya minum air kosong untuk kuruskan badan, tanpa makan makanan lain. Kalau korang hanya bergantung pada minum air kosong sahaja, korang boleh pingsan tau sebab protin tak ada dalam badan. Kalau nak diet korang kena pastikan yang badan korang cukup protin. Makanan kena makan, air kosong pun kena minum. Baru dinamakan diet yang berkesan dan sihat 😉.

 

 3.       Jangan amalkan makan makanan pedas


(sumber : http://lumajangsatu.com/baca/suka-makan-pedas-kemungkinan-kamu-pedas-juga-di-ranjang)

Kak Dela dulu kalau nak kurus, pasti makan makanan yang pedas-pedas. Sebab makanan pedas ni boleh membantu membakar lemak-lemak. Selain itu, ia boleh buat kita berpeluh dan menurunkan kandungan gula dalam darah. Dan kebetulan Kak Dela memang penggemar makanan yang pedas hihihhi🤭. Tapi korang tau tak kalau korang amalkan makan makanan yang pedas atau mengambil secara belebihan akan menyebabkan masalah pencernaan dan merosakkan perut tau. Tak pelik lah kalau pengemar makanan pedas ni sering sembelit🥴 (takpa kalau korang sembelit minumlah Mocha FT dari Audela ye😉). Jadi korang lepasni jangan amalkan makan makanan pedas tau.

 

       4.       Jangan skip sarapan pagi


(sumber : https://bukanaku.com/makanan/923/13-makanan-yang-healthy-people-makan-untuk-sarapan-pagi/)

Korang kalau nak kurus, jangan skip sarapan pagi. Mentang-mentang nak kurus, sampai tak nak makan pagi. Itu adalah salah satu sikap orang yang nak diet ni. untuk mengetahuan korang, satu kajian telah dijalankan, mengatakan bahawa orang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambil sarapan pagi. Hal ini kerana, sarapan pagi mengimbangkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metobalisma juga akan meningkat untuk membakar kalori. Jadi kat sini memang “terang lagi bersuluh” bahawa pengambilan sarapan pagi tu penting. Tapi Korang jangan makan makanan yang berlemak pulak macam nasi lemak, kuih-muih dan sebagainya . korang makan makanan yang sihat contohnya, gandum, oat dan banyak lagi ok 👌

 

    5.       Jangan berlapar dalam pemakanan


(sumber : https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2019/05/01/sebab-selalu-lapar)

“ehh bukan kalau nak diet kena makan dengan jumlah yang sikit ke?”

“Kak Dela ni , nak kasi jadi gemuk ke kurus ni?”

Maksud Kak Dela bukan Kak Dela suruh korang makan banyak. Maksud Kak Dela ialah, korang jangan biarkan perut korang berlapar. Jangan tahan bila perut korang minta diiisi. Hal ini kerana, Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh kita akana terkejut. Tubuh kita mula akan membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini akan menyebabkan metabolisma dalam tubuh menjadi lemah.

Jadi bila korang mahu makan, korang akan mengambil makanan dengan lebih banyak kerana korang sudah berlapar. Pada waktu ini, walaupun tahap pengambilan makanan korang telah kembali ke paras normal, metabolisma dalam tubuh masih lagi rendah, ini akan menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

Kesimpulannya korang kalau lapar, jangan sesekali tahan. Terus je makan supaya anda tidak mengambil makanan yang terlalu banyak nanti. Korang kalau nak diet atau kurus, korang harus amalkan cara yang sihat agar kesihatan kita tidak terjejas. Apa gunanya kalau dapat betuk badan yang kurus, tetapi mengalami penyakit yang tidak diigini betul tak? Kita harus menjaga tubuh kita dari luar mahupun dalaman. Jangan disebabkan mahu kecantikkan luaran , dalaman merana.

Tu je yang Kak Dela boleh kongsikan pada korang semua ye.  bye jumpa lagi.

 

Assalammualaikum😘

(sumber : https://www.migrationtranslators.com.au/good-luck-symbols-in-different-cultures/)

 

 Sumber

·         http://www.jomdiet.com/

·         https://says.com/my/seismik/mitos-diet

·         https://www.hanasuva.com/jangan-buat-5-perkara-ini-kalau-nak-cepat-kurus/

 

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

 

 

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *