MUKA ANDA BERJERAWAT?? APA PUNCA TERHASILNYA JERAWAT PADA MUKA ?

JERAWAAATTTTTT!!!

Ibarat mimpi ngeri bila bangun tidur kemudian belek muka di cermin, tiba-tiba ada seketul jerawat tumbuh riang atas kulit muka kita ni. Urghh bencinya!!

Ada ke orang yang suka mukanya ditumbuhi jerawat?? Rasanya kebanyakan orang tak suka dengan jerawat. Ibarat musuh nombor 1 lah. Kak Dela yakin semua orang impikan memiliki kulit yang bersih dan bebas jerawat. Tapi malangnya jerawat ni senang sangat nak terjadi dan sangat susah untuk dielakkan tanpa penjagaan muka yang betul. Paling tak pun pasti ada jerawat ringan yang menempel pada kulit muka kita ni ataupun lebih dikenali dengan jerawat nasi. Kak Dela memang geram dengan jerawat nasi ni. Rasa puas bila dapat keluarkan nasi tu dari kulit.

Tapi tak perlu lah benci sangat dengan jerawat. Sebab apa? Sebab dengan jerawat lah kita dapat tahu yang kulit muka kita ni sebenarnya bersih atau pun tidak. Bila tumbuhnya jerawat kita tahu lah kulit muka kita ni tak bersih dan perlukan penjagaan kulit yang lebih teliti. Walaubagaimanapun kalau yang tumbuh tu sedikit tak pelah, yang menjadi mimpi ngeri tu bila jerawat yang tumbuh tu sangat banyak dan meninggalkan parut di muka. Yang paling teruk adalah parut yang berlubang-lubang. Macam kawah bulan orang kata.

Apa sebenarnya punca yang menyebabkan jerawat tumbuh?Sebelum kita mengetahu tentang punca jom kita kenali dulu jenis jerawat yang ada pada muka.

5 JENIS JERAWAT YANG PERLU ANDA TAHU.
5 jenis jerawat di muka dan tips untuk atasinya

1.PAPULES
Merupakan sejenis jerawat radang pada kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan pada kulit.
2.PUSTULES
Ia kelihatan seperti bintik merah yang meradang bersama dengan pusat putih atau kuning (bernanah).
3. WHITEHEAD
Whiteheads terjadi bila pori muka tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum(minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati. Jerawat ni yang dipanggil jerawat nasi.
4.BLACKHEAD
Blackhead pula adik beradik kepada whitehead dan susah untuk dikeluarkan dari kulit muka. Ianya terjadi apabila whitehead tidak dibersihkan maka tterhasil lah blackhead.
5. NODULES
Ia adalah sejenis jerawat kronik jika tidak dirawat daripada awal. Nodules terdiri daripada benjolan yang keras di bawah permukaan kulit dan lebih besar. Ia juga sangat menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk hilang.  Jerawat jenis ini lah penyumbang kepada kulit berlubang. Walaupun ia sudah kecut, jika tidak dirawat dengan betul nodule ini boleh muncul semula.

Sekarang kita kenali pula punca-punca terjadinya jerawat. Ada banyak punca sebenarnya yang menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, izinkan Kak Dela untuk terangkan lebih lanjut tentang punca-punca terhasilnya jerawat.

KENALI 7 PUNCA PENYEBAB JERAWAT

1. Hormon Dan Jerawat

kulit berminyak biasanya dikaitkan dengan peningkatan hormon testosteron yang menyebakan pertumbuhan jerawat. Bagi wanita pula disebabkan tingginya kadar progesteron beberapa saat sebelum menstruasi dan naiknya kadar testosterone menjelang menstruasi akan mengaktifkan kelenjar minyak dan menyebabkan pori kulit tersumbat..

2. Stress dan Jerawat

Korang perasan tak kalau korang stress mesti ada jerawat timbul kat muka. Kalau yang memang muka dah berjerawat tu lagi teruk la simptom jerawatnya. Tetapi jangan risau, ianya boleh dicegah dengan rawatan yang betul. Kalau korang nak tahu bila kita berada dalam keadaan stress, adneralin serta hormon androgen dalam badan kita akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca terhasilnya pertumbuhan jerawat.

3. Alat Solek Dan Jerawat

Ha siapa kat sini yang suka bersolek atau bermakeup?? Mostly perempuan lah kan yang suka bersolek ni. Alat soleh pun boleh menjadi punca jerawat tumbuh, namun begitu ianya bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit. Tetapi kalau korang tak membersihkan kulit muka dengan betul selepas memakai alat solek ia boleh memburukkan keadaan jerawat pada kulit muka anda. Selain itu pastikan korang menjaga kebersihan berus makeup korang tau. Kalau kotor bakteria pun suka melekat dekat situ lepas tu kita guna pula pada muka. Memang mengundang jerawat lah.

Makeup Brush, Make Up, Brush, Cosmetics

 

5. Pemakanan dan Jerawat

Sebenarnyaa punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas dan terperinci. namun hakikatnya diet memang mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan korang, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan juga leher.

6. Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

7. Pakaian Dan Jerawat

Tak ramai yang mengalami masalah jerawat di belakang badan, namun masih juga ada segelintir yang mengalami masalah ini.  Jerawat di belakang badan ini adalah disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim seperti di Malaysia yang panas dan lembab. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Rajin-rajin kan diri untuk mandi bila dah berpeluh tu. Kulit yang bersih membebaskan badan korang dari dibelengu jerawat.

 

Jadi apa yang perlu dilakukan sewaktu jerawat tumbuh pada muka? Kat sini Kak Dela senaraikan apa yang boleh korang buat kalau jerawat tumbuh dekat muka.
1) Pakai krim/gel anti jerawat
2) Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
3) Jangan picit jerawat
4) Cuci muka dengan bersih
5) Jangan kerap sentuh kulit muka dengan tangan
6) Pilih produk kecantikan yang berkualiti tinggi
7) Gunakan pelembab kulit
8) Pergi ke klinik dermatologi
9) Jangan scrub muka (Kalau mengalami masalah jerawat yang teruk)
10) Gunakan skin care yang sesuai dengan kulit muka anda

Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk merawat dan mengelak jerawat ni, Untuk next post Kak Dela akan share dengan korang okay..

Kalau korang nak mencari skincare yang lembut dan selamat untuk kulit muka korang Kak Dela suggestkan korang cuba produk  Adore Agave Skincare. Adore Agave Skincare mempunyai 7 manfaat utama pada kulit muka.
  1. Melembabkan kulit
  2. Mengurangkan pigmentasi
  3. Menegangkan kulit muka
  4. Mengecutkan jerawat
  5. Meratakan tona kulit wajah
  6. Menghilangkan kedutan halus di wajah
  7. Menyelesaikan masalah pori-pori tersumbat.

Adore Agave Skincare ni telah mendapatkan kelulusan sijil halal dan sijil KKM. Ianya sangat lembut pada kulit wajah dan pastinya ia tidak mempunyai bahan kimia yang terlarang seperti mercury, hadroquinone, sulphate dan juga parabenAdore Agave Skincare ni memang sangat lembut pada wajah dan tidak memudaratkan kulit korang.

So kalau korang berminat nak cuba set Adore Agave Skincare ni, korang boleh click link ni >>>Saya nak dapatkan Set Adore Agave Skincare sekarang. Kulit idaman korang kini menjadi milik korang dengan Adore Agave Skincare 🙂

Hasil carian imej untuk adore agave skincare

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *