Mudahnya Menjual Produk Wanita

Pada era media sosial begini menjual produk wanita sudah menjadi kemestian kepada banyak usahawan internet.

Ini kerana di lapangan internet kuasa beli wanita sangat tinggi sesuai dengan keinginan mereka yang suka berbelanja. Kita lihat sahaja di mana-mana platform media sosial produk wanita sentiasa mempunyai pasaran dan permintaan yang besar..

Kita ambil contoh dalam aspek jualan produk kecantikan.

Apabila menjual produk kecantikan wanita lebih mudah melakukan pembelian sehingga ada yang menjadi pelanggan tetap sesuatu produk atau jenama.

Inilah kuasa beli wanita berbanding lelaki.

Wanita akan sentiasa membeli produk kecantikan. Lelaki akan sentiasa ada gaji untuk belanja isteri mereka supaya membeli (fitrah)

Namun isu ini bukan mahu menidakkan kuasa beli atau kurangkan pengaruh jualan produk lelaki. Jual produk lelaki lain pula ragamnya.

Orang lelaki jika berbelanja (mereka yang berkemampuan) mereka akan pastikan produk itu betul-betul berkualiti walaupun bayaran atau harga produk itu tidak masuk akal.

Jadi sebelum anda memulakan perniagaan pastikan anda tahu golongan mana yang anda mahu sasarkan.

Di pentas online anda perlu bijak menentukan golongan mana yang mahu anda tarik duit poketnya.

Terlalu banyak aspek yang anda perlu tekankan supaya sasaran pelanggan anda sesuai dengan strategi bisnes anda.

Selamat berbisnes dan teruskan menjual produk wanita.

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *