Ini Dia 7 Makanan Sunnah Yang Harus Anda Amalkan

 

Image result for assalamualaikum jawi

Tahukah anda, untuk memastikan satu organ yang penting dalam tubuh badan seseorang iaitu otak agar kekal berfungsi dengan baik adalah melalui pemakanan. Dalam Islam sendiri sangat mementingkan soal pemakanan. Mengapa Islam sangat menitik beratkan soal pemakanan? Seperti yang telah diriwayatkan didalam surah Al-Baqarah ayat 172, Allah berfirman :

 

Surah Al-Baqarah Ayat 172

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah: 172).

 

 

Dari ayat di atas. jelas menunjukkan bahawa pentingnya kita menjaga pemakanan kita, bukan sahaja dari khasiatnya malah dari sumber yang diperoleh.  Nabi Muhammad (s.a.w ) sendiri pernah bersabda :

 

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”

-Hadis Riwayat Bukhari

 

Oleh sebab yang demikian, entry kali ini Kak Dela nak share tentang makanan sunnah yang di amalkan oleh Rasullullah (s.a.w.). Dengan izin Allah swt juga, makanan-makanan ini bukan sahaja membantu mencerdaskan otak malah akan memberi kesihatan tubuh, melambatkan, mencegah serta membantu kesembuhan pada penyakit-penyakit yang melibatkan struktur dan fungsi otak seperti Dementia, Schizophrenia, Alzheimer, Parkinson, Strok dan lain-lain penyakit lagi. Jom kita baca apa makanan yang Rasullullah selalu amalkan 😍

1)KURMA

Health benefits of dates

🍒Kurma adalah buahan yang bebas dari kolestrol dan kandungan lemak yang rendah. Ianya sangat kaya dengan vitamin dan mineral dan merupakan sumber serat makanan, tanin, vitamin A, zat besi, kalium, kalcium, mangan, tembaga dan juga pyridoxine (Vitamin B-6). Sa’ad ra mendengar Rasulullah bersabda, “Barang siapa memakan tujuh butir kurma ajwah di pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya pada hari itu.” (HR. Bukhari).

2)BUAH ARA/TIN

5 Khasiat Buah Tin untuk Kesehatan Tubuh Cara Sehat Alami

🍒Buah Tin adalah buah yang rendah kalori dan bagus untuk tulang. Buah Tin juga dikenali sebagai buah syurga. Ianya menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan, nutrien yang banyak serta bersifat anti-oksidan.

3)Anggur

François J. Interiors www.interiordesignbyfrançois.com

🍒Nabi (SAW) sangat menggemari anggur. Mereka berguna untuk membersihkan darah, memberikan semangat dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut kerana kandungan serat mereka yang tinggi. Buah anggur telah disebutkan dalam Alquran sebanyak 14 kali. Nabi Muhammad bersabda ,” Kalian mempunyai kismis ( anggur ). Ia dapat mencerahkan wajah dan menghilangkan dahak.” (HR Abu Nuaim)

4)MADU

McAlister's Honey Mustard Dressing

🍒 Nabi Muhammad (SAW) bersabda. “Madu adalah penyembuhan setiap penyakit perut”. Baginda mengamalkan minum madu + air pada waktu pagi. Malah madu dianggap ubat terbaik untuk cirit-birit apabila dicampur dalam air suam. Ia adalah makanan dalam makanan dan minuman dalam minuman. Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan selera makan, menguatkan perut, menghapus kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, melegakan mata dan sebagai pembersih mulut.

5) Minyak Zaiton

Explaining how extra virgin olive oil protects against Alzheimers disease!

🍒 Makanan ini disebut dalam Al-Quran. Abu Na’im melaporkan bahawa Abu Hurairah menceritakan bahawa Nabi Muhammad (SAW) bersadba, “Makanlah minyak zaitun dan aplikasikan (secara lokal), karena terdapat ubat untuk tujuh puluh penyakit di dalamnya, [dan] salah satunya adalah kusta”.  Zaitun dikatakan makanan Nabi. Minyak zaitun adalah rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, sebagai anti-penuaan, dan merawat keradangan perut, ditambah dengan manfaat menggunakannya dalam masakan kerana kalorinya yang rendah.

6)Melon

Sweet and full of water, refreshing on a hot summer day - GC

🍒Nabi (SAW) berkata: “Tidak ada seorang wanita yang sedang hamil dan makan melon akan gagal menghasilkan zuriat  yang baik dalam wajah”.  Melon juga mempunyai kandungan air yang sangat tinggi dan hebat untuk musim panas.

7)HABBATUS SAUDA

Khasiat dan Manfaat Habbatussauda | Habbatus Sauda

🍒Last but not least, Habbatus Sauda dimana menurut baginda nabi Muhammad (saw), adalah ubat untuk semua penyakit kecuali kematian. Habbatus sauda termasuk antibiotik semulajadi bersama dengan nutrien penting dan vitamin seperti Vitamin A, fosfat dan zat besi selain daripada sebatian yang lain.

Oleh itu, kita perlu sedar bahawa pengambilan pemakanan sunnah banyak memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. Dengan mengamalkan makanan ini, ia bukan sahaja mampu mencerdaskan otak malahan akan membantu mengelakkan badan dari diserang penyakit. Jadi Kak Dela berharap agar setiap lapisan masyarakat terutama masyarakat Islam mengambil pemakanan yang betul dalam kehidupan mereka supaya hidup mereka lebih bahagia dan diberkati, bukannya main sumbat je semua makanan dalam perut ni! 😌

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *