Kulit Cantik Dengan Vitamin C

Assalamualaikum semua, harini saya akan buka topik tentang vitamin C. Ha mesti ramai yang kurang tahu tentang kebaikan dia kan..

 

Menjaga kecantikan bukan sahaja daripada luaran, malah dalaman juga. Pengambilan makanan tambahan atau suplemen penting untuk membantu memelihara kecantikan secara menyeluruh. Vitamin C adalah makanan tambahan yang cukup sinonim untuk kecantikan kulit, rambut dan badan.

 

Kandungan Vitamin C yang terbesar adalah daripada sumber buah-buahan seperti oren, epal dan anggur. Namun, tidak ramai yang gemarkannya. Kini, anda masih boleh mendapatkan kebaikan Vitamin C itu di dalam makanan tambahan berbentuk kapsul yang lebih kecil, mudah untuk dibawa dan di makan. Jadi, apakah kebaikan Vitamin C untuk kecantikan kulit? Jelita kongsikan dengan anda beberapa kebaikannya untuk kulit.

 

1. Mencerahkan Kulit

Tidak dapat disangkal lagi, Vitamin C sangat sesuai untuk mereka yang mementingkan kecantikan kulit. Dipercayai, Vitamin C boleh digunakan untuk mencerahkan kulit. Ini disebabkan oleh asid arkobat yang terdapat di dalam Vitamin C menjadi bahan utama pembentukan kolagen lantas berfungsi untuk menyembuhkan luka dan menghasilkan protein berguna untuk kulit wajah. Dengan adanya protein ini, kulit wajah menjadi lebih anjal, sihat,dan cerah.

2. Mencegah Penuaan

Selain itu, Vitamin C ini juga boleh mencegah penuaan. Kolagen yang bersifat water holder di dalamnya memberikan kelembapan dan tidak akan mengeringkan kulit wajah. Jika kulit wajah kekurangan air, wajah menjadi kusam dan tidak bermaya. Selain itu, Vitamin C ini juga boleh membantu untuk mengecilkan liang pori yang terbuka.

 

3. Mencegah Radikal Bebas 

Radikal bebas boleh menyebabkan kulit wajah menjadi rosak, tidak bermaya dan juga kanser kulit.Anti oksida di dalam Vitamin C ini berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit. Kulit menjadi lebih sihat dan berseri.

 

4. Memudarkan Parut Jerawat

Kolagen di dalam Vitamin C menjadi satu komponen penting dalam proses penyembuhan luka, termasuk luka kesan daripada jerawat. Pengambilan secara konsisten boleh menyembuhkan jerawat pada wajah. Parut jerawat yang degil juga akan pudar dan cepat sembuh. Kulit menjadi lebih licin dan sihat

 

5. Audela

Jom consume Audela untuk kesihatan dalaman dan luaran. Boleh dapat 5 manfaat dalam 1 iaitu untuk membakar lemak, mencuci usus, menyegarkan kulit, mengawal selera makan dan mengembalikan berat badan ideal.

 

Sumber daripada: http://www.jelita.com.my/kecantikan/kulit-cantik-dengan-vitamin-c/

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *