Hanya Menggunakan 4 Bahan Kulit Kering Berubah Menjadi Glowing!!

*β€’.ΒΈβ™‘ π“π“’π“’π“π“›π“π“œπ“€π“π“›π“π“˜π“šπ“€π“œ β™‘ΒΈ.β€’*

(。♑‿♑。)

Macam mana dengan percutian anda? Almaklumlah 4 hari bercuti. Mesti ramai pembaca Audela kat luar sana tu mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang kan? Tak kisah la pulang ke kampung ke, atau bercuti di tempat-tempat yang menarik di Malaysia ini. Sama juga dengan Kak Dela. Kak Dela pun baru je balik bercuti dari Negeri Sembilan. Tempat yang penuh dengan adat. Hehe 😍 Dapatlah release tension sikit melawat tempat orang.

Seronok memang seronok. Tapiii……

Bila naik cuti je, Kak Dela mesti akan mengalami masalah berkaitan dengan kulit. Kulit jadi kering dan kusam. Ye lah kan kita bercuti pergi tengok pantai, jalan-jalan tempat menarik dengan cuaca yang panas di Malaysia ni. Ni lah akibatnya sebab terlupa nak pakai sunblock sebelum keluar berjalan. Herm 😭😭 Ada yang mengalami masalah yang sama dengan Kak Dela tak?  Nak cuba produk yang ada di pasaran, Kak Dela takut tak sesuai pula dengan kulit muka. Ye lah sebab kulit muka Kak Dela ni sensitif sangat. Google punya google akhirnya Kak Dela jumpa satu resepi pencuci muka homemade untuk kulit muka kering dan sensitif.

Nak tak kalau Kak Dela share resepi ni dengan anda semua? Homemade gitu. Anda pernah guna pencuci muka homemade tak?Β  Ha kadang-kadang benda yang kita buat sendiri kita lagi rasa yakin nak guna sebab kita tau prosesnya dan bahan-bahan yang ada dalam tu.Β  Betul tak?? Okay Kak Dela taknak intro panjang-panjang sangat. Jom kita cuba buat pencuci muka sendiri.

Resepi yang Kak Dela nak share ini akan memberi manfaat seperti meremajakan kulit, membuat kulit lebih glowing, dan juga membuang sel kulit mati.Hanya menggunakan 4 bahan sahaja pencuci muka homemade ini hanya mengambil kurang dari 1 minit je nak buat dan ia boleh disimpan selama 1-3 bulan tanpa memasukkan kedalam peti sejuk. Jadi da bersedia nak mencuba pencuci muka tanpa bahan kimia yang berbahaya?

Hasilnya kulit akan menjadi lebih bersih dan glowing!! Woww!!

Hasil carian imej untuk kulit muka glowing

Imej yang berkaitan

CARA MEMBUATNYA:
Campurkan dan simpan bahan berikut dalam bekas yang benar-benar kering dan kedap udara:

BAHAN-BAHAN:

βœ“Serbuk Susu (5 Sudu Besar)

βœ“Oats (5 Sdu Besar)

βœ“Serbuk Kunyit (1/2 Sudu)

βœ“Serbuk Kulit lemon (1 Sudu Besar)

Clcik disini untuk tonton video demo cara membuat pencuci muka homemade diatas.


Β CARA MENGGUNAKANNYA:

  1. Basuh muka anda dengan air bersih.
  2. Ambil sedikit campuran di atas pada tapak tangan anda.
  3. Titis kan sedikit air sehingga ia menjadi pes di tapak tangan anda.
  4. Urut pesl tersebut pada muka anda perlahan-lahan dalam gerakan memusing.
  5. Luangkan lebih banyak masa di T-Zone anda
  6. Lebih baik sekiranya,dibiarkan selama satu atau dua minit di muka anda.
  7. Bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tisu yang bersih bagi mengelakkan tuala anda melekat warna kuning disebabkan oleh kunyit.

CARA PENYIMPANAN

Satu-satunya precaution yang perlu diambil adalah dengan menyimpan pencuci muka homemade ini dalam keadaan kering kerana jika ada air atau homemade ini disimpan dalam keadaan yang lembab ia akan menggalakkan bacteria dan kulat untuk tumbuh. Oleh itu pastikan anda menutup penutup bekas kedap udara selepas setiap penggunaan. Kalau tidak membazir je anda terpaksa buang disebabkan bahan-bahan tadi dah tercemar dek kulat.

 

APAKAH MANFAATNYA?

Oat dan susu mempunyai fungsi untuk menghidrat semula kulit yang kering. Ia juga turut mengelupaskan kulit anda untuk membuang sel-sel mati dan serpihan untuk membersihkan kulit agar sentiasa segar.

Kunyit dan serbuk lemon berfungsi untuk pencerahan, anti-septik dan anti-penuaan pada kulit.

Bolehkah Pembersih muka ini membuang solekan?

Tidak boleh sama sekali. Kerana pencuci muka homemade ini sangat lembut dan tidak cukup kuat untuk menanggalkan solekan pada wajah anda. Anda perlu menanggalkan solekan anda menggunakan cleansing milk barulah anda gunakan pencuci muka homemade ini. Barulah muka benar-benar bersih.

 

Resepi di atas adalah daripada Dermatologist. Sumber dari : Homemade Face Wash For Dry Skin

Kak Dela dah cuba dah pencuci muka homemade yang Kak Dela share tadi. Memang rasa lembut dan lembab muka ni. Kak Dela dapat rasakan sel-sel kulit mati kat muka Kak Dela ni dah dibersihkan. Herm bahagia sangat. Tapi Kak Dela ni waktu mood rajin je Kak Dela akan buat pencuci muka homemade ni. Ye lah kan. sekarang ni kalau boleh semua nak cepat. Walaupun homemade rasa macam leceh sangat nak pergi carik bahan, nak gaul-gaul kan semua bahan tu.Betul tak? Tapi Kak Dela dah jumpa penyelesaian untuk masalah yang Kak Dela alami ni.Β  Kak Dela gunakan Adore Agave Skincare je untuk selesaikan masalah kulit kering dan kusam Kak Dela ni.

❀ADORE AGAVE SKINCARE❀

❧Kandungan Utama Adore Skincare ialah Gosulin Agave iaitu tumbuhan yang berasal dari Mexico.

❧Produk penjagaan kulit muka yang berasaskan air.

❧Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.

β§πŸ’― % bebas dari bahan kimia merbahaya.

❧Sesuai untuk semua jenis kulit

❧Mudah meresap kedalam kulit

Imej yang berkaitan

Imej yang berkaitan

 

Mudah je nak dapatkan kulit muka idaman semua orang. Hanya dengan 3 step, anda dah boleh lupakan masalah kulit kusam pada wajah anda. Jom kita tonton link video yang Kak Dela attach kat bawah ni. Nak Cantik jangan malas-malas. 3 step je bukan susah kann..

Tonton Juga : 3 Basic Step To Have Radiance and Glowing Skin

Memang Kak Dela rasa yakin dengan produk Adore Agave Skincare ni sebab dia hanya mengandungi bahan semulajadi. Tak risau kalau kulit kita breakout ke apa. Adore Agave ni memang sangat lembut pada kulit. Yang penting Adore Agave Skincare ni dia dah lengkap dengan 3 basic penjagaan muka. Memang kalau cukup 3 basic ni insyaAllah kulit muka akan jadi lebih sihat.

Nak dapatkan Set Penjagaan Muka Adore Agave Skincare Click jeΒ Β Saya nak dapatkan Set Adore Agave Skincare sekarangΒ untuk mendapatkan produk penjagaan muka terbaik abad ini.

Baca Juga : 5 Punca Kulit Berjeragat Yang Wajib Anda Tahu

NEW AGENT AND DROPSHIP WANTED!!!

➼➼➼➼COMING SOON ➼➼➼➼

Something Green!!!

Something Fresh!!

Something Rejuvenating!!

 

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *