Mengapa Eye Bag terjadi? – Ketahui 4 Sebab Yang Pasti Akan Memeranjatkan Anda!

Bagi mereka yang sangat mementingkan kecantikan, terutama kecantikan pada wajah, pastinya kehadiran eye bag di bawah mata anda merupakan satu mimpi ngeri kan? Kak Dela pun tengah menghadapi masalah eye bag berkilo-kilo.

Walaupun kita dah mempunyai mata yang menawan, pandangan yang menggoda dan mempesonakan, namun kehadiran eye bag di bawah mata kita menjadikan pandangan yang menggoda tersebut kian pudar. Sedih kan? 😭

Adanya kantung di bawah mata anda membuatkan anda kelihatan seperti seseorang yang tidak mendapat rehat yang cukup dan menunjukkan yang anda sedang mengalami sedikit tekanan.😩

Kak Dela yakin semua pembaca blog Audela ni tak mahu mempunyai eyebag di bawah mata, namun pernah tak anda terfikir sebab di sebalik terjadinya kantung di bawah mata ini?

Apa Itu Eye Bag??

Eye bag ataupun Periorbital Puffiness adalah keadaan dimana tisu di kawasan sekeliling mata kita mengalami kebengkakan. Bengkak yang terhasil di kawasan bawah mata itulah kita panggil sebagai eye bag kerana bentuknya yang seperti kantung beg.

Sebab Terhasilnya Eye Bag

Antara sebab terhasilnya eye bag yang biasa kita dengar adalah kerana lewat tidur. Betul tak? Tapi Kak Dela nak tanya, betul ke tu je punca utama eye bag ni? Ye memang betul, tidur lewat adalah salah satu punca eye bag tetapi ianya bukanlah punca yang utama. Banyak lagi punca lain yang boleh menyebabkan mata kita seperti sedang membawa bag yang berkilo- kilo. Jom kita baca apa lagi punca eye bag yang mungkin anda tak pernah tahu!

1)Menggunakan Skin Care Di Kawasan Sekeliling Mata.

Related image

Siapa pernah dengar tentang retinol, salicylic acid, glycolic acid? Pernah tak anda menemu ingredients ini di dalam produk penjagaan kulit anda? Ketiga-tiga bahan tadi merupakan kandungan yang terdapat didalam produk penjagaan kulit. Semua bahan ini berkesan untuk memperbaiki struktur dan rasa kulit anda tetapi ia juga boleh menyebabkan kerengsangan pada kulit seperti gatal-gatal. Dan bila anda menggunakannya terlalu hampir pada kawasan mata anda, kerengsangan tersebut akan menjadi punca terhasilnya eye bag pada mata anda. Hemm Kak Dela baru tahu tentang fakta ini 😅

Nak tahu tak apa kaitan kerengsaan dengan eye bag ni? Bila anda mengalami kerengsaan, anda cenderung untuk menggosok kawasan tersebut untuk melegakannya dan tanpa anda sedari menggosok akan mencipta keradangan yang menyebabkan saluran darah bocor. Ada kalanya saluran darah yang tersumbat mudah pecah di bawah mata menjadikan bahagian di situ lebam dan tampak gelap. Sel sel darah akan merangsang pula melanocyte menjadi aktif menyebabkan kawasan mata menjadi lebam. Sebab tu lah bawa mata kelihatan lebam dan bengkak.

Selain daripada itu, berus pembersih muka (sama ada manual atau elektrik) juga boleh mencetuskan masalah apabila digunakan terlalu dekat dengan kawasan mata. Kenyataan ini dinyatakan oleh Ellen Marmur, MD, profesor klinik dermatologi dan penyelidikan genetik dan genom di Mt. Pusat Perubatan Sinai. Jadi elakkan menggunakan berus pembersih muka berdekatan dengan kawasan mata.

❁❁Tips: Cuba anda sentuh kawasan tulang di sekitar mata anda. Itulah tulang orbit anda dan elakkan menggunakan produk penjagaan kulit atau sebarang alat pembersih muka melebihi kawasan ini.

2)Tidak Membilas Muka Dan Rambut Anda Sebersih-Bersihnya.

Image result for membilas wajah

Tidak membilas dengan sebersih-bersihnya sisa pembersih muka,atau mungkin syampoo dan conditioner dari muka kita terutama kawasan mata lazimnya akan menyebabkan dermatitis pada kelopak mata.

Matthew Zirwas, MD, Pengarah Contact Dermatitis di Pusat Perubatan Wexner, Ohio Universiti, menyatakan, dermatitis pada kelopak mata (keradangan yang menyebabkan anda menggosok mata) adalah disebabkan oleh sisa-sia syampu, perapi, atau pembersih muka yang terperangkap didalam lipatan kelopak mata anda atau disekitar kawasan mata anda. 

Kemudian ditambah pula dengan penggunaan maskara, pembayang mata, serta penggunaan cecair pembersih alat solek yang mengandungi pengawet dan wangian akan memburukkan lagi kerengsaan pada kelopak mata. Kesan akibat dari kita menggosok kawasan mata yang akan menyebabkan mata kita mula menjadi bengkak dan kehitam-hitaman.

❁❁Tips: Pastikan anda membersihkan wajah anda dari sebarang syampu, perapi, atau pembersih dengan menyeluruh. Dan jika anda sedang mengalami kerengsaan pada mata anda, pilihlah produk penjagaan diri dan juga alat makeup yang bersifat hypoallergenic. Elakkan juga methylisothiazolinone, iaitu bahan pengawet bakteria yang sering dijumpai didalam tisu basah yang dikhaskan untuk membersihkan makeup kerana ia boleh menyebabkan reaksi kulit seperti alergi.

3. Tinggi Kandungan Garam di Dalam Tubuh Anda

Pernah tak anda menyedari bahaan diet pemakanan yang mempunyai sodium yang tinggi akan membuatkan badan anda menyimpan air di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya termasuklah kawasan di bawah mata anda. Anda mungkin merasakan diet yang anda amalkan sudah cukup sihat untuk anda walhal ianya mengandungi garam yang tersembunyi. Kak Dela bagi  contoh pada anda,  makanan seperti cottage cheese mengandungi 1% cottage cheese dan kira-kira 450 mg natrium (hampir 20% daripada pengambilan harian yang disyorkan) untuk satu setengah cawan cottage cheese.

Secara umumnya, pengambilan garam (sodium atau natrium) adalah cukup 1500 mg dan mestilah tidak melebihi 2300 mg dalam sehari.Untuk pemahaman yang lebih mudah, untuk menganggar berapa banyak garam seberat 2300 mg mudah saja. Secubit garam dianggarkan seberat 360 mg, sesudu teh garam seberat 5690 mg dan sesudu besar garam seberat 17 gram.

Lebih senang jika kita perhatikan label nutrisi makanan yang terdapat pada packaging makanan yang ada di rumah kita. Contoh dua keping roti Gardenia mengandungi garam sebanyak 249 mg. Bolehlah anda semak kandungan garam didalam makanan proses yang telah anda beli. Ingat garam bukan sahaja boleh menyebabkan eyebag malah ia membahayakan kesihatan sekiranya di ambil terlalu banyak.

❁❁Tips:  Krim mata yang mengandungi kafein dapat membantu menghalang pembuluh darah dan mengecilkan eye beg. Anda juga boleh meletakkan sesuatu yang sejuk di kawasan mata anda

4. Kehilangan Berat Badan Terlalu Cepat

Image result for eyebag

Semua orang mengetahui tentang proses penuaan boleh membuatkan eye bag muncul pada mata anda apabila pipi anda mulai kendur. Tetapi tak ramai yang  tahu bahawa penurunan berat badan secara mendadak juga boleh menyebabkan masalah yang sama. Menurut Dr.Rushmini, lemak pada muka sangat penting bagi membentuk wajah.Pipi akan cengkung jika kehilangan lemak. Apabila lapisan lemak pada tarsal plate menipis akhirnya hilang akan menyebabkan bawah mata tampak cengkung dan berlekuk.

Bila dah baca kenyataan di atas jangan pula anda berasa takut untuk kurus 😄. Ada caranya untuk menghilangkan eye bag. Jangan risau. Teruskan pembacaan untuk mengetahu bagai mana cara untuk menghilangkan eye bag tanpa perlu melakukan pembedahan.

Baca Juga : PETUA MERAWAT SUNBURN DENGAN PANTAS DAN BERKESAN !

♕Cara Menghilangkan Eye Bag Tanpa Perlu Melakukan Pembedahan ♕

Untuk masalah eye bag di peringkat awal, mereka yang mempunyai kewangan yang stabil biasanya akan melakukan filler di bawah bulge eye bag. Walau bagaimanapun, ini adalah penyelesaian yang bersifat sementara kerana filler cenderung untuk diserap dari masa ke masa dan eye bag akan terus membesar terutama apabila usia kita semakin meningkat. Selain itu penggunaan krim untuk meningkatkan kualiti kulit kawasan bawah mata juga dapat memperbaiki keadaan eye bag namun ianya tidak dapat menyelesaikan masalah ini sepenuhnya.

Semua orang mempunyai sebab yang berbeza untuk eye bag mereka, sebab itu pentingnya untuk mendapatkan diagnosis yang baik dan pendekatan yang sesuai untuk mencapai hasil yang berpanjangan. Di bawah ini adalah cara yang boleh dilakukan di rumah untuk menghilangkan eye bag di mata anda.

1)TIMUN

Image result for cucumber for eye bag

Timun adalah bahan semulajadi yang sangat hebat untuk menyingkirkan eye bag. Caranya :

  1. Ambil dua hirisan timun yang fresh dari peti sejuk anda
  2. Letakkan pada mata anda selama 25 minit.
  3. Relax kan badan anda dan nikmati ketenangan daripada timun tersebut sambil dapatkan tidur yang sekejap.
  4.  Cara ini akan menhyegarkan minda anda serta mata anda.
  5. Anti keradangan yang terdapat pada timun akan membantu mengurangkan eye bag pada mata nada secara natural.

2)KENTANG

Image result for potato for eye bag

  1. Simpan kentang di dalam peti sejuk untuk beberapa minit.
  2. Hiris kentang menjadi hirisan yang bulat
  3. Letakkan pada kawasan mata anda. pastikan menutupi kawasan eye bag anda.
  4. Biarkan selama 15-20 minit
  5. Anda akan melihat perubahan yang besar pada eye bag anda di mana ia akan mula mengecil.

3) SUSU

Untuk mereka yang mengalami eye bag yang sangat teruk, ini adalah regular regime yang anda perlu ikut

  1. Celupkan cotton pads ke dalam susu yang telah disejukkan
  2. Letakkan pada mata anda dan biarkan selama 15-20 minit.
  3. Ini akan membantu mata anda mengekalkan air dan menyejukkannya.

4.  Tea Bags

131 Likes, 2 Comments - LITTLE DIY (@littlediypage) on Instagram: “Tea for dark circles - Make a cup of green tea by placing organic tea bags in hot water for 2 to 3…”

  1. Lembabkan teabag di dalam air sejuk kemudian simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa ketika.
  2. Letakkan pada mata selama 25-30 minit.
  3. Baring dan relaxkan badan anda
  4. Setelah itu cuci muka anda menggunakan air sejuk dan keringkan muka anda.
  5. Anda akan merasa lebih segar setelah melakukan petua ini.

Kini anda telah mengetahu tentang eye bag dan cara untuk merawat eyebag. Tetapi apa guna kalau masalah eye bag anda dapat dirawat namun kulit masih kusam dan tidak bermaya? Kawan-kawan sekeliling pasti tetap akan menegur kulit muka kita yang nampak kusam di mata mereka. Anda tak teringin ke pertanyaan-pertanyaan seperti di bawah ini:

“Kenapa kulit awak nampak kusam je ni? “

“Cubalah buat rawatan kulit muka. Saya tengok kulit muka awak tak bermaya je”

“Awak ni buzy sangat ke, sampai kulit muka jadi kusam macam ni?”

Menjadi

“Wahh berserinya kulit muka awak. Apa rahsianya?”

“Semakin hari saya tengok kulit awak makin berseri lah”

“Taknak share ke apa rahsia kulit muka berseri?”

Nak tahu rahsia mendapatkan kulit muka berseri hanya dengan 3 basic step skincare? Dengan Adore Agave Skincare kulit muka kusam kini lebih berseri. Adore Agave Skincare ibarat pelengkap didalam rutin penjagaan wajah Kak Dela. ☆(❁‿❁)☆

ADORE AGAVE SKINCARE

Kandungan Utama Adore Skincare ialah Gosulin Agave iaitu tumbuhan yang berasal dari Mexico.

Produk penjagaan kulit muka yang berasaskan air.

Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.

💯 % bebas dari bahan kimia merbahaya.

Sesuai untuk semua jenis kulit

Mudah meresap kedalam kulit

Imej yang berkaitan

Imej yang berkaitan

Tonton Juga : 3 Basic Step To Have Radiance and Glowing Skin

Click Saya nak dapatkan Set Adore Agave Skincare sekarang untuk mendapatkan produk penjagaan muka terbaik abad ini.

NEW AGENT AND DROPSHIP WANTED!!!

➼➼➼➼COMING SOON ➼➼➼➼

Something Green!!!

Something Fresh!!

Something Rejuvenating!!

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *