Kenapa Badan Susah Nak Kurus? Jom Ketahui 8 Punca Berat Anda Tak Turun.

“Hari ni dah masuk sebulan aku on diet dengan exercise. Mesti dah berpuluh kilo turun ni. Gerenti!!”

Tapi bila naik atas alat penimbang..

“Sekilo dua je turun??!!”

“Sia-sia je lah habiskan masa dengan zumba, jogging, kawal makan itu ini, tapi resultnya tak memberansangkan. Apa degil sangat lemak-lemak ni?”

“Tak ada semangat dah nak kurus lepas ni”  ╥﹏╥

 

Hahahaha pernah alami situasi macam dialog dekat atas ni? Sabar. Jangan cepat sangat putus asa. Apa yang anda buat untuk kurus seperti jogging, zumba semua tu betul dah. Tak ada yang salah. Bagus sangat anda buat exercise, badan bertambah sihat. Apa yang menjadi kesalahan adalah anda meletakkan target yang tidak relevan dalam sesuatu tempoh berdiet tu. Sebagai contoh nak turun 20kg dalam tempoh sebulan. Bukan Kak Dela kata tak boleh nak letak target melebih-lebih. Boleh tapi tak semua orang bernasib baik untuk dapat capai target tersebut,

Ada banyak faktor yang menyebabkan berat badan susah nak turun. Nak tahu tak? Meh Kak Dela bongkarkan satu persatu rahsia kenapa badan susah nak kurus.

1.Pergerakan Usus Yang Perlahan

Health campaign symbol human digestive system Premium Vector

Kak Dela ingat manusia je yang malas. Usus pun malas juga rupanya ฅ^•ﻌ•^ฅ. Usus yang bergerak lambat atau mudah disebut sebagai usus malas boleh menyebabkan masalah sukar untuk membuang air besar iaitu lebih dikenali sebagai sembelit.

Menurut Dr.Ari di laman web detik health makanan yang dimakan memerlukan waktu transit sekitar 15-20 jam  dari mulut menuju ke usus. Manakala waktu transit menuju ke usus besar adalah selama 12 hingga 72 jam bergantung kepada makanan yang anda makan.

Sumber : detikHealth

Proses membuang sebanyak 1 atau 2 kali sehari adalah normal. Kalau anda tidak berada di dalam range ini maksudnya usus anda memproses makanan dengan sangat perlahan. Faktor ini lah yang menyebabkan anda mengalami masalah sembelit dan akhirnya menyebabkan berat badan anda sukar untuk turun.

Cuba semak semula jadual pemakanan anda.

Cukup tak kuantiti air yang anda minum setiap hari?

Ada tak makanan serat di dalam menu makanan anda?

Kalau anda mengalami masalah sembelit, penyelesaiannya adalah dengan minum banyak air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya usus anda lebih lancar dan mudah untuk membuang segala toksin yang terdapat didalam badan anda. Tetapi jika anda tetap juga mengalami masalah sembelit walaupun telah melakukan perkara-perkara yang Kak Dela sebutkan tadi, Kak Dela nasihatkan agar anda berjumpa dengan doktor. Kerana mungkin anda mengalami masalah hipotiroid tanpa anda sedari.

Siapa yang sedang mengamalkan Audela, confirm tak  mengalami masalah sembelit. Ye lah tak sampai sejam anda makan dah berlari mencari toilet. Rasa ringan je badan dengan Audela 😘

2.Stress

Top view portrait of woman lying at desk near the laptop Free Photo

Kenapa stress-stress ni? Tahukan stress ni tak sihat untuk badan. Muka pun jadi cepat tua kalau asyik stress je. Dan kalau anda nak tahu stress ni pun salah satu penyebab kenapa berat badan anda tak turun-turun malah makin bertambah! Ha lagi stress!!

Bila anda stress badan akan menghasilkan hormon kortisol yang akan membuatkan hormon lapar anda keluar dengan banyaknya. Biasa kan kita dengar

“Aku kalau stress memang rasa nak makan je!”

Sekarang anda dah tahu kan apa kaitan stress dengan lapar? Sebab tu lah jangan stress. Waktu excercise tu jangan stress. Jangan terlalu memikirkan “Berapa banyak la lemak yang aku dah bakar ni? Boleh hilang 10 kilo tak?”

Jangan macam tu ye pembaca sekalian. Excercise ni sepatutnya menjadi aktiviti untuk kita release stress, tetapi bertambah stress pula sebab terlalu memikirkan hasil yang akan diperoleh selepas exercise.😥

3.Diet Yang Ketat

Weight loss concept Free Photo

Diet yang ketat ni samalah juga dengan stress tadi tu. Tak tahu apa kaitannya? Kaitannya bila kita terlampau mengawal pemakanan dengan cara yang ketat kita akan berasa stress! Kesudahannya makan lagi banyak daripada yang sepatutnya. Kandungan gula dalam darah pun jadi tak menentu. Mulalah nak craving macam-macam. Satu perkara lagi, bila anda terlalu mengamalkan diet yang ketat kebiasaannya diet anda tu tak bertahan lama. Percayalah cakap Kak Dela. Kak Dela menulis berdasarkan pengalaman 😓. Kemudian bila waktu cheat day, habis semua makanan kita nak makan. Sia-sia diet yang Kak Dela dah lakukan tu.

Tapi semenjak dah ada Audela ni, Kak Dela dah tak perlu nak lakukan diet yang ketat sampai pengsan-pengsan tu. Perut rasa kenyang sepanjang masa. Kalau makan banyak kali pun tak risau sebab pasti Kak Dela akan rasa nak membuang lepas makan tu. Tapi pastikan portion makanan yang kita ambil tu tak terlalu besar. Kalau sekali makan tu terus dalam portion yang besar macam mana badan nak kurus? Biar kita makan dengan teratur dengan portion yang sedikit. Tu lebih baik.

4.Diet Tak Seimbang

Related image

Kalau anda seorang yang jenis mengikuti trend semasa, pasti anda mengetahui tentang trend-trend diet yang ada sekarang. Tak salah pun sekiranya anda ingin mengikuti trend-trend tersebut. Tetapi harus diingatkan jangan sampai terlalu extreme sampai anda tak makan langsung sesetengah makanan. Hasilnya badan anda kekurangan nutrisi yang diperlukan.

Apabila anda mengamalkan diet yang drastik berat badan anda mungkin akan turun dengan cepat, tetapi jumlah berat yang hilang tu adalah daripada berat air dan otot anda. Selepas satu tempoh masa berat badan anda akan kekal walaupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit. Lama-kelamaan anda akan berasa lebih kecewa dan berhenti separuh jalan kemudian kembali semula kepada tabiat pemakanan yang asal. Hasilnya berat badan semakin meningkat dengan mendadak.

Anda seharusnya tahu yang badan kita ni akan berfungsi dengan lebih baik kalau mendapat nutrient dan mineral yang mencukupi. Ikut sahaja lah piramid makanan tu dah memadai.

5.Terlebih Reward Diri

Image result for overeating

 

Reward diri ni lebih kurang macam cheat day. Cheat dah ni adalah fasa merehatkan diri yang anda lakukan di dalam program diet anda. Which is ianya adalah satu hari yang anda boleh lepaskan diri dari peraturan diet yang anda lakukan. Reward ni pula apabila anda memberikan sesuatu pada diri anda apabila anda telah mencapai sesuatu target. Dalam kes kita sesuatu yang dicapai itu adalah apabila kita dah berjaya menurunkan berat badan.

Macam biasa setiap perkara tu sebenarnya tak salah pun. Yang menjadi salah apabila kita melebih-lebih dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh minggu ni anda dah berjaya kurangkan 2-3 kilogram, kemudian anda reward diri anda dengan makan fast food, junk food dan sebagainya. Akhirnya pengambilan kalori melebihi dari apa yang sepatutnya anda ambil. Tak ke anda rasa diet anda tu dah jadi sia-sia.

Sebab tu pentiing sangat anda jaga makan bila dah mula bersenam. Kalau boleh anda catit anggaran kalori yang anda ambil setiap hari dan berapa banyak yang telah anda bakar sehari

6.Mengambil Ubat-Ubatan

Image result for ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan seperti pil kawalan kelahiran (birth control), hormon, steroid, beta-blockers untuk penyakit jantung dan tekanan darah, anti-sawan, ubat kanser payudara seperti Tamoxifen, dan sebagainya juga boleh menjadi punca berat badan susah nak turun. Ubat-ubatan ini boleh mengganggu berat badan anda dalam dua cara iaitu sama ada selera makan anda menjadi semakin bertambah ataupun metabolisma badan anda menurun.

Kak Dela nasihatkan untuk mereka yang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit kronik ni tolong consult dengan doktor atau dietitian anda dahulu apabila anda memutuskan untuk berdiet.  Jangan memandai-mandai ikut segala jenis diet yang ada dekat laman web tu okay? 😉

7.Tak Cukup Tidur

Portrait of a yawning student girl at the desk Free Photo

Masalah tak cukup tidur ni dah macam jadi perkara biasa pada masa kini. Lagi-lagi dengan kewujudan telefon pintar. Semakin meningkat lah masalah  sukar tidur ataupun insomnia ni. Tahukah anda apabila anda tak cukup tidur kadar metabolisma dalam badan anda menurun dan menyebabkan berat badan anda naik.

Badan kita bila tak cukup tidur akan meningkatkan hormon ‘Ghrelin’ yang meningkatkan selera makan, dan mengurangkan hormon ‘Leptin’ yang membantu kita untuk rasa kenyang. Para penyelidik telah membuktikan jika anda kurang tidur ianya tidak dapat membantu untuk membakar lebih kalori!

Anda tahu tak bila anda kurang tidur, cara pemikiran otak anda akan berubah. Anda akan lebih suka untuk mengunyah snek dan makanan ringan terutama pada waktu malam ketika anda berjaga. Kalau kita ni seorang yang susah untuk menahan diri untuk tidak makan, secara tidak langsung kita akan mengambil lebih banyak kalori. Satu kajian telah dilakukan dimana orang yang tidur kurang daripada 80 minit akan mengambil lebih 549 kalori setiap hari. Kalau didarabkan dengan 7 hari  sudah berapa? Kita akan dapati bahawa kita ambil terlebih kalori daripada kuantiti yang sepatutnya.

Jadi tidur lah secukupnya. Jangan selalu sangat jadi burung hantu 😉

8. Kurang Minum Air

Image result for water

Kuantiti air di dalam badan anda mempengaruhi berat badan anda. Anda tahu tak jika anda minum air ia boleh membantu untuk mengawal selera makan anda. Ramai yang keliru tentang perkara ini. Sebagai contoh jika anda consume Audela dan anda merasa kerap lapar, padahal sebenarnya badan anda menghantar isyarat yang anda haus atau dehydrated tetapi apa yang kita faham perut kita lapar dan perlu makan. Itu sbenarnya salah ye pembaca sekalian. Pastikan anda minum air secukupnya. Macam mana nak tahu berapa banyak air perlu consume anda boleh click sini.

Air sejuk pula boleh mempercepatkan kadar metabolism dan kurangkan keinginan kita untuk minum minuman bergas atau bergula. Air juga penting untuk fungsi buah ginjal dan sistem pencernaan. Bila air tak cukup dalam badan, hati kita akan menyimpan lemak dan bukan membakar lemak. Jadi, minumlah air kosong secukupnya 🙂

Dah ketahui punca yang menghalang badan anda menjadi kurus? Lepas ni elakkanlah perkara yang menyebabkan berat anda tidak turun. Barulah diet tu tak sia-sia. Diet dan senaman dengan betul barulah boleh dapatkan berat yang diidamkan. Badan pun jadi sihat!!

 

Baca Juga : Ketahui Punca Jerawat Datang Menyerang!!

 

 

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *