PETUA DAN TIPS MENJADIKAN BADAN KURUS TANPA UBAT

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

1.Teh Hijau

Caranya:  Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

2.Campuran Teh Cina dan Air perahan limau nipis.

Caranya: Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Air asam Jawa

Caranya: Ambil sebuku asam jawa, Ramas ke dalam segelas air. Masukkan ke dalam peti sejuk, jadikan minuman selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4.
Air limau nipis

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Rasa leceh nak dapatkan perahan jus limau? Anda bole juga amalkan Audela setiap hari. Mudah sahaja hanya campurkan 1 sachet dengan 200ml air kosong dah sedia untuk diminum.

5. Mengurangkan buncit

Caranya: Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

6. Mengempiskan Perut

Caranya: Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 

Selamat Mencuba!!

Source: https://wakdaeng89.blogspot.com/2017/07/petua-orang-lama_11.html

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *