“Ini Kisah Bagaimana Berat Saya Turun dari 94kg Menjadi 70kg Tanpa Sebarang Produk”

Okayy guys and girls sekalian yang memerlukan motivasi diri untuk kurus dan berdiet tu, jom kita ikuti kisah seorang gadis yang dulunya pernah dihina kerana gemuk dan kini menjadi rebutan apabila beliau berjaya menguruskan badan beliau. Jum kita ikuti pengalaman beliau.

“Aku pernah bagitau aku ada masalah berat badan sejak kecil kan? Tak silap sejak berumur 7 tahun sebab masa kecil dulu pernah masuk hospital akibat diarrhea sampai kehilangan berat yang sangat mendadak dan hilang selera makan.

Tapi lepas je keluar wad, badan terus mengembang dan kembang dengan jayanya sampai lah kesudah. Jadi memang tak pernah kuruslah dari hari tersebut. Sekarang dah percaya ke belum?

Berat badan paling banyak yang pernah berjaya aku ternak adalah 94kg. Sekarang ini maintain 70kg-71kg. Masih jauh lagi perjalanan untuk dapat berat yang ideal. Ok mari aku terangkan diet yang aku pernah buat.

Ya, sebelum ni aku memang buat diet Atkins dan ia ada membantu juga. Tapi sejak badan dah start plateu, aku ubah cara diet dan join JK1M7 serta ubah dari diet Atkins kepada diet kalori iaitu kira semua kalori yang kita makan setiap hari.

Apa-apa jenis diet pun tak salah, asalkan kita ada ilmu dan konsisten. Dan, jangan lupa buat senaman sekurang-kurangnya seminggu 3 kali bagi keluar peluh dan bagi badan nampak cantik tak gedebeh sana-sini.

Ingat nak kurus memang perlukan banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga, lebih-lebih lagi makanan. Tak senang, sangat tak senang nak tinggalkan makanan kegemaran okey. Sampai sekarang pun aku masih ‘struggle’ untuk jaga pemakanan. Dan jangan banyak alasan untuk bermula atau untuk mulakan langkah pertama.

Penting lagi satu adalah kena banyak bersabar sebab perjalanan nak kurus memang bukan mudah. Jangan buat diet yang turun drastik gila sebab tak mustahil dia akan naik lagi gila. Sentiasa konsisten dan jangan putus asa.

Kawan-kawan pula kalau tahu kawan kita tu tengah dalam program diet, supportlah sikit. Bagi semangat. Bukan senang nak kurus ni, tahu tak? Kalau kau orang ajak dia makan dan dia kata dia diet tak nak makan, hormat bukan memperlekehkan dan gelakkan usaha dan cita-cita dia. Okey?”

*Cerita diatas ditulis oleh Anne Annira Azmahira  

Disini saya sharekan sedikit tips untuk korang yang sama-sama nak menguruskan badan. Antaranya adalah

1.Cari sebab kenapa anda nak kurus.

#Ini adalah supaya korang tahu dengan jelas tujuan korang nak kurus. Ini juga adalah goal jangka masa panjang korang. Kalau boleh lekatkan goal korang tu dekat tempat yang korang senang nak nampak dan baca. So korang akan always keep in track dan tak tersasar dari aim dan goal korang.

2. Jaga Pemakanan

#Gunakan formula 80% diet dan 20% senaman. Kalau diet je tapi senaman nya tak dibuat susah jugak la berat tu nak turun pembaca sekalian. Jadi jangan lupa senaman.

3.Jaga Kalori per intake

#Korang boleh  rujuk link ini calculator.net/calorie-calculator. Jangan ‘exceed’ kalori yang sepatutnya diambil sehari kalau nak turun berat badan.

4,Makan 5-6 kali sehari

#Seperti biasa jangan biarkan perut tu lapar. Makan dengan teratur. Dan saya suggestkan sebelum makan tu kita minum segelas Audela. Bukan setiap kali nak makan ye hanya sehari sekali. InsyaAllah korang tak akan rasa nak makan lebih dari portion yang sepatutya.

5.Minum air dengan cukup.

6. Dan yang terakhir adalah senaman. Lakukanlah senaman atleast 30min setiap hari. Barulah boleh nampak perubahan pada badan korang. Selamat maju jaya!!

**Jangan lupa amalkan Audela setiap hari untuk kesihatan dalaman dan luaran dan bonus korang boleh dapat pelbagai manfaat  walau hanya 1 sachet Audela.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *