Panduan Cara Urut Bayi

Urutan bayi  dapat membantu perkembangan fisikal bayi, menolong memudahkan penghadaman untuk penyerapan makanan yang lebih baik serta menolong meningkatkan sistem imun bayi. Ia juga akan membuatkan bayi akan merasa lebih tenang dan relaks yang mana dapat memastikan bayi dapat tidur dengan lebih lena untuk kesihatan yang lebih baik. Dan yang paling berharga buat kita sebagai ibu bapa, ia adalah merupakan satu praktis yang dapat mengukuhkan lagi talian perhubungan positif dengan si manja kita.

Jadi, bagaimana caranya untuk melakukan urutan bayi ini? Antara checklist yang anda kena ada atau sediakan termasuklah;

  1. Tuala lembut yang besar
  2. Minyak bayi yang bersesuaian (boleh gunakan minyak berasaskan sayuran (cnth extravirgin baby oil) atau Najlaa Herbal Oil untuk urutan menghangatkan bayi dan sembelit)
  3. Tempat mengurut yang bersesuaian, selesa dan dan selamat (sebab ada sesetengah bayi akan bergerak bebas semasa anda mengurut)
  4. Pastikan suhu bilik adalah bersesuaian (tidak terlalu sejuk)
  5. Pastikan tangan anda bersih, tanggalkan segala cincin, jam atau gelang anda.
  6. Pastikan bayi anda telah menyusu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum.
  7. Pastikan bayi anda tidak mengantuk dan tidak berada dalam keadaan tidak sihat.
  8. Semasa mengurut sentiasa bercakap-cakap dengan bayi anda, serta jaga ‘eye contact’ dengan bayi anda disamping memerhatikan response bayi anda.

 

PANDUAN CARA URUTAN BAYI

1. Urutan Kaki Bayi

  • (Mulakan dengan bahagian kaki kerana kali adalah kurang sensitif berbanding bahagian lain)
  • Letakkan bayi secara menelentang dan letakkan sedikit minyak di tapak tangan anda.
  • Mulakan urutan secara lembut daripada bahagian atas paha, tepi pinggul sehingga ke kaki bayi. Cara urutan:  pegang kali bayi anda dengan menggunakan keseluruhan tapak tangan anda dan urut secara lembut – rujuk gambar
  • Ulang urutan sebanyak 6 kali, dan lakukan perkara yang sama dengan sebelah lagi kaki bayi.

2. Urutan Tangan Bayi

  • Letakkan minyak di tapak tangan anda dan buat urutan secara lembut daripada bahu bayi sehingga ke jari bayi anda
  • Ulang urutan sebanyak 6 kali, dan lakukan perkara yang sama dengan sebelah lagi tangan bayi.

3. Urutan Dada Bayi

  • Letakkan minyak di tapak tangan anda
  • Letakkan tapak tangan anda di tulang selangka (collarbone). Secara lembut, urut bayi anda menuju kepada bahagian akhir tulang rusuk bayi (end of the rib cage).
  • Ulang urutan sebanyak 6 kali

4. Urutan Perut Bayi

  • Letakkan minyak di tapak tangan anda
  • Letakkan tapak tangan anda di bahagian kanan perut.  Secara lembut, gerakkan tangan secara membulat ikut arah jam di sekitar pusat bayi.
  • Ulang urutan sebanyak 6 kali
  • (Nota: Untuk bagi yang menghadapi masalah sembelit: boleh juga mempraktiskan urutan I Love You.

5. Urutan Belakang Bayi

  • Letakkan bayi anda secara meniarap
  • Letakkan minyak di tapak tangan anda.
  • Letakkan tapak tangan anda di bahagian bahu bayi. Secara lembut, buat urutan ke bawah sepanjang tepi tulang belakang menuju ke punggung bayi.
  • Ulang urutan sebanyak 6 kali

Hehe.. Anda dah cuba Adore? Rugi tau kalau tak cuba.. jom dapatkan Adore sekarang! http://www.audelabeauty.com/list-of-agents/?v=0c23032714f8

Sumber daripada: http://www.mithalimoms.com.my/panduan-cara-urut-bayi/

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *