Lobak Hitam Elak Kanser Usus

Makanan yang tinggi serat dikatakan mampu mengelakkan manusia dijangkiti kanser usus. Selain itu makanan tinggi serat bagus untuk sistem pencernaan manusia dan membantu meningkatkan metabolisme.

Untuk menguji keberkesanan serat sayur-sayuran dan buah-buahan satu kajian telah dijalankan di University of Quensland and Commonwealth Scientific and Industrial Research Organization.

Kajian itu telah memilih menggunakan lobak hitam/ungu yang dikatakan kaya dengan antioksidan polifenol. Menurut penyelidik, polifenol yang terdapat dalam lobak hitam adalah anthocyanin dan asid fenolat yang mampu menghalang serangan kanser usus sehingga 80 peratus. Katanya juga keberkesanan serat dalam menghalang kanser usus juga merupakan hasil dari kandungan antioksida, polifenol yang terdapat dalam sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Selain itu, penyelidik juga mengatakan bahawa serat merupakan pembawa antioksidan yang selamat yang membawa nutrisi hingga ke usus bagi membantu melindungi usus daripada serangan kanser usus besar.

Bagi memenuhi kandungan serat dalam tubuh, anda boleh mendapatkannya dengan mengambil buah avocado, strawberi, epal, jambu, laici, nanas, betik, pear, pisang, tembikai, manga, belimbing dan buah naga.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memenuhi serat dalam tubuh dengan mengambil brokoli, jagung, kubis kecil serta kekacang.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *