Penyelesaian kepada Kulit Kering Anda. Ingin Tahu?

Hai. Assalamualaikum semua. Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza-beza dan salah satu jenis kulit yang sering dimiliki ialah jenis kulit kering. Kulit kering  adalah keadaan dimana kulit kurang mendapat lembapan dan menjadi mengelupas, cekang dan kemerahan, pori-pori terbuka dan garis halus mula timbul. Kulit kering akan terlihat tidak cantik lebih-lebih lagi pada bahagian wajah kerana jika menggunakan solekan dalam keadaan kulit yang kering, maka solekan atau bedak akan sukar untuk menyerap dan diratakan pada wajah sehingga hasilnya tidak cantik untuk dilihat dan kelihatan bercapuk.

 

Anda nak tahu apakah 5 punca utama yang menyebabkan kulit menjadi kering?

1. Kurang air di dalam badan

2. Faktor genetik dan usia

3. Penggunaan produk yang salah

4. Faktor cuaca

5. Udara kering

 

Bagaimanakah cara untuk mengatasi kulit kering pada wajah?

 

1. Minum air mineral yang cukup

 

Semua orang sedia maklum air sangat penting untuk tubuh badan kita. Jika kekurangan air, tubuh badan kita boleh mengalami dehidrasi atau  masalah kurang air dalam badan dan boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif lain. Jadi ambil air mineral atau air kosong secukupnya mengikut keperluan tubuh badan masing-masing agar badan kita akan kekal sihat sekaligus mengekalkan kelembapan pada kulit.

 

2. Hindari penggunaan air panas ketika mandi

Seeloknya, elakkan penggunaan air panas semasa mandi kerana ia boleh mengakibatkan kelembapan kulit berkurangan. Pendedahan kepada air mandian panas yang lama boleh menghilangkan minyak semulajadi yang melindungi kulit anda. Jika kulit anda terasa tegang selepas mandian, ia bermakna kulit anda sedang mengering.

 

3. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sangat penting supaya tubuh badan dan kulit dapat memperoleh vitamin yang cukup. Jika badan kita mendapat khasiat dan vitamin secukupnya, ia secara tidak langsung dapat mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit dan dapat menjadi solusi kepada masalah kulit kering anda.

 

4. Cuba pelembab berasaskan air dan menyegarkan

 

Bagi Kak Dela pulak, sebelum Kak Dela nak  pilih skincare, Kak Dela akan pastikan skincare tersebut mengandungi pelembap yang berasaskan air dan bersifat menyegarkan. Sebab Kak Dela juga mengalamai masalah kulit kering. Adore Agave Skincare merupakan water-based skincare dan sangat elok bagi wajah terutamanya bagi golongan yang mempunyai kulit wajah yang kering.

 

Jom kita semak apakah manfaat utama Adore Agave Skincare ni.

  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Menegangkan kulit
  • Mengecutkan jerawat
  • Meratakan tona kulit wajah
  • Menghilangkan kedutan halus di wajah
  • Menyelesaikan masalah pori-pori tersumbat

 

Banyak kan manfaat Adore Skincare ni? Klik disini untuk melihat testimoni keberkesanan produk ini. Selamat mencuba guys.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat