Mereka Yang Dah Berkeluarga Tu Wajib Baca Rahsia Ini!!

“Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan 
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih 
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu 
Marilah kita bina bersama-sama 
Keluarga bahagia” 

-Keluarga Bahagia oleh Saujana

Memiliki keluarga yang bahagia adalah salah satu nikmat yang Allah beri kepada mereka yang telah memiliki keluarga. Namun tak semua dapat merasai nikmat ini. Tidak semua keluarga memiliki gelak ketawa di dalam rumah mereka. Tidak semua keluarga memiliki keriangan di dalam rumah mereka. Mungkin ada sesetengah keluarga yang hanya diselubungi dengan  jeritan sayu dari si isteri atau esak tangisan  dari si anak yang baru ingin mengenali keindahan dunia atau suara lesu si suami sendiri yang tidak mampu lagi mempertahankan keluarganya.. Anda tahu tak pelbagai masalah berkaitan keluarga di negara ini kian tenat malahan seperti tiada penghujungnya. Lihat laporan akhbar di bawah ini dan anda nilaikan sendiri.

  • Laporan daripada Utusan Online menyatakan sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga 10 Julai tahun 2016.
  • FMT news melaporkan sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak setiap tahun. 
  • Utusan Online juga melaporkan  golongan remaja dan kanak-kanak, yang mengalami gangguan kesihatan mental juga menunjukkan pola peningkatan yang merisaukan. Daripada kadar 16 peratus pada 1996, perangkaan menunjukkan peningkatan kepada 20 peratus pada 2011.

Image result for keratan akhbar masalah keluarga Image result for keratan akhbar masalah keluargaImage result for keratan akhbar masalah keluarga

Setiap hari kita disajikan dengan berita-berita sebegini. Apa sebenarnya punca yang menghalang keharmonian didalam sesebuah keluarga? Saya pasti anda semua tahu jawapannya. Semak semula diri anda. Kita perbaiki diri kita dahulu, kita bina semula keluarga yang bahagia dan harmoni. Jadi dibawah ini adalah tips yang diberikan Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood untuk mendapatkan keluarga yang bahagia.

8 tips keluarga bahagia menurut Islam oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood 

Het lijkt me heel erg leuk om op de kraamafdeling in het ziekenhuis te werken.

 

Hanya ingat ‘8P’ sahaja. Nak tahu apa ‘8P’ tersebut? Jom baca ..

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
Pssttt cuba kalau si suami menghadiahkan Audela atau Adore pada si isteri. Senyum sampai ke telinga si isteri.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Tips yang terakhir dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood adalah berdoa kepada Allah. Kak Dela sharekan kepada anda beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan untuk memelihara diri dan keluarga agar sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNya.

8 DOA KELUARGA BAHAGIA DARIPADA AL-QURAN & HADIS

 

DOA 1: MEMOHON KEBAIKAN DAN DIJAUHI KEJAHATAN

 

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ

“Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.”

(Surah Al-Hujurah: 7)

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”

 

DOA 2: MEMOHON DIBERI KECUKUPAN & MENGHADAPI KESULITAN

 

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

“Hasbi Allahu Laailahaillaa huwa’alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul ‘arshil adziiim”

(Surah At-Taubah: 129)

Maksudnya: “Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.”

DOA 3: MEMOHON DIJAUHI HASAD DENGKI & DENDAM DALAM KELUARGA

 

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim.”

(Surah Al-Hashr: 10)

Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”

 

DOA 4: MEMOHON PASANGAN & ZURIAT YANG MENJADI PENYEJUK HATI

 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama”

(Surah Al-Furqan: 74)

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

 

DOA 5: DOA MEMOHON ZURIAT YANG RAJIN MENDIRIKAN SOLAT

 

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

“Rabbij ‘alni muqimas solati wa min dzurriyyati, rabbanaa wa taqabbal du’a”

(Surah Ibrahim: 40)

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

 

DOA 6: MEMOHON PERLINDUNGAN UNTUK ANAK DARI MATA JAHAT (‘AIN)

 

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

“U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah”

(Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371)

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat.”

 

DOA 7: DOA MEMOHON CINTA & KASIH SAYANG

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

“Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika. 

(Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”

 

DOA 8: MEMOHON ZURIAT YANG BAIK

 

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

“Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’.”

(Surah Al-Imran: 38)

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

 

Jika anda sayangkan keluarga anda, pasti anda akan berusaha untuk kembalikan keceriaan dan kebahagiaan di dalam keluarga anda. Jangan kerana benda yang remeh anda mengambil keputusan yang tidak rasional. Fikirkan perasaan anak-anak anda, fikirkan perasaan isteri anda, fikirkan perasaan suami anda. Si suami fikirkan bagaimana susah payah anda dahulu sewaktu ingin memperisterikan isteri anda. Si isteri fikirkan segala pengorbanan suami anda, fikirkan tentang anak-anak anda. Jangan kerana diri sendiri anak-anak yang tanggung penderitaan tersebut. Belai lah mereka dengan kasih sayang. Ikhtiar cari jalan penyelesaian untuk setiap masalah. Kak Dela doakan semoga semua yang membaca entry kali ini dikurniakan kebahagiaan kepada diri dan keluarga. 🌹🌹

Image result for keluarga bahagia

♥️♥️♥️ Silakan share jika bermanfaat ♥️♥️♥️

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *