Kekalkan Kecantikan Wajah dengan Ais Batu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Audela Lovers semua. Semua sihat ke tu? Diharap kesihatan kita semua dalam keadaan yang memberangsangkan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. Oh yaa. Anda semua tahu tak apa kegunaan ais batu selain digunakan dalam minuman kita? Ramai yang tidak tahu ais batu sangat elok untuk merawat kulit wajah kita agar terus kekal cantik dan menawan. Berikut merupakan antara manfaat ais batu untuk kulit wajah kita.

1. Menyegarkan wajah

Apabila ais ditekap pada wajah, secara automatik akan meningkatkan pengaliran darah dan mendatangkan kesan sejuk pada wajah. Ia secara tidak langsung dapat memberi kesegaran  pada wajah kita yang kusam dan penat. Ada 2 cara mudah yang kita boleh lakukan. Yang pertama, ambil beberapa biji ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas tersebut untuk ditekapkan pada wajah. Cara yang kedua ambil beberapa biji ais batu dan letakkan dalam tuala kecil dan tekapkan pada wajah.

2. Mengurangkan masalah jerawat

Jerawat merupakan musuh utama bagi wanita. Ambil beberapa ketul ais dan tekapkan pada jerawat secara lembut. Ia dapat mengurangkan bengkak dan kemerahan pada wajah. Selain itu, ia juga dapat membantu mengecutkan jerawat. Ais juga dapat mengimbangi dan mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah.

3. Mengecilkan liang pori pada wajah

Ais juga boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori pada wajah. Caranya ialah dengan meletakkan ais di dalam tuala kecil dan tekapkan pada seluruh wajah. Dengan cara ini dapat membantu mengurangkan saiz liang pori sebelum menggunakan alat solek pada wajah.

4. Mengubati mata sembab

Mata sembab boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya kurang tidur, terlalu stress, mata terlalu penat boleh menyebabkan mata menjadi sembab,bengkak atau kata lainnya “eyebag”. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sembab pada mata ialah letakkan ais dalam tuala kecil dan tekapkan pada  kawasan mata kita. Dengan cara ini ia dapat memberi efek sejuk dan segar pada mata kita.

5. Meningkatkan peredaran darah

Ais juga dapat meningkatkan peredaran darah seterusnya mengurangkan tanda-tanda penuaan pada wajah seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Caranya sama sahaja dengan meletakkan ais dalam tuala kecil dan tekapkan pada  seluruh wajah kita. Ia boleh dilakukan secara rutin bagi mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Solekan menjadi tahan lama

Pernah dengar ais dapat membuatkan solekan tahan lebih lama? Sebelum bersolek, tekapkan ais pada seluruh wajah kita dan biarkan untuk beberapa minit. Ais batu dapat membantu solekan tahan lbih lama erta membantu untuk menutup liang pori pada wajah.

 

Jadi, jom kita amalkan petua mudah ini dengan hanya menggunakan ketulan ais batu sahaja. Kos juga dapat dijimatkan. Audela juga boleh digunakan utuk mengekalkan kecantikan dan melambatkan penuaan bukan sahaj pada wajah, tetapi bagi seluruh tubuh badan kita. Jom berAudela.

 

audela-bottle

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *