Kenapa Manusia Suka Bertangguh?

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Anda suka bertangguh? Sikap suka bertangguh merupakan sikap selalu menunda untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Sikap suka bertangguh ini boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif dalam kehidupan kita tidak kiralah dalam bidang pelajaran, kerjaya dan juga peribadi.

Contohnya bagi pelajar yang sering bertangguh untuk mengulangkaji pelajaran hingga ke saat akhir menjelang peperiksaan. Hanya pada malam sebelum peperiksaan baru ingin mengulangkaji pelajaran untuk subjek hari berikutnya. Untuk mengulangkaji dan memahami pelajaran yang dipelajari untuk satu semester pula perlu mengambil masa yang lama dan ia akan berlarutan hingga ke lewat malam. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar menjadi mengantuk dan hilang fokus semasa menduduki peperiksaan. Keadaan ini dapat dielakkan jika pelajar tersebut membuat jadual untuk mengulangkaji satu bab bagi satu subjek pada setiap malam. Pada malam sebelum peperiksaan, beliau hanya perlu revise kembali sahaja apa yang telah dibaca dan difahami. Jadi, pelajar akan lebih bersedia dan bertenaga untuk menjawab peperiksaan pada keesokan harinya.

Jom kita semak apakah yang menjadi punca sikap suka bertangguh ini dan cara penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini.

`

1. Tidak Pandai Menguruskan Masa dengan Baik

Pernahkah anda merasakan masa 24 jam yang diberikan kepada kita dalam tempoh sehari itu tidak mencukupi? Jika pernah, ini bermakna kita tidak pandai menguruskan masa dengan baik. Jadi mulai hari ini, sebelum tidur pada waktu malam, rancang jadual yang ingin kita lakukan pada esok hari. Ia haruslah bermula dari kita bangun tidur pada waktu pagi sehingga tidur pada waktu malam.

Contohnya bagi ibu yang bekerjaya, rutin sehari-harian bermula dari sebelum subuh lagi. Perlu mengemas barang untuk ke tempat kerja, barang anak-anak untuk ke taska, sekolah dan ke rumah pengasuh, memasak untuk makanan pagi dan bekal untuk ke pejabat. Seusai rutin pagi di rumah, bergegas pula untuk ke pejabat dan melaksanakan tugas hakiki. Seeloknya, sebelum pulang dari pejabat, rancang dahulu tugasan yang ingin dibuat pada keesokan hari. Setelah pulang, perlu menguruskan anak-anak dan memasak untuk makan malam pula. Setelah semua isi rumah tidur, baru kita dapat mengemas rumah dan baru boleh tidur dengan lena. Jika tiada pengurusan masa yang baik, pasti kita akan mengalami keletihan yang melampau untuk menempuhi hari esok.

Jadi, bagi mengatasi masalah ini, susun jadual harian kita dengan sebaiknya. Pastikan tugasan disusun mengikut keutamaan dan tahap kesukaran sesuatu tugasan itu. Dengan jadual yang disusun secara teratur dan disiplin dalam diri kita, sikap suka bertangguh dapat dielakkan. Kita boleh juga memberi ganjaran kepada diri sendiri jika mampu mengikut jadual yang telah disediakan dan berjaya menguruskan masa dengan baik.

 

2. Perasaan Malas

Kita seringkali bertangguh akibat merasakan diri kita terlalu penat emosi dan fizikal untuk menyiapkan tugasan tersebut. Keadaan ini didorong oleh perasaan malas yang kuat. Apa yang boleh kita lakukan ialah bangkit dan lakukan sedikit senaman ringkas untuk menyegarkan badan. Basuh muka atau mandi kemudian sambung semula kerja yang tertangguh itu. Cuba fikir tiada siapa yang mampu untuk menolong kita menyiapkan tugasan itu melainkan diri kita sendiri. Contohnya jika kita tidak pandai menyusun tugasan yang banyak yang diberikan oleh majikan dengan sebaiknya, ia sedikit sebanyak akan menggangu prestasi kita di tempat kerja.

 

3. Terlalu Inginkan Kesempurnaan

Sikap mementingkan kesempurnaan memang satu sifat yang bagus. Namun jika terlalu inginkan kesempurnaan, ia kadangkala boleh bertukar menjadi negatif dan boleh menyebabkan kerja-kerja yang lain tergendala. Contohnya kita telah menyiapkan tugasan A, kita mengambil masa yang terlalu lama untuk menyemak tugasan tersebut berulang kali walaupun tugasan tersebut telah disiapkan dengan sempurna. Timbul perasaan tidak yakin samaada hasil yang telah kita siapkan itu betul-betul sempurna atau tidak. Jadi, sebagai langkah penyelesaian, jika tugasan kita telah siap, semak tugasan tersebut 2-3 kali dan yakin bahawa tugasan tersebut telah disiapkan dengan sempurna dan seperti yang diinginkan. Seterusnya, boleh siapkan tugasan yang lain pula.

 

4. Kurang Kemahiran

Salah satu punca kita sering menangguhkan kerja ialah kerana kurang kemahiran untuk melakukan tugasan tersebut. Terdapat 3 pilihan untuk mengatasi masalah ini. Yang pertama, belajar bagaimana untuk menguasai apa yang kita kurang mahir. Percayalah “nothing is impossible” dan tiada apa yang tidak mampu kita lakukan. Terutamanya pada zaman sekarang segalanya di hujung jari sahaja. Apa sahaja yang kita tidak tahu, kita boleh cari dan belajar melalui atas talian sahaja selain dari mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan diluar. Yang kedua, minta bantuan dari orang lain dengan menyerahkan tugasan yang kita kurang mahir kepada yang lebih mahir. Dengan cara ini, tugasan tersebut dapat disiapkan dengan cepat. Pilihan yang ketiga ialah menghapuskan sahaja tugas itu.  Adakalanya bertangguh itu adalah suatu petanda bahawa suatu tugasan itu tidak diperlukan. Jangan hapuskan tugasan yang penting pulak tau.

 

5. Tekanan

Faktor stress atau tekanan memang menjadi satu faktor penghalang untuk kita menyiapkan tugasan tepat pada waktunya. Ia akan menyebabkan kita bertangguh melakukan kerja. Satu cara untuk mengatasinya ialah dengan mengelakkan stress dengan mendekatkan diri kepada yang Maha Esa dan melakukan sesuatu yang kita suka. Dengan itu, tekanan dapat dikurangkan dan kita boleh kembali menyambung tugasan yang tergendala dan bertangguh tersebut.

 

Jadi, kita boleh lihat pelbagai punca dan cara menangani sikap suka bertangguh. Sama-samalah kita mengatasi sikap buruk ini kerana ia bukan sahaja mempengaruhi hidup kita, tetapi juga boleh memberi kesan kepada orang lain. Jom berAudela.

 audela-bottle

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *