Manfaat Teh Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Siapa yang taknak tubuh badan yang sihat kan? Disini admin ingin kongsikan tentang manfaat teh hijau. Ramai antara kita mengamalkan teh hijau untuk tujuan diet dan menurunkan berat badan. Dalam setiap  150ml teh hijau,  25-30 kalori dapat dibakar, dan setiap 250 ml teh dapat membakar 40 kalori. Memang betul teh hijau mampu menurunkan berat badan, tetapi teh hijau juga mempunyai pelbagai lagi manfaat dan khasiat yang lain.

 

1. Meningkatkan kecergasan fizikal

Teh hijau terkenal sebagai minuman yang mampu membantu proses pembakaran lemak. Jadi dalam masa yang sama, ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan kita. Menurut kajian yang dilakukan terhadap 10 orang lelaki yang mengamalkan pengambilan teh hijau, penggunaan tenaga yang digunakan dapat ditingkatkan sehingga empat peratus.

2. Menghilangkan jerawat

Jerawat merupakan musuh utama bukan sahaja bagi wanita, tetapi juga bagi lelaki. Jerawat terjadi akibat daripada penyumbatan pada pori-pori kulit. Jerawat mampu mengurangkan keyakinan diri setiap orang. Apa kata kita amalkan masker teh hijau untuk mengatasi jerawat di wajah. Jika ingin mudah lagi, di farmasi-farmasi sudah terjual produk pembersih muka yang mengandungi ekstrak teh hijau. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk mencuci muka. Bukan sahaja untuk kecantikan kulit, tetapi juga untuk meningkatkan keyakinan diri kita.

3. Mencegah penyakit kanser

Kandungan antioksidan tinggi dalam teh hijau dapat membantu menyihatkan tubuh badan dan menghindari risiko penyakit kanser. Ini kerana, kita seringkali mengambil makanan yang mempunyai bahan kimia berbahaya tiap hari. Jadi, kita boleh cuba amalkan teh hijau bagi mengurangi risiko kanser. Antara penyakit kanser yang boleh dielakkan ialah kanser prostat, kanser payudara dan kaser usus.

4. Menangkal radikal bebas

Pernahkah kita perhatikan kenapa wanita jepun yang sudah berusia masih kelihatan cantik, sihat dan memiliki tubuh badan yang cantiik? Rahsia kecantikan wanita jepun ialah dengan tradisi meminum teh hijau. Dengan mengamalkan teh hijau, ia dapat membantu menangkal radikal bebas yang dapat mengakibatkan penuaan. jadi bagi yang ingin kelihatan awet muda sentiasa, bolehkan amalkan teh hijau setiap hari tau.

5. Menghilangkan sakit kepala

Ramai yang tidak tahu bahawa teh hijau juga mampu meredakan sakit kepala. Ada yang sudah makan bermacam jenis ubat tetapi sakit kepala masih tidak hilang. Jadi, kita bolehlah meninggalkan ubat-ubatan tersebut dan boleh mula untuk minum teh hijau bagi menghilangkan sakit kepala. Teh hijau juga memiliki manfaat membantu untuk menenangkan.

6. Meningkatkan kesihatan mental dan fungsi otak

Kandungan kafein tidak berlebihan dalam teh hijau bukan sahaja mampu merangsang sel-sel otak dan menjadikannya lebih aktif, malah dapat menjadikan seseorang itu pintar. Selain itu, kesihatan mental juga dapat ditingkatkan.

 

Mahukan kulit dan tubuh badan yang cantik dan sihat? Carilah teh hijau. Sebab itu Audela memilih teh hijau sebagai salah satu dari 17 bahan aktif dalam formulasinya. Pakej cantik luaran dan dalaman lagi.Memang berbaloi-baloi.  Jom berAUDELA.

 

audela-bottle

 

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *