KESAN WANITA MEROKOK!!

(sumber : https://iluminasi.com/bm/ini-kesan-kesihatan-yang-bahaya-bagi-wanita-merokok.html)

 

Hai Assalammualaikum semua.

 

Harini lain sikit ye apa yang Kak Dela nak kongsikan pada korang semua. Baru-baru ni Kak Dela ada baca tentang budak-budak merokok. Yang lebih Kak Dela tak boleh terima adalah budak tersebut adalah PEREMPUAN😡. Sekarang Kak Dela tengok rokok dah jadi kebiasaan kepada masyarakat, bahkan makin ramai perempuan yang berani mencubanya.

Korang tahu tak yang rokok ni tidak elok untuk kesihatan. Terutamanya kepada WANITA atau lebih dikenali sebagai PEREMPUAN. Kak Dela sedih tau kalau baca berita tentang perempuan merokok ni. mungkin dorang tidak mengambil mudah tentang kesan yang akan diterima oleh diri sendiri🙁.

Jadi oleh kerana mungkin kita tidak jelas lagi tentang kesan merokok kepada wanita. Jom Kak Dela kongsikan pada korang apa itu kesan wanita merokok.

 

 Kesan Wanita Merokok:

       1.    Kanser paru-paru


( sumber : https://thediagnosa.com/kanser-paru-paru-punca-simptom-rawatan/)

Untuk pengetahuan korang ,menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2013 , perokok wanita menghadapi risiko 17.8 kali lebih tinggi untuk meningeal daripada perempuan biasa bahkan lebih tinggi daripada risiko lelaki iaitu 14.6.

Jadi kita sebagai wanita lebih berisiko untuk mendapatkan kanser paru-paru tau

 

 2.    Kesuburan terjejas


(sumber : https://siraplimau.com/tanda-tidak-subur-wanita/)

Yang ini merupakan sangat penting bagi wanita. Wanita merokok berisiko terjejas kesuburan tau, bahkan lebih teruk kalau tidak dapat melahirkan anak. Wanita harus ambil berat tentang kesuburan kita tau. Melahirkan itu adalah keistimewaan yang diberikan kepada kita untuk membahagiakan orang dikeliling kita. Jadi kita harus menjaga diri kita dengan baik untuk kebaikkan masa akan datang😉.

 

       3.    Keguguran atau kecatatan anak


(sumber : http://taknak.myhealth.gov.my/kesan-merokok-terhadap-janin/)

Wanita yang hamil beriko keguguran atau kecacatan anak. Anak yang dalam kandungan kita masih belum pernah melihat dunia, tetapi oleh kerana kesalahan kita, anak itu tidak dapat melihat dunia yang cantik ini. Bahkan anak yang tidak berdosa itu cacat oleh kerana pebuatan kita sendiri. Adakah kita sebagai wanita atau ibu-ibu mahu jadi seperti itu?. Kalau Kak Dela memang Kak Dela tidak sanggup😣.

Itu antara kesan yang terburuk yang boleh terjadi kepada wanita apabila merokok. Tapi kesan lain juga ada. Seperti :

 

1.    Kesakitan apabila datang haid

2.    Menoupause awal.

3.    Kanser mulut.

4.    Katarak (penyakit mata)

5.    Osteoporosis

6.    Kanser gusi

7.    Rheumatoid arthritis

 

Jadi korang, bila baca apa yang Kak Dela tulis tu, macam mana perasaan korang? Kak Dela bila pertama kali tahu kesan merokok ni pun, rasa macam nak menangis je☹️. Yella kesian kat diri kita sendiri, disebabkan perbuatan kita sendiri, kesannya sangat teruk.

Kita sebagai wanita, yang merupakan anugerah yang terindah , perlulah menjaga diri kita baik dari segi maruah, kesihatan , penampilan dan sebagaianya. Perempuan yang menjaga diri sendiri dengan baik adalah perempuan yang sihat dan cantik baik dari dalaman mahupun luaran. Daripada korang merokok , lebih baik gunakan duit tu, untuk beli produk-produk kesihatan dan kecantikkan . manfaatnya bukan sahaja pada diri sendiri, bahkan kepada orang keliling kita juga lebih saying. Tapi apa yang pasti korang perlulah cari produk yang berkesan. berkelulusan dan halal. Kalau Kak Dela , daripada membazir beli rokok tu, lebih baik Kak Dela beli Adore by Audela . Adore bukan sahaja dapat membantu Kak Dela mencantikkan dalaman Kak Dela, bahkan luaran juga makin berseri-seri🥰. Yang penting suami makin sayang pada Kak Dela huhu🤭.

Sampai sini sajalah ye Kak Dela kongsikan pada korang ye. Ingat TOLONG JAUHI ROKOK.


(sumber : https://www.mmgazette.com/kempen-tak-nak-merokok-di-klia-kkm/)

 

Bye Assalammualaikum

 

Sumber :

·         https://blog.nashata.com/bahaya-merokok-pada-wanita/

·         https://iluminasi.com/bm/ini-kesan-kesihatan-yang-bahaya-bagi-wanita-merokok.html

·         http://taknak.myhealth.gov.my/kesan-merokok-terhadap-janin/

 

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *