Kenapa Jerawat Selalu Naik Di Wajah Anda? Ini Punca Jerawat Datang Menyerang!

 αѕѕαlαмυαlαιĸυм 

(。。)

Apa khabar semua pembaca setia blog Audela? Sihat?

Kak Dela nak tanya ni pernah tak anda terfikir kenapa jerawat boleh tumbuh pada permukaan kulit wajah anda? Kadang-kadang tu jerawat ni tumbuh dekat kawasan yang sama je.

Kenapa ye?

Untuk pengetahuan anda pertumbuhan jerawat pada wajah menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda.  Di setiap kawasan yang ditumbuhi jerawat juga memberikan maksud tahap kesihatan badan anda. Nak tahu tak apa maksud tersirat di sebalik jerawat-jerawat ini? Jangan stress dulu. Jom kita teruskan pembacaan.

Kenapa Jerawat Sering Tumbuh Di Sini?

1) Jerawat Di Pipi

Image result for jerawat pada pipi

Pertumbuhan jerawat di kawasan pipi menunjukkan anda perlu menukar alas bantal anda dengan kerap! Jerawat di pipi juga menunjukkan anda telah menghirup udara yang kotor. Mungkin anda seorang perokok? Jadi berhenti merokok dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Anda bukan seorang perokok? Alas bantal dah kerap tukar? Tapi jerawat masih menempel dekat pipi. Ha ini kerana mungkin anda sering menyentuh kulit muka anda dengan kerap. Tahu tak tangan kita ni banyak bakteria. Ditambah pula dengan penggunaan telefon bimbit yang kotor. Telefon bimbit kita ni nampak je bersih dengan mata kasar, hakikatnya beribu-ribu bakteria melekat dekat telefon tu. Jadi elakkan dari melekapkan telefon di pipi sewaktu menjawab panggilan telefon.

2) Jerawat pada bahagian anak rambut

Image result for pimples on hairline

Ada tak yang jerawatnya tumbuh pada bahagian anak rambut? Kalau Kak Dela, jarang sangat dia nak tumbuh pada bahagian anak rambut. Tapi sekali dia tumbuh dekat kawasan anak rambut tu memang rasa siksa sangat terutama bila nak sikat rambut. Sakitnya lahai.

Jadi apa punca jerawat tumbuh dekat bahagian anak rambut ni? Puncanya adalah anda ada masalah dengan produk penjagaan rambut. Kalau lelaki yang selalu menggunakan minyak rambut atau pomade pasti kerap mengalami masalah ini. Jerawat berlaku apabila produk tersebut terkena bahagian dahi anda dan anda tidak mencucinya dengan bersih.

Jadi sekiranya anda menggunakan produk rambut seperti minyak rambut dan sebagainya, pastikan anda tidak menyentuh hujung rambut yang menghala ke arah dahi. Juga dinasihatkan agar sewaktu mandi, pastikan anda membasuh dengan bersih kawasan anak rambut tersebut bagi mengelakkan sisa-sisa minyak rambut tersebut terus ada.

 

3) Jerawat Di Dagu atau leher

Image result for pimples on chin

Jerawat pada bahagian ini pula sangat berkait rapat dengan kitaran haid anda. Hormon pada badan anda seperti testosterone akan mengeluarkan banyak minyak dan menyebabkan liang pori tersumbat. Bila pori tersumbat mudahlah kulit anda ditumbuhi jerawat. Selain daripada itu, Jerawat di dagu juga menunjukkan anda mengalami masalah pada usus kecil anda. Kurangkan pengambilan minyak dan juga produk tenusu seperti keju.

6) Jerawat Di Bahagian Belakang Badan

Ada banyak punca yang menyebabkan jerawat tumbuh di bahagian belakang badan. Antara punca yang Kak Dela boleh senaraikan adalah keran peluh, baju yang ketat, masalah pencernaan dan kurang menjaga kebersihan.
Badan menghasilkan peluh daripada pori-pori tubuh. Perpeluhan sangat bagus untuk membantu meningkatkan metabolisma badan. Namun sekiranya anda tidak membersihkan tubuh badan anda dengan teratur jerawat akan mudah timbul pada permukaan kulit. Ini kerana apabila peluh bercampur dengan bakteria penyebab jerawat, risiko untuk jerawat terhasil adalah tinggi.

Penggunaan baju yang ketat pula menyebabkan kulit sukar untuk bernafas. Oleh itu adalah lebih baik untuk memilih baju yang kurang ketat dan mudah untuk menyerap peluh. 

Masalah pencernaan adalah kerana kurangnya cairan didalam tubuh dan serat. Sumber serat yang baik untuk pencernaan berasal dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi langkah terbaik untuk mengatasi masalah pencernaan sekaligus untuk mencegah jerawat pada badan adalah dengan minum air putih yang cukup dan buah yang kaya dengan vitamin.

5) Jerawat Di Dahi & Hidung

Image result for jerawat pada bahagian dahi dan hidung

Bagaimana pula dengan jerawat pada bahagian dahi? Jerawat pada dahi anda menunjukkan kemungkinan anda mengalami masalah sistem penghadaman. Jadi dinasihatkan agar anda minum air kosong secukupnya setiap hari. Air membantu tubuh anda untuk menyingkirkan toksin di dalam badan anda. Jadi jangan lupa untuk minum air terutama pada waktu pagi selepas bangun tidur.

Selain daripada masalah penghadaman, stress juga akan menyebabkan jerawat tumbuh pada bhagian dahi dan hidung.. Terdapat kajian menunjukkan jerawat di kawasan ‘T-zone’ ini disebabkan oleh tekanan bekerja atau belajar. Ini kerana apabila anda stress, hormon adneraline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan menyebabkan jerawat.

Pertumbuhan jerawat pada bahagian hidung juga boleh dikaitkan dengan jantung kerana jantung bersambung dengan deria hidung. Apabila terdapat jerawat pada bahagian hidung kita boleh mentafsirkan anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi. Kurangkan makanan yang terlalu masin dan minuman isotonik.

Konklusinya

Kenal pasti punca jerawat yang tumbuh pada wajah anda. Baru lah anda dapat menangani masalah jerawat yang asyik menempel pada wajah anda. Dari apa yang Kak Dela perhatikan dari fakta-fakta yang Kak Dela dapat ni,  kebanyakan punca yang Kak Dela jelaskan di atas sangat berkait rapat dengan cara pemakanan dan juga rutin seharian anda. Apa yang Kak Dela boleh rumuskan disini, bila badan anda sihat dari dalam, jerawat juga akan segan nak tumbuh. Badan kita ni memang banyak sangat simpan toksin. Toksin-toksin ni lah yang membuatkan badan kulit kita jadi kusam dan berjerawat. Cara paling mudah nak hilangkan toksin ni dengan minum air kosong atau pun detox.

Kalau Detox badan ni Kak Dela biasa consume Audela. Memang sangat mudah bila dah ada Audela walaupun Kak Dela buzy bekerja. Dan yang bestnya, kulit muka Kak Dela pun jadi lebih berseri, and jerawat pun makin susut selain badan jadi lebih cergas. (ღ˘⌣˘ღ)

Jadi anda kat luar sana, jangan lupa detox badan. Terutama mereka yang tak pernah berdetox tu. Mesti badan rasa tak bermaya je. Nak rawat jerawat pastikan anda rawat dalaman badan anda dulu. Baru badan tak menghantar isyarat dengan mengeluarkan askar-askar jerawat dekat wajah anda tu! Hehehe 

 

Baca Juga : Punca Jeragat Yang Anda Wajib Tahu

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *