Khasiat Goji Berry

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Siapa tahu apa itu goji berry? Goji berry mungkin belum terkenal dalam kalangan masyarakat kita. Tetapi, jangan tak tahu. Goji berry mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Kalau tidak, takkanlah goji berry digelar sebagai Super Fruit di Indonesia. Ini kerana, buah Goji berry dikenali sebagai buah yang paling kaya kandungan nutrisi dan dapat memberi pelbagai khasiat bagi kesihatan seluruh tubuh kita.

 

1. Menyihatkan mata

Goji berry sudah ribuan tahun terkenal dalam kalangan masyarakat Cina untuk menyihatkan mata. Malah, kandungan Beta Karoten dalam goji berry lebih tinggi berbanding dengan lobak merah. Selain dapat menjernihkan deria penglihatan kita, buah goji juga dapat mencegah penyakit berkaitan mata contohnya katarak, rabun dan sebagainya.

 

2. Kaya Antioksidan

Tahukah anda apa fungsi antioksidan? Salah satu fungsinya yang utama ialah menguatkan sistem imun tubuh agar tidak mudah diserang penyakit. Selain itu, antioksidan dapat menangkal radikal bebas dan mengelakkan tubuh kita dari serangan kuman dan bakteria. Goji berry mempunyai 4 kali lebih besar kandungan antioksidan berbanding buah Blueberry.

 

3. Mencegah kolesterol tinggi

Kolesterol tinggi dan lemak tepu sangat tidak elok untuk kesihatan. Jika tidak ditangani dengan segera, boleh menimbulkan pelbagai jenis penyakit contohnya seperti stroke, hipertensi dan sebagainya. Kandungan lemak omega 6 dalam goji berry mampu menyingkirkan kolesterol dari tubuh.

 

4. Elok untuk kesihatan kulit dan mencegah penuaan

Kandungan vitamin E dalam goji berry mampu melembap dan menghaluskan kulit secara semulajadi. Jika diamalkan, tidak mustahil kulit kita akan kekal halus dan anjal. Selain itu, manfaat goji berry bagi mencegah kedutan dan pembentukan garis-garis halus bukan lagi rahsia bagi golongan wanita di China. Mereka menggunakan buah goji berry sebagai masker agar wajah mereka terus terjaga dan kekal awet muda.

 

5. Meningkatkan kesuburan lelaki

Goji berry juga dapat meningkatkan kesuburan dan tenaga kaum lelaki khususnya dalam hubungan intim suami isteri. Dengan mengamalkan goji berry secara rutin dapat memberi kesihatan yang maksima kepada yang mengamalkannya.

 

6. Menjaga kesihatan jantung

Untuk mencegah penyakit jantung, buah goji berry merupakan salah satu alternatif yang terbaik. Goji berry mampu melancarkan pengaliran darah dan mencegah terjadinya stroke.

 

7. Mengurangkan risiko kanser

Kandungan antioksidan dalam goji berry mampu mencegah perkembangan sel tumor dan juga kanser dalam tubuh. Dengan itu, kanser ataupun sel tumor tidak akan membesar kerana terhalang oleh antioksida yang terdapat dalam goji berry.

 

8. Sumber tenaga semulajadi

Goji berry mampu meningkatkan tenaga khususnya kepada yang melakukan aktiviti berat setiap hari. Goji berry mampu menjadi ramuan alternatif bagi mengembalikan tenaga dan mengurangkan keletihan terhadap individu.

 

Mahukan kulit dan tubuh badan yang cantik dan sihat? Carilah goji berry. Sebab itu Audela memilih goji berry sebagai salah satu dari 17 bahan aktif dalam formulasinya. Pakej cantik luaran dan dalaman lagi.Memang berbaloi-baloi.  Jom berAUDELA.

 

audela-bottle

 

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *