Ketahui Cara Yang Berkesan Untuk Merawat Parut Jerawat.

“Herm jerawat dah segan dah nak tumbuh, tapi parut jerawat masih setia di muka. Stress lah bila  kawan-kawan panggil kita kawah bulan sebab parut yang berlubang-lubang ni”

Siapa kat sini ada masalah yang sama macam keluhan Kak Dela ni? Ada jerawat pun buat kita stress, parut jerawat pun buat kita stress. Siapa yang tak stress dengan masalah berkaitan jerawat ni kan? Semua orang pun stress. Buat kita hilang keyakinan bila nak berdepan dengan orang lain kalau muka kita bertompok-tompok hitam ataupun berlubang-lubang macam kawah bulan. Kan seronok kalau dapat memiliki kulit yang bebas jerawat dan licin macam kulit artis korea tu.

Sebabkan ramai yang tanya Kak Dela tips untuk dapatkan flawless skin so kali ni Kak Dela share dengan korang mcam mana nak dapatkan flawless skin. Kak Dela hanya share petua yang berkesan sahaja ye. Mungkin ada yang lebih prefer produk yang berlambak dekat pasaran tu kan? Pembaca sekalian, sebelum anda memilih mana-mana produk untuk menghilangkan parut jerawat, Kak Dela nasihatkan anda semua baca ini dulu.

Percaya atau tidak, pada tahun 2016 sahaja KKM telah mengemas kini senarai produk yang mempunyai racun berbahaya sebanyak 3 kali. Bahana produk-produk ini mereka yang dah ada kulit yang cantik kini menjadi breakout teruk, mereka yang memang kulitnya dah breakout bertambah lagi parah. Jadi Kak Dela nak nasihatkan dekat sini jangan mudah terpedaya dengan produk yang menjanjikan kesan seawal 3 hari lah, 3 minit lah. Jangan percaya semua tu. Jadi sebelum nak beli sesuatu produk tu siasat dulu. Selamat ke produk tu? Apa kandungan dalam produk tu?

Baca Juga : Ketahui 7 Ciri Produk Yang Berbahaya Untuk Kulit Anda

Berdasarkan pemerhatian dan sedikit pembacaan berkaitan dengan merawat kulit daripada parut jerawat ni, ada 3 cara yang betul-betul berkesan untuk merawat parut jerawat. ✘✘✘Say no to parut jerawat ✘✘✘.

Stabilkan Hormon Anda Dulu

Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh sel badan kita. Pelbagai jenis hormon yang dikeluarkan oleh badan kita dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza untuk tubuh badan. Biasanya hormon yang tidak stabil adalah faktor kepada pertumbuhan jerawat dan jeragat pada kulit wajah.

Apa punca hormon tak stabil? Banyak faktor yang menyumbang kepada kestabilan hormon. Antaranya seperti stress, tak cukup tidur, gaya pemakanan tidak sihat, banyak ambil makanan berkaffein, dan kurang pengambilan makanan bersumberkan omega.

Berdasarkan daripada laman web Wound Research, hormon yang tak stabil akan mengganggu penghasilan kolagen. Natural kolagen sangat penting untuk kulit lebih tegang dan sihat.

Sumber : Wound Research

Ambil Protein Untuk Pertumbuhan Sel Kulit Baru

Tahukah anda berdasarkan laman web WebMD, sel kulit kita akan bertukar dengan sendirinya setiap 27 hari iaitu lebih kurang sebulan. Maksudnya disini tiap-tiap bulan kita akan memperoleh kulit yang baru.

Tapi persoalannya, setiap bulan kita dapat kulit baru tapi kenapa parut masih tak hilang?

Mudah sahaja jawapannya, sel-sel kulit yang ditukar itu hanyalah pada lapisan kulit yang atas sahaja, lapisan kulit yang jauh lebih dalam tidak ditukar. Oleh itu kerosakan kulit kita yang lebih dalam tidak akan hilang begitu sahaja.

Sebagai tambahan, kulit kita memerlukan protein untuk menghasilkan sel-sel yang baru dan kuat. Mungkin anda fikir pemakanan anda tu dah mengandungi cukup protein. Walhal ianya adalah salah kerana protein yang terkandung didalam ikan,daging,telur mungkin telah menjadi kurang berkhasiat disebabkan ianya telah dimasak atau digoreng.

Naikkan Antioksidan Untuk Luka & Lebam

Luka atau lebam ialah kesan dari saluran darah halus yang pecah. Darah yang keluar dari salur menyebabkan warna merah, biru, bengkak dan rasa sakit.

Menurut Dr Axe dalam website beliau, pengambilan antioksidan seperti vitamin C dan Biofalvonoid untuk merawat kesan luka dan lebam pada kulit.

Bukan itu saja, antioksidan mencukupi juga akan bantu kulit jadi lebih cerah dan tegang. Jadi carilah skincare yang mengandungi antioksidan yang tinggi.

Imej yang berkaitan

 

Kesan Terlalu Cepat ! Awas, Mungkin Ada Racun!

Rasa macam lagi mudah menggunakan skincare berbanding consume makanan yang baik untuk kulit?? Ye anda memang boleh menggunakan skincare untuk merawat kulit muka anda tu tapi Kak Dela nasihatkan anda check dulu kandungan yang terdapat di dalam skincare yang anda nak beli dan gunakan tu.

Nak tahu tak, hampir setiap hari Kak Dela dapat aduan mengenai muka mereka yang rosak akibat salah guna produk dan minta pelbagai tps dari Kak Dela untuk merawat kulit yang dah rosak tu. Mula-mula pakai memang rasa cerah,tegang,glowing. Bahagia betul rasa.

Tapi, lepas sebulan muka berubah 100%. Jerawat tumbuh macam cendawan lepas hujan. Pedih! Menyesal tak sudah. Sebab tu lah skincare yang menjanjikan kesan yang cepat tu belum tentu baik untuk anda.

Antara racun yang dikesan oleh KKM dalam produk kecantikan yang popular adalah  merkuri, hydroquinone dan tetrinone.

Sebab tu Kak Dela tak berani nak menggunakan sebarangan skincare. Kak Dela akan siasat dulu kandungan yang terdapat didalam skincare tersebut baru lah Kak Dela decide untuk guna.

SET PENJAGAAN MUKA YANG TERBAIK 2018.

Macam mana nak tahu produk skincare tu tak berbahaya??  Masih ada lagi yang tahu macam mana nak cari produk skincare yang selamat digunakan. Kita kena ambil tahu semua benda ni baru lah kulit kita tak rosak. Produk yang bagus perlu mempunyai ciri-ciri seperti

☻Mempunyai Sijil Halal

☻Lulus KKM

☻Bebas Bahan Kimia Berbahaya

☻Mempunyai Lab Test

☻Kandungan Berasaskan Bahan Semulajadi

Berdasarkan ciri-ciri kat atas ni Adore Agave Skincare menepati kesemua ciri tersebut. Sebab tu lah Kak Dela tertarik dan jatuh hati dengan set penjagaan muka Adore Agave Skincare. Ianya adalah waterbased skincare. Dan 100% selamat untuk kulit muka. Bila kulit kita sihat, lama kelamaan parut-parut yang ada bertempek dekat muka kita ni akan mula pudar dan menganjalkan kembali kulit wajah.

Adore Agave skincare mempunyai 3 basic penjagaan muka ; Pembersih, Penyegar, Pelembab.

❣ Pembersihnya  diformulasi dari gabungan Hibiscus Sabdariffa dan ekstrak Agave Tequilana yang membantu membersihkan dan melembabkan kulit secara semulajadi. Dipertingkatkan dengan wangian lily untuk rasa yang lebih menyegarkan. Untuk mereka yang mengalami sunburn pada kulit muka, pembersih muka Adore Agave Skincare tidak akan mengeringkan kulit anda malas ia akan memberikan kelembapan pada kulit wajah anda.

❣Firming Tonernya pula diperkaya dengan ekstrak Agave Tequilana untuk membantu kulit kelihatan lebih cerah dan meratakan tona warna kulit anda.

❣Pelembap membantu melembapkan kulit dan memberikan perlindungan terhadap bintik-bintik dan kegelapan dari permukaannya. Ia memberikan kesan yang sangat lembut.

 

Baca Juga : 7 Petua Untuk Kulit Berjerawat Kini Terbongkar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *