Petua Hilangkan Kebas Tangan Dan Kaki Dengan Berkesan

🌹Assalamualaikum🌹

Siapa yang ada mengalami masalah kebas? Kak Dela yakin pasti kebanyakan pembaca blog Audela ni pernah mengalami masalah kebas tak kira lelaki atau perempuan, muda atau telah berusia kan? Masalah kebas tangan dan kaki ni seringkali berlaku pada setiap orang. Tetapi apabila umur anda telah meningkat dan memasuki angka 40 an, tanpa anda sedari pelbagai penyakit telah menapak ke dalam tubuh badan anda dan ini menyebabkan anda lebih kerap mengalami kebas-kebas pada kaki atau tangan anda. Betul tak?

Kadang-kadang tu tak boleh langsung nak duduk bersila waktu makan atau mencangkung ketika di toilet sebab kaki cepat sangat rasa kebas. Bila bangun rasa macam kaki kita ni tak ada. Kadang-kadang tu mcm tengah pijak paku. Sama juga keadaannya bila tidur bila tanpa anda sedari, anda meletakkan tangan anda dibawah pipi atau kepala anda dan bila anda bangun tangan anda terasa kebas . Masalah kebas ini sebenarnya boleh berlaku pada setiap kawasan anggota badan kita. Namun kawasan yang kerap berlaku adalah tangan dan kaki.

Image result for numbness

Kebas atau sesetengah orang menyebutnya sebagai sesemut kebiasaannya disebabkan oleh kerosakan, kerengsaan atau mampatan salah satu saraf di lengan dan pergelangan tangan anda.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh membuatkan anggota badan anda mudah untuk merasa kebas. Antara penyebabnya adalah :

1. Masalah urat saraf, kecederaan pada saraf akibat kemalangan ataupun terjatuh. Kerosakan saraf akibat bahan bertoksik contoh merokok & minuman beralkohol

 2. Tubuh kekurangan vitamin. Vitamin E, B1, B6 dan B12 dan niasin sangat penting untuk fungsi saraf yang sihat.

3. Kencing manis & darah tinggi menyebabkan kerosakan pada saraf perifer dan akan merasakan rasa kebas dan tangan terasa dingin.

 4. Kekurangan darah, berat badan berlebihan, wanita menopouse, dan sesiapa sahaja yang kekurangan kalsium.

5. Gaya hidup yang tidak sihat dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang serta jarang bersenam.

 

Berikut pula addalah petanda jika anda sering atau kerap rasa kebas pada kaki dan tangan:

1. Kebas Tangan – Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

2. Kebas tangan kiri dan lengan – Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

3. Kebas kaki – Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

4. Sakit tapak kaki – Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

5. Sakit tumit kaki – Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

6. Rasa panas di tapak kaki – Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

Jadi bagaimana nak menghilangkan rasa kebas ni? Kalau anda cari tentang cara merawat kebas di internet pasti berlambak yang keluar kan, Ada juga yang mengamalkan pengambilan supplement sebagai ganti kepada ubat-ubatan biasa untuk merawat masalah kebas. Tapi anda harus tahu yang semua supplement ni bukan lah fungsinya untuk merawat. Ia lebih kepada membantu memberi nutrisi secukupnya kepada badan kita supaya berada pada tahap yang optima. Bila badan kita cukup nutrisinya, takdelah dia nak meragam dan secara automatik badan kita akan mejadi lebih sihat. Bila kita sihat ofcourse lah kita akan bebas daripada sebarang jenis penyakit. InsyaAllah .

Jadi kat sini Kak Dela share dengan anda salah satu petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan rasa kebas. Jom baca petua yang Kak Dela nak share ni. Petua ni Kak Dela baca daripada Petua Kopak. Jadi anda mungkin boleh mencuba petua ini dirumah boleh juga jika anda buatkan untuk kedua orang tua anda di rumah jika mereka juga mengalami masalah yang sama.

Bahan-bahannya:

1)Halba

2)Halia

3) Serai

Cara-caranya :

Image result for petua menghilangkan kebas

Rebus kesemua  bahan di atas sehingga mendidih. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Amalakan minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.

Mudah kan? Selamat mencuba, semoga dengan izin Allah masalah kebas pada badan anda dapat diatasi. InsyaAllah.

Sila kan share jika bermanfaat 😊😊.

Baca Juga : 

🌹7 Makanan Sunnah Yang Wajib Anda Amalkan.

🌹Ketahui Cara Berkesan Merawat Parut Jerawat 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *