Manfaat Aloe Vera

 

  1. Penjagaan kulit muka serta boleh dijadikan sebagai ubat jerawat

  • Gel aloe vera

Aloe vera mempunyai sifat anti-bakteria, anti-oksida dan anti-penuaan. Gel yang ada pada aloe vera dapat melembapkan dan menghidrasi kulit secara semulajadi serta berupaya memperbaiki dan memperbahurui sel-sel kulit. Jika kulit anda dinaiki jerawat, sapukan gel lendir aloe vera pada tempat jerawat setiap pagi dan setiap malam dan lihat perubahan nya dalam beberapa hari dan jerawat akan menjadi kurang merah, perlahan-lahan akan mengecil dan hilang. Gel aloe vera juga boleh dijadikan sebagai masker semasa melakukan rawatan muka untuk mendapatkan kulit licin dan berseri-seri.

 

  • Mengurangkan kesan sunburn dan masalah kulit

Jika seharian anda duduk di tengah panas dan mengakibatkan kulit muka merah kemerahan dan juga gatal, sapukan gel aloe vera pada muka supaya dapat meredakan dan merawat kesan tersebut. Selain mengalami masalah sunburn, masalah eczema, ruam atau gatal-gatal kulit disebabkan oleh gigitan serangga atau sebagainya. Caranya dengan memotong secebis daun aloe vera dan sapukan saja lendirnya pada bahagian kulit yang bermasalah. Aloe vera sifatnya sejuk, jadi sapuan gel pada bahagian kulit yang bermasalah dapat memberikan kelegaan semulajadi. Malahan, jika anda mempunyai luka-luka kecil, gel ini dapat membantu menyembuhkan luka tersebut dengan cepat dan semulajadi.

 

2. Penjagaan rambut

Rambut adalah mahkota yang penting bagi setiap wanita. Namun, ramai wanita sering mengeluh disebabkan masalah seperti keguguran rambut, kelemumur, rambut terlalu berminyak dan sebagainya. Jadi, elok sangat kita manfaatkan gel aloe vera untuk penjagaan rambut. Cara nya mudah saja dengan melumurkan lendir yang diambil pada aloe vera ke seluruh rambut dan juga keseluruhan kulit kepala, kemudian bungkus kepala dengan shower cap atau tuala secara longgar dan biarkan semalaman. Lakukan 2-3 kali seminggu untuk dapatkan rambut sihat, cantik dan bersinar. Ia juga berkesan untuk membersihkan dan menyejukkan kulit kepala, menghilangkan kelemumur serta melebatkan rambut.

 

3. Mengurangkan strech marks dan parut

Ibu-ibu lepas bersalin amat gusar dengan kehadiran ‘strech marks’ pada bahagian perut. ‘Strech marks’ ini juga akan timbul ketika perubahan dialami oleh seseorang wanita atau lelaki. Salah satu usaha yang harus dicuba ialah dengan menyapu gel aloe vera pada bahagian yang terlibat. Sekiranya mempunyai akibat kesan luka atau bedah, sapukan gel ini dua atau tiga kali sehari pada tempat yang terlibat. Bagi mendapatkan hasil yang ketara, anda perlu rajin untuk menjadikan ini sebagai rutin harian anda supaya kesan parut di badan anda menunjukkan perubahan daripada sebelum ini.

 

4. Gusi, gigi dan mulut

Sifat semulajadi aloe vera yang anti-mikrob dan anti-bakterial juga dapat memujarabkan sakit gusi atau meredakan radang gusi. Untuk mendapatkan kelegaan segera, sapukan saja gel aloe vera di sekililing gusi terutama bahagian gusi bengkak, sakit atau berdenyut. Untuk penjagaan kesegaran mulut pula, berkumurlah dengan jus aloe vera dan kemudian bilas menggunakan air biasa.

 

5. Bibir

Kebaikan aloe vera untuk kecantikan sangat banyak untuk dijadikan sebagai rutin harian anda. Selain berguna untuk melembapkan kulit muka, ia juga dapat melembapkan bibir anda daripada kering.

Caranya: Campurkan gel aloe vera dan kapsul vitamin E. Oleskan pada bibir secara merata agar dapat membantu mengatasi bibir kering dan pecah.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *