Pada Umur Berapakah Anda Perlu Menggunakan Produk Anti Penuaan?

Belakangan ini Kak Dela sering dihujani dengan soalan-soalan mengenai produk anti-penuaan. Ye lah fungsi yang terdapat pada produk Audela juga salah satunya adalah ia bertindak sebagai anti-penuaan. Ramai yang bertanya

“Umur saya baru 20an, perlu ke saya menggunakan produk anti-penuaan?”

“Bila umur yang sesuai untuk memakai produk anti-penuaan?”

“Come on lah, kitaorang muda lagi kut, takkan nak kena guna produk anti-penuaan?”

Adakah anda juga sering tertanya-tanya soalan seperti di atas? Baiklah untuk menjawab segala pertanyaan anda mengenai produk anti-penuaan, Kak Dela akan cuba untuk merungkai segala persoalan yang bersarang didalam fikiran anda di dalam entry kali ini.

Jika anda sedang membaca entry kali ini ini dan anda menyedari yang anda tidak pernah pun menggunakan sebarang produk anti-penuaan, apa yang Kak Dela boleh katakan adalah, saat inilah merupakan masa yang paling sesuai untuk anda mula menggunakan produk anti-penuaan! Cara yang terbaik untuk melawan penuaan adalah dengan mengambil langkah pencegahan. Malah seawal 20 tahun pun anda dah boleh (dan sepatutnya) menggunakan produk penjagaan kulit anti -penuaan.

Ramai yang beranggapan bahawa produk anti-penuaan ini hanya perlu digunakan bila umur telah memasuki 30-an dan ke atas. Maksudnya bila muka dah naik garis-garis halus baru lah sibuk nak carik produk anti-penuaan? Begitu? Salah tu pembaca sekalian. Seperti yang Kak Dela dah tulis tadi, produk anti-penuaan ini sepatutnya mula digunakan apabila telah memasuki usia 20-an bukannya nak tunggu kemunculan garis halus baru nak cari produk ini. 

Tahukah anda seawal umur 20-an kulit kita telah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Jadi kenapa perlu menunggu sehingga umur 30-an baru nak melawan penuaan pada kulit?

Bagaimana kulit kita menunjukkan tanda-tanda penuaan?

Di umur 20an

Image result for kulit muka usia 20 an

Tanda penuaan pertama muncul di sekitar mata kita dalam bentuk kedutan. Garis halus juga mulai terbentuk di sekitar hidung dan mulut.  Tidak menggunakan sunscreen pada umur 20-an akan mempercepat kerosakan kulit dari dalam akibat sinar UV dan ia menyebabkan pembentukan bintik hitam pada kulit.

Tanda pertama penuaan dapat muncul sekitar umur 20-an seperti garis halus sekitar mulut dan hidung, bintik hitam, lingkaran gelap di bawah mata, dan kelopak mata yang menurun.

 

Kulit muka yang terdedah terlalu lama terhadap sinar UV matahari akan menyebabkan penghasilan melanin jauh ke dalam kulit. Hal ini akan menyebabkan hiperpigmentasi, yang membuatkan kulit kita menjadi lebih gelap dan tidak sekata serta menjadikan lingkaran gelap di bawah mata kelihatan lebih jelas.

Baca Juga : 5 Punca Kulit Berjeragat Yang Wajib Anda Tahu

Di umur 30an

Related image

Seterusnya, tanda penuaan yang muncul adalah garis halus dan memanjang yang terbentuk dari ekspresi wajah kita. Garis ini akan menjadi lebih dalam seiring peningkatan usia.

Tanda penuaan yang seterusnya adalah kemunculan garis lurus di wajah seperti garis tawa atau garis kerutan di dahi.

Garis kedutan diantara alis mata kita akan mula kelihatan. Garis tawa di sekitar hidung dan mulut juga akan kelihatan lebih jelas.  Ini adalah kerana tarikan daya graviti bumi. Kulit kita akan mula kehilangan kolagen di dalam kulit menjadikan kulit menjadi kurang elastik dan garis-garis ini makin jelas terlihat. Bibir atas juga akan menjadi semakin menipis.

Dari umur 40an ke atas

Image result for kedutan pada umur 40an

Di umur 40an, kulit kita akan terus kehilangan keanjalan dan kolagen semulajadi yang adaa di dalam kulit, menyebabkan garis pada wajah kita menjadi lebih dalam dan membentuk lipatan pada muka. Garis rahang yang semakin jatuh juga menyebabkan perubahan secara keseluruhan di wajah kita, membuat wajah kita kelihatan lebih letih. Ini adalah tanda-tanda penuaan kulit yang paling ketara.

Garis-garis ini semakin mendalam membentuk lipatan serta kerutan. Kulit kita akan kehilangan keanjalan sepenuhnya pada umur 30 dan 40an.

Cara kulit kita mula menua bergantung pada umur sel kulit yang tertulis di DNA kita. Tetapi, hingga 50% proses penuaan kita disebabkan oleh faktor luaran seperti kerosakan daripada sinar matahari dan merokok. 

Sekarang kita beralih kepada persoalan yang paling penting. Apa ramuan dan produk yang perlu anda gunakan mengikut titik usia anda.  Jika anda ragu-ragu dengan tips yang Kak Dela beri di bawah ni, hubungi dermatologist atau esthetician anda. Kerana mereka lebih mengetahui produk anti-penuaan yang terbaik untuk kulit anda. It’s never too early to look ahead!

Image result for produk anti aging

Anti penuaan pada umur 30-an Apabila usia anda menghampiri 30an,  menambah produk anti-penuaan yang berkualiti tinggi di dalam rejimen penjagaan kulit anda adalah sesuatu yang perlu anda lakukan. Perkara ini juga adalah cadangan yang diutarakan oleh pakar kulit untuk mereka yang telah memasuki usia ini. Retinol adalah pilihan yang popular kerana ia adalah vitamin A secara semula jadi dan bagus untuk kulit berjerawat serta merupakan penyelesaian untuk anti-penuaan. Secara umumnya, pada usia 30-an kulit anda akan mula menunjukkan tanda-tanda penuaan yang lebih ketara. Jadi anda perlu tahu ramuan apa yang perlu ada di dalam produk penjagaan kulit anda untuk membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan anda kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Ramuan hebat yang lain yang perlu anda tahu : Glycolic Asid, Asid Hialuronic, Vitamin C, dan banyak lagi!

Baca Juga : Kulit Cantik Dengan Vitamin C

Anti penuaan pada umur 40-an Pada usia 40an, disini mulanya titik perubahan pada kulit anda. Anda akan mula melihat lebih banyak tanda-tanda penuaan dalam bentuk garis dan kedutan. Anda juga akan mula merasai keanjalan kulit muka anda mula hilang pada usia ini. Pada usia ini adalah masa untuk anda meningkatkan rutin penjagaan kulit anda. Gunakan pelembab yang lebih lembut pada kulit serta gunakan produk yang mengandungi antioksidan yang lebih tinggi dan bahan-bahan anti-penuaan. Jika sebelum ini anda telah menjalankan rutin penjagaan kulit yang sihat sehingga hari ini, anda telah pun mendahului di dalam permainan ini tetapi tidak juga terlalu lewat untuk mengambil langkah yang lebih proaktif untuk melambatkan proses penuaan. Dan jangan lupakan gaya hidup yang sihat. Dapatkan banyak rehat dan juga banyakkan pergerakan. Tahap senaman yang sederhana juga amat bagus dan akan membantu  mengembalikan cahaya di dalam kulit anda! 

Anti penuaan pada umur 50-an➤ Apabila anda berusia 50-an, kelenjar sebum anda akan kurang menghasilkan kelenjar minyak menjadikan kulit anda lebih kering daripada kulit anda sewaktu muda-muda dulu. Wanita sememangnya tidak menyukai kulit yang kering, yang membuatkan anda berasa tidak selesa dengan kulit anda serta ia akan mendedahkan kedutan dan garis halus pada wajah. Jika anda tergolong dalam kategori ini, cuba gunakan krim kulit yang mengandungi emolien serta mengandungi antioksidan dan ceramida (lipid semulajadi yang mengandungi kelembapan) untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit anda secara semulajadi. Juga dinasihatkan agar anda berhati-hati dalam memilih pembersih muka. Hindari sabun dengan bahan yang keras yang boleh menghalang kelembapan kulit anda serta menjadikan kulit anda lebih kering. Sebaiknya pilih pembersih seperti Adore Agave Skincare yang membersih dengan lembut, tekstur yang ringan dan meninggalkan kulit anda bersih tanpa mengeringkannya. 

Baca Juga : Elakkan Perkara Ini Jika Anda Mengalami Masalah Kulit Kering

Pening nak cari produk anti-penuaan yang bersesuaian dengan kulit muka? Audela kan ada. Kenapa nak pening-pening? Jadi apa pendapat anda setelah membaca artikel kali ini? Tetap juga merasakan produk anti-penuaan tak begitu penting untuk usia anda yang masih muda? Fikir sekali lagi. 

Baca Juga : Kelebihan Bahan Yang Terkandung Dalam Audela

Semoga artikel kali ini bermanfaat untuk anda semua. Jangan lupa share tauu. 

BACA JUGA

KETAHUI APA ITU “SUNBURN” DAN CARA MERAWATNYA.

ELAKKAN PERKARA INI JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH KULIT KERING.

ANDA MENGALAMI MASALAH KULIT KERING? BAGAIMANA UNTUK MERAWATNYA?

HANYA MENGGUNAKAN 4 BAHAN KULIT KERING BERUBAH MENJADI GLOWING!!

KETAHUI CARA YANG BERKESAN UNTUK MERAWAT PARUT JERAWAT.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

[wtpsw_gridbox]

AUDELA-MINUMAN PALING EKSKLUSIF DAN MEWAH UNTUK WANITA BERKERJAYA

Follow  AudelaBeauty.com

Image result for facebook logo    Image result for instagram logo   Image result for youtube logo  Image result for website logo

WORTH READING

Related image
5 RESEPI AIR DETOKS YANG MEMBANTU MENGHILANGKAN BERAT ANDA DENGAN CEPAT
Cara Mendapatkan Perut Yang Kempis Secara Semulajadi
CARA MENDAPATKAN PERUT YANG KEMPIS SECARA SEMULAJADI
INI TANDA BADAN ANDA PERLU DETOKS!!
INI TANDA BADAN ANDA PERLU DETOKS!!
MUKA ANDA BERJERAWAT?? APA PUNCA TERHASILNYA JERAWAT PADA MUKA ?
MUKA ANDA BERJERAWAT?? APA PUNCA TERHASILNYA JERAWAT PADA MUKA ?
Image result for parut jerawat
7 PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN KINI TERBONGKAR!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *