Jom Ketahui Pelembab Apa Yang Sesuai Dengan Kulit Muka Anda.

╰☆☆ 𝓐𝓢𝓢𝓐𝓛𝓐𝓜𝓤𝓐𝓛𝓐𝓘𝓚𝓤𝓜 ☆☆╮

ლ(╹◡╹ლ)

Nak tahu tak apa rahsia wanita korea mempunyai kulit wajah yang mulus dan bersih? Mesti ada kan dekat sini yang meminati drama korea. Kak Dela pun layan juga drama korea ni hihihi ♥‿♥. Setiap kali tengok kulit muka diaorang yang licin tu mesti Kak Dela tertanya-tanya apa rutin penjagaan muka yang diaorang lakukan untuk dapat kulit bersih macam tu?

 

Cari punya cari akhirnya Kak Dela jumpa rutin penjagaan muka wanita korea. Agak-agak berapa steps ye yang diaorang lakukan setiap hari untuk penjagaan muka sahaja? Bukan 3, bukan 5 tapi 10 steps tau!! Terkejut Kak Dela bila tahu semua step-step tu. Meh sini Kak Dela list kan semua steps untuk anda semua.

Image result for step by step face care routine

RUTIN PENJAGAAN KULIT WANITA KOREA

1- Makeup Remover / Oil Cleanser

2-Pencuci Muka Jenis Foam**

3-Scrub / Exfoliator

4- Toner**

5-Essence

6-Serum

7-Sheet Mask

8-Eye Cream

9-Moisturizer**

10-Night Cream/Sunblock

Ha! ternganga masing-masing baca rutin penjagaan kulit wanita korea 😵. Kalau tak mampu nak beli semua skincare kat atas ni? Tak dapatlah nak memiliki kulit licin, mulus macam wanita korea? Hah! Jangan cepat sangat buat kesimpulan. Kesemua rutin di atas tu memang penting untuk kulit yang cantik, tetapi kalau anda tak mampu lakukan semua, lakukan yang basic pun boleh membuatkan kulit anda jadi sihat. Nak tahu apa yang basic?  Nampak tak tanda ** yang Kak Dela tandakan dekat rutin penjagaan muka tadi? Itulah step basic penjagaan muka. Sangat penting 3 basic step ni.

 

Kak Dela pasti semua orang melakukan rutin mencuci muka menggunakan pencuci muka buih setiap hari. Iyalah seharian kulit muka dah terdedah dengan kotoran daripada persekitaran di sekeliling anda, mestilah anda perlu membersihkan muka anda daripada kotoran tersebut. Apa yang Kak Dela nak tekan kan kat sini adalah memakai moisturizer atau pelembab muka. Ramai orang mengabaikan pemakaian pelembab muka setiap hari .Walhal rutin ini dalah salah satu rutin yang penting untuk kulit muka yang sihat. Macam mana nak amalkan 10 rutin yang Kak Dela listkan tadi kalau rutin  yang basic pun anda masih ambil ringan? Nak dapatkan kulit yang cantik, basic step penjagaan muka mesti strong, jangan malas!

 

Manfaat Pelembap Muka (Moisturizer)

Penggunaan pelembab yang sesuai dapat membantu mencegah serta merawat masalah kulit kering

 Ia boleh melindungi kulit sensitif, meningkatkan tona dan tekstur kulit, serta menutup ketidaksempurnaan.

 Sebagai pelembap yang memegang air di lapisan paling luar kulit, mereka juga bertindak sebagai pelindung sementara untuk kulit anda.

 Ia juga melindungi lapisan luar kulit dari kesan berbahaya daripada matahari, angin dan faktor alam sekitar yang lain.

Bila Perlu Pakai Pelembab Kulit?

1) Pelembab perlu di pakai sebaik sahaja anda mengeringkan kulit anda selepas mandi. Keadaan kulit yang masih lembab akan memudahkan pelembab untuk menembusi permukaan kulit dengan lebih berkesan.

2) Selepas anda selesai membersihkan wajah anda dengan pembersih muka, anda perlu segera menggunakan pelembap yang sesuai. Ini kerana jika anda membiarkan muka anda terdedah terlalu lama tanpa pelembab, kelembapan semulajadi pada kulit anda akan tersejat bersama dengan udara sekeliling.

3) Anda juga boleh menggunakan pelembab sebelum mengaplikasikan makeup dengan menjadikannya sebagai makeup base anda. Ini akan menjadikan makeup anda lebih tahan lama.

Pelembab Manakah Yang Boleh Digunakan?

 

Image result for type of skin

 

Kalau anda pergi ke drugstore, farmasi atau online store, anda boleh melihat pelbagai jenis pelembab yang ada dari pelbagai brand. Tetapi anda harus tahu tidak semua pelembab yang ada di pasaran sesuai dengan kulit muka anda. Adalah penting untuk mengetahui pelembab yang sesuai dengan muka anda, ianya bergantung kepada banyak faktor termasuklah jenis kulit, umur, masalah kulit seperti jerawat,ekzema dan sebagainya.

Dibawah ini Kak Dela terangkan bagaimana untuk memilih pelembab yang sesuai. Sebelum membuat pilihan untuk membeli pelembab, pertimbangkan garis panduan di bawah terlebih dahulu:

Kulit Biasa: Kulit jenis ini adalah jenis kulit yang tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Kelembapan yang ada pada jenis kulit ini adalah seimbang, dan untuk mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit ini adalah disyorkan untuk menggunakan pelembab yang berasaskan air yang mempunyai tekstur yang ringan dan tidak berminyak

Kulit Kering: Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit kering, adalah penting untuk memilih pelembab yang membantu mengembalikan kelembapan pada kulit anda. Kak Dela sarankan agar anda memilih pelembab yang berasaskan minyak yang mengandungi bahan-bahan untuk melembabkan kulit atau berasaskan petrolatum. Patrolatum berfungsi untuk mengunci kelembapan kulit dan membantu menjadikan kulit anda kekal terhidrasi.

Kulit Berminyak / Kombinasi: Jerawat adalah masalah biasa bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ramai yang beranggapan kulit muka berminyak tidak perlu memakai pelembab. Namun hakikatnya anggapan tersebut adalah salah.  Walaupun kulit anda berminyak, penggunaan pelembab adalah sangat penting. Pilihlah pelembap jenis gel. Ini kerana formula gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak. Pelembab gel boleh menyalurkan kadar lembapan mencukupi untuk kulit dan pastinya mampu memperbaiki keadaan kulit yang kendur sekaligus memudahkan sapuan solekan ke atas kulit.

Kulit Sensitif: Penggunakan pelembap yang mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti chamomile atau aloe vera sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Sebelum memilih produk, pastikan produk tersebut tidak mengandungi wangian, pewarna atau asid.

Kulit Yang Matang: Seperti umur anda juga, kulit juga boleh menjadi matang. Kulit anda cenderung menjadi kering kerana kelenjar penghasil minyak menjadi kurang aktif apabila kulit telah matang. Untuk mengekalkan kelembapan kulit anda, pilih pelembap berasaskan minyak yang mengandungi petrolatum sebagai asas, bersama-sama dengan antioksidan untuk menyelesaikan masalah kulit yang berkaitan dengan usia seperti keriput, garis halus, pigmentasi dan sebagainya.   

 

☆(❁‿❁)☆ TIPS KAK DELA ☆(❁‿❁)☆

♥️️ Semak bahan yang terkandung di dalam krim pelembab anda. Gunakan produk seperti Adore Agave Skincare yang tidak mengandungi bahan terlarang seperti  SUPLHATE, PARABEN, MERCURY, HYDROQUINONE.

♥️️ Apabila anda menggunakan pelembab dan anda merasakan kulit anda berminyak atau terasa tidak natural, hentikan penggunaan pelembab tersebut serta-merta. Kerana berkemungkinan produk tersbut tidak bersesuaian dengan kulit anda dan mungkin akan menyebabkan iritasi.

♥️️ Pastikan anda minum air secukupnya agar kulit anda kekal terhidrasi. Walaupun anda telah menggunakan pelembab pada kulit namun air juga amat penting untuk membantu kulit anda kekal lembab dan sihat.

♥️️ Pilih pelembab yang mengandungi pelindung matahari dari SPF 15 atau SPF yang lebih tinggi untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan matahari. PENTING!

♥️️ Harus diingatkan kos tidak mempunyai kaitan dengan keberkesanan sesuatu produk. Beli lah produk mahal mana pun kalau kulit anda tidak sesuai dengan bahan-bahan dari produk tersebut, ianya masih tidak dapat mencantikkan kulit anda.

♥️️ Sekiranya pelembab yang anda gunakan tidak memperbaiki keaadaan kulit anda atau anda mengalami masalah setelah menggunakan pelembab, dapatkan nasihat daripada doktor kulit anda.

Kesimpulannya , walau macam mana pun keadaan kulit anda: normal, kering, berminyak, atau kombinasi, dengan bantuan pelembab yang sesuai, kulit anda akan menjadi lebih cantik dan sihat.

Tips Pakai Pelembab.

Tips 1.
Sebaiknya sapu pelembab sebaik sahaja selepas mandi.. Kerana di waktu itu liang roma terbuka.. Dan lebih mudah krim pelembab diserap.

Tips 2.
Pilih pelembap yang mempunyai aroma lembut yang menarik minat anda, kulit anda berasa selesa dengan pelembab tersebut dan yang penting sekali ia tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda.

Tips 3.
Pelembap yang berkualiti tidak akan merengsakan (kesan sakit / pedih) kulit anda dan tidak buat kulit anda rasa panas / terbakar.

Tips 4.
Elakkan pakai pelembab yang sama dengan pelembab badan. 

 

Masih merasakan pelembab itu sesuatu yang tidak penting untuk rutin penjagaan muka? Fikir sekali lagi 😉

 

Baca Juga :  Punca Kullit Berjeragat

 

 

 

 

 

 

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *