Jual Produk Kecantikan Secara Runcit

Terdapat banyak cara mahu memulakan bisnes produk kecantikan secara runcit. Salah satu cara yang mudah ialah melalui pemasaran media sosial.

Selepas anda borong produk kecantikan anda boleh ambil gambar stok anda dan mula menjual kepada kawan-kawan di media sosial yang ada seperti Facebook, twitter, instagram, blog dan sebagainya.

Selain itu sekiranya anda seorang pekerja di sektor swasta atau kerajaan anda boleh menjual produk kecantikan kepada kenalan anda.

Banyak usahawan online yang berjaya di luar sana memulakan bisnes semasa mereka masih bekerja makan gaji!

Sekiranya anda seorang pelajar kolej atau universiti menjual produk kecantikan ialah satu bisnes yang sangat mudah. Anda boleh menjualnya dengan melakukan pemasaran di akaun instagram.

Kaedah di atas adalah cara mudah memulakan bisnes produk kecantikan secara runcit.

Seandainya anda sudah mempunyai premis atau kiosk maka lebih mudah anda menjual produk kecantikan secara runcit. Tapi untuk mempunyai premis atau kiosk sudah tentu anda perlu mengeluarkan banyak wang!

Ini cara orang yang bermodal. Maka jika anda kurang modal atau baru memulakan bisnes jangan guna cara ini. Nanti anda mula nak fikir buat loan! Jangan!

Jika anda mahu mulakan bisnes dengan modal rendah atau tanpa modal jadi agent dropship. Mula jual produk orang lain secara konsisten dan simpan duit anda untuk mulakan bisnes sendiri suatu masa nanti.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *