Ketahui 7 Tips Menawan Semula Hati Suami Agar Tak “Pasang” Dua.

Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh yang paling bahagia bagi setiap pasangan. Terutama bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga atas rasa cinta yang sekian lama mekar di didalam hati mereka.

Namun selari dengan peredaran masa, kasih sayang dan rasa cinta yang sekian lama mekar itu kini seakan layu dan mula memudar. Apabila pasangan ini telah mencapai ke fasa pergolakan rumah tangga ini,, ramai pasangan yang saling menyalahkan sesama sendiri.

Saat ini lah si suami mula menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi,  si isteri pula sibuk menyalahkan suami kerana tak mengotakan janjinya sewaktu awal perkahwinan yang berjanji untuk setia sehingga hujung nyawa. Akhirnya masing-masing bermasam muka, hubungan menjadi semakin dingin.

Hah! Nak ke sampai jadi macam tu wahai hakak-hakak sekalian? Ade ke yang baik hati sangat nak biarkan husband you alls menikah satu lagi ? Allahu ini bukan cerita  tentang siapa yang memiliki hati yang paling suci bersih nak terima untuk dimadukan ye ! Hakak-hakak yang bergelar isteri ni, janganlah hanya mencari salah si suami. Mungkin sebenarnya punca suami memasang niat untuk mencari lain tu datangnya dari diri hakak-hakak sendiri. Tak salah kita selidik dan perbetulkan dulu diri kita sebelum kita meletakkan kesalahan 100% pada suami. Betul tak? Kita usaha dahulu tawan hati suami, pikat hatinya supaya keinginan untuk menikah lain itu dilupakan.

Jadi puan-puan sekalian, nak tak kalau Kak Dela share dengan puan-puan, tips untuk memikat hati suami? Jangan pernah rasa usaha yang puan buat hari ini terlalu awal atau puan merasakan dah terlewat. Waktu ini lah waktu yang sesuai untuk menawan hati suami puan tu. Takkan nak tunggu dia pasang perempuan lain baru nak bertindak? Dan pada isteri yang merasakan dan terlambat untuk menawan hati suami, Kak Dela nak cakap satu je , selagi dia masih bergelar suami pada puan, puan masih punya harapan untuk menawan semula hatinya.

Jadi jom kita mulakan misi memikat hati suami!

1) Mengambil Berat Tentang Penampilan Suami

Gambar sekadar hiasan

Kalau dah namanya lelaki, pastilah mereka ingin menampakkan ketegasan dan kekentalan pada luaran mereka,  tetapi hakikatnya bila dah mempunyai isteri apa yang mereka inginkan adalah layanan manja dari isteri. Kalau dah berkahwin tetapi semua benda perlu buat sendiri, apa beza dengan hidup membujang, betul tak? Walaupun hal-hal seperti mengenakan kancing baju, mengemaskan tali lehernya itu tampak remeh, namun jika isteri yang buatkan untuk suami pasti akan ada rasa senang dalam hati suami anda.

Tetapi tak dinafikan ada juga suami yang tak suka dilayan begitu, anda boleh sahaja mencuba perkara lain dan lihat jika ia menyukainya atau tidak. Ibarat macam kita menggunakan istilah “try and error“.

Kita tak tahu bagaimana ibu melayani dirinya sebelum anda bernikah dengan suami anda. Layanan seorang isteri memang tak akan sama dengan seorang ibu. Dan sememangnya diharamkan jika suami membandingkan isteri dengan ibunya. Tetapi tak salah apabila kita sentiasa mencuba menjadi yang terbaik buat suami.

Berbanggalah dengan penampilan segak suami kamu. Jangan pula anda mempunyai fikiran negatif seperti  ‘ buat apa nak bagi laki aku nampak segak, nanti ada pula perempuan lain yang nak menggatal dengan dia”.

Ingat satu je, ikhlas dalam melayani suami kamu, inyaAllah akan dibalas dengan rasa sayang yang lebih ikhlas daripada suami anda, dan bukannya perasaan yang  kepura-puraan.

2)  Memaniskan Muka Apabila Bercakap Dengan Suami

Ini antara satu perkara yang mudah tetapi tak semua isteri mampu melakukannya.  Betul atau tidak?  Maniskan muka tu bukanlah bermaksud lumur satu muka dengan gula. Tu bukan nak buat suami yang tertarik, semut yang lebih tertarik dengan anda nanti 😂. 

Apabila bicara tu senyum, jangan ketat je muka tu. Suami dah penat–penat balik dari kerja, ingatkan bila pulang ke rumah bolehlah hilangkan segala kekusutan di tempat kerja dengan melihat  muka isterinya di rumah, tetapi ibarat masuk ke kandang singa pula auranya. Tak dinafikan masing-masing melalui hari yang memenatkan, tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk bermasam muka. Jadi sambutlah suami anda dengan senyuman. Senyum dengan seikhlasnya apabila melihat wajah suami. Senang kan? Bukan je boleh menenangkan hati suami, dapat pahala lagi. Siapa yang taknak dapat pahala? 

3) Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami

Siapa je yang tak suka dengan kecantikan, kekemasan kan? Semua orang sukakan kecantikan. Begitu juga dengan suami, walaupun anda dengan suami telah tinggal bersama bertahun-tahun, dah mengenali baik buruk pasangan janganlah sampai merasakan yang anda tak perlu nak berhias untuk suami. Bila di rumah tu, persiapkan diri tu cantik-cantik, bukanlah bermaksud anda perlu bermakeup tebal-tebal cukup sekadar rasa sejuk mata memandang. 

Kalau dulu waktu bercinta boleh selalu berhias mengalahkan pergi red carpet 😅. Kenapa bila dah berkahwin tak boleh nak berhias? Bukan untuk siapa-siapa, untuk suami juga. Takkan nak suami tengok muka kita macam tengok Hantu Mak Limah. Selain tu, bukan diri je perlu sentiasa kemas, rumah pun pastikan sentiasa bersih, anak-anak semua terurus. Kalau tak mampu nak buat sendiri, ajak lah suami buat kerja sama-sama. Kan sweet tu. 😉

4) Luangkan Masa Yang Berkualiti Bersama.

Image result for ambil berat tentang suami
Gambar sekadar hiasan

Kak Dela nak tanya, sepanjang sebulan yang lalu, berapa banyak masa yang telah anda luangkan bersama dengan suami. Dan berapa banyak pula masa yang diluangkan bersama itu betul-betul berkualiti? Walaupun kehidupan harian anda sibuk mungkin menjadi punca anda kekangan masa untuk bersama suami, namun Kak Dela nasihatkan agar anda mencari cara untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama.

Sesekali rancanglah cuti bersama-sama dan pergi ke tempat-tempat menarik dan mengimbau kembali saat-saat indah dahulu bersama-sama. Walaupun anda telah mempunyai anak, jangan lah pula menjadikan anak itu sebagai excuse untuk anda tidak boleh meluangkan masa berkualiti dengan suami.

5) DUDUK DAN BERBINCANG

Di dalam sesuatu perhubungan, masalah dan gelodak tidak dapat dihindarkan.

Daripada bertikam lidah dan meninggi suara, baiklah jika anda duduk dan berbincang dengan tenang untuk sama-sama mencari penyelesaian. Tanyakan pendapat darinya dan pertimbangkan pendapat satu sama lain.

Kunci untuk sebuah perhubungan yang kekal dan harmoni adalah sentiasa bertolak ansur atau ‘give and take’.

Kak Dela pernah membaca satu ucapan daripada seorang bapa yang memberikan ucapan sewaktu hari perkahwinan anaknya, bapanya berpesan,

“Ingatlah wahai anak ku dan menantu ku, bila saat kita sedang marah, walau macam mana sekalipun, janganlah sesekali keluar rumah dan tinggalkan pasangan kita bersendirian , kerana disitulah bermulanya perpecahan.”

Bila berlaku pertelingkahan, jangan sesekali melarikan diri dari masalah tersebut. Jangan lari daripada masalah. Itu kunci utama.

6) TIDAK PERLU TUNGGU HARI ISTIMEWA UNTUK MEMIKAT HATI SUAMI

Image result for surprise for husband at home
Gambar sekadar hiasan

Hargai suami anda. Rasanya tak perlu kut untuk menunggu hari-hari istimewa baru nak tunjukkan anda menghargai suami anda.  Betul tak? Jangan kekok untuk memulakan langkah memikat hati suami. Biasalah selalunya perkara yang ada depan mata ni kita tak ambik berat sangat. Bila terlalu sibuk dengan urusan masing-masing, sampai terlupa nak menghargai suami yang ada depan mata.

Lelaki pula kalau dah rasa terabai dia bukan  nak bagitahu kita, dia cari jalan lain nak hiburkan hati dia. Lepak dengan kawan-kawan lah, cari teman baru lah. Eh?! Ha bila da jadi sampai macam ni, baru lah nak menggelabah. Jadi isteri-isteri semua, bertindak sebelum terlambat .

7) Jangan memperkecilkan kemampuan suami

Jangan sesekali memperkecilkan kemampuan suami. Walaupun anda mempunyai kerjaya dan pendapatan yang lebih bagus daripada suami anda, jangan sesekali anda memperlekehkan dia. Jangan sampai ego seorang suami tercabar. Tiada seorang lelaki pun yang suka bila dirinya direndah-rendahkan lagi-lagi dari seorang yang bernama isteri tak kira dari sudut apa sekalipun.

Cuba sentiasa merangsang prestasinya. Walaupun dia lemah dan mempunyai masalah, jangan sesekali memperkecilkan kemampuannya. Cuba sentiasa memberikannya kata-kata motivasi dan sentiasa katakan padanya yang anda percaya suatu hari nanti pasti masalah tersebut dapat diatasi.

Suami akan lebih menyayangi dan menghargai isterinya apabila isterinya sentiasa bersamanya ketika dirinya susah dan senang.

Kesimpulannya …

Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kedua-dua belah pihak, tak kisah dari pihak suami mahupun isteri. Masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Apa yang penting kedua-dua pihak berusahauntuk memberikan yang terbaik kepada pasangan dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.

Jika anda tidak bersetuju dengan artikel diatas, anda boleh memikat suami anda mengikut cara anda tersendiri. Anda lebih mengenali suami anda. Anda lebih mengetahui apa yang disukai suami anda. Semuanya terserah kepada diri anda sendiri bagaimana untuk menawan hatinya dan mengembalikan kebahagiaan didalam rumah tangga anda. 

Tips Kak Dela : Pssst Jangan lupa amalkan Adore confirm encik suami makin sayang ❤️️

Semoga usaha-usaha anda untuk memikat suami anda berjaya 😘.

Silakan share jika bermanfaat.

 Anda mungkin juga meminati 

  1. Tanda Suami Anda Tawar Hati Kepada Anda
  2. Rahsia Memiliki Keluarga Bahagia

 

View this post on Instagram

Adore adalah minuman Jamu Moden yang mengandungi campuran 13 herba terpilih iaitu Habbatussauda, Zaffaran, Kunyit, Black Cohosh, Pueraria Mirifica, Paramiria Polyneura, Kacip Fatimah, Manjakani, Madu, Sirih, Ekstrak Ros, dan Vitamin C. . . Kecantikan dalaman Wanita adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan dan kesihatan dalaman itu dapat dilihat sehingga terpancar menampakkan kecantikan tubuh. Adore dicipta bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah yang selalu dialami oleh Wanita dari pelbagai peringatkat umur. . . ___________ Dapatkan Pelbagai Info mengenai Jamu Moden Adore di 🖥 www.audelabeauty.com 🖥 www.audelabeauty.com ___________ #testimoniaudela #jamumoden #jamuuntukwanita #adoremeanslove #audelalovers #audelabynadzainal #jamuberpantang #badananakdara #testimoniadore #jamuterbaik #jamutradisional #masalahkeputihan #masalahbaubadan #rahsiawanita #suamisteri

A post shared by Rahsia Kurus Putih Gebu (@audelabeauty_hq) on

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *