Ketahui Apa Itu “Sunburn” Dan Cara Merawatnya.

“SUNBURN”

Ada tak disini yang kurang faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sunburn? Kalau ada yang kurang faham, jom kita bayangkan situasi yang Kak Dela bagi ni.

Bayangkan anda sedang bercuti ke pantai kononnya nak feeling-feeling matsalleh  yang berjemur di bawah sinar matahari untuk mendapatkan “golden tan” pada badan anda, tetapi tanpa anda sedar badan anda telah pun menjadi seperti lobster yang telah ditinggalkan di dalam periuk terlalu lama. Kulit anda bertukar menjadi merah dan pedih!!

Walaupun banyak amaran kesihatan tentang kerosakan matahari dan bahayanya direct sunlight pada kulit kita, namun masih ramai di antara kita masih menundukkan kulit kita pada sinar matahari. Tahukah anda, terlalu lama terdedah dibawah sinaran matahari tanpa menggunakan sebarang krim pelindung uv boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Bahaya tau sebenarnya cahaya matahari sekarang ni.

Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang bagaimana untuk menjaga kulit anda dari sinaran matahari.

APA PENYEBAB BERLAKUNYA SUNBURN

Berdasarkan penjelasan ringkas yang Kak Dela bagi tadi, Kak Dela yakin semua pembaca telah memahami secara ringkas tentang sunburn atau selaran matahari. Ringkasnya, apabila kulit anda terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka waktu tertentu, akhirnya kulit akan terbakar, berubah menjadi kemerahan dan memedihkan.

Namun apa yang kita lihat hanyalah pada luaran sahaja, di bawah kulit kita ia mengalami proses yang lebih rumit. Matahari mengeluarkan tiga gelombang cahaya ultraviolet:

UVA
UVB
UVC

Untuk mengetahu tentang lebih lanjut mengenai cahaya ini sila click Sinar ultraviolet dan jenis-jenisnya.

Gelombang cahaya UVC tidak boleh sampai ke permukaan bumi, hanya cahaya UVA dan UVC sahaja yang boleh sampai ke bumi. Kedua-dua jenis cahaya ultraviolet ini bukan sahaja boleh sampai ke permukaan bumi tetapi ia juga menembusi ke dalam kulit kita. Kerosakan kulit yang berlaku adalah disebabkan oleh sinaran UVA dan UVB.

Sunburn adalah tanda yang paling jelas bahawa anda telah duduk di luar atau berjemur dibaawah sinaran matahari terlalu lama. Tetapi pada pandangan kasar, kerosakan kulit yang disebabkan cahaya matahari tidak selalu kelihatan . Namun hakikatnya di bawah permukaan kulit, cahaya ultraviolet dapat mengubah DNA anda, menyebabkan kulit anda mengalami penuaan sebelum masanya. Lama kelamaan, kerosakan DNA boleh menyumbang kepada kanser kulit, termasuk melanoma.

Baca tentang fakta diatas sahaja dah menakutkan bukan? Masih ramai sebenarnya yang masih tidak sedar tentang bahaya sinar uv ni. Cahaya matahari sekarang bukan macam dulu-dulu tau. Sekarang ni lapisan ozon kita dah menipis, jadi ultraviolet yang dah menembus masuk ke bumi sudah tidak ditapis. Sebab tu lah boleh berlakunya kanser kulit yang disebabkan oleh ultraviolet.

Tempoh masa untuk anda mendapat sunburn adalah bergantung kepada:

i)Jenis kulit anda.
ii)Keamatan matahari.
iii)Berapa lama anda terdedah kepada matahari.

TANDA-TANDA SUNBURN

Apabila anda mendapat sunburn, kulit anda akan bertukar menjadi kemerahan dan menyakitkan. Lebih teruk lagi, kulit anda boleh membengkak dan melecur. Anda juga mungkin akan berasa seperti anda mempunyai selesema – demam (menggigil), mual, sakit kepala dan menjadi lemah.

Selang beberapa hari, kulit anda akan mula mengelupas dan gatal-gatal kerana badan anda sedang mengalami proses untuk menghilangkan sel-sel yang telah rosak.

rAWATAN

Rawatan merawat sunburn adalah bertindak untuk melegakan kulit yang rosak dan meradang serta meredakan kesakitan.  Berikut adalah beberapa petua atau remedi yang boleh dilakukan untuk merawat sunburn:

suntreatment_orig

 

Untuk next post Kak Dela akan share dengan lebih details tentang cara merawat sunburn dengan lebih berkesan. Stay tuned okay!!

SKIN CARE

 

Kulit muka yang sedang mengalami sunburn tidak sesuai untuk memakai skincare yang membuatkan kulit muka menjadi semakin kering. Elakkan juga memakai krim yang terlalu melekit dan kesat, ia akan membuatkan kulit anda menjadi semakin pedih.  Cari skincare yang lembut pada kulit muka serta memberikan kelembapan pada kulit agar kulit lebih cepat mengalami proses pemulihan.

Adore Agave Skincare adalah antara produk penjagaan muka yang sangat bagus. Ia mempunyai 3 basic penjagaan kulit iaitu Cleanser, Moisturizer, dan Toner. Sangat sesuai untuk kulit yang sedang mengalami sunburn kerana produk ini sangat lembut pada kulit anda. Ingredients di dalam produk ini juga adalah daripada bahan semulajadi. Yang paling penting ia tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya seperti :

Sulphate
Paraben 
Mercury
Hydroquinone.

Hanya memerlukan 3 basic step penjagaan muka, anda pasti merasakan seperti kulit muka anda dibelai setelah merasa perit akibat daripada cahaya matahari yang membakar kulit anda.

Step 1: Gentle CLEANSER

Formula pembersih muka yang lembut yang menggabungkan Hibiscus Sabdariffa (Roselle) dan ekstrak Agave Tequilana (Blue Agave) yang membantu membersihkan dan melembabkan kulit secara semulajadi. Serta mempunyai haruman yang pasti menyegarkan kulit muka anda.

Step 2: Firming TONER

Toner diperkaya dengan ekstrak Agave Tequilana ( Blue Agave) untuk membantu kulit kelihatan lebih cerah dan menyamaratakan tona kulit anda..

Step 3: Moisturizing EMULSION

Pelembap membantu melembapkan kulit dan memberikan perlindungan kulit anda daripada bintik-bintik dan kegelapan dari permukaan kulit. Ia meninggalkan kulit anda dengan rasa selembut sutera 

Hanya click Saya nak dapatkan Set Adore Agave Skincare sekarang untuk mendapatkan set penjagaan muka terbaik abad ini.

Image result for adore agave skincare

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *