Petua Hilangkan Sakit Badan & Buang Angin.

“Letihnya 2-3 hari ni… Badan pun mulalah tak sedap. Macam nak demam pun ada. Apa cara hilangkan sakit badan ni ya, bagi segar sikit?”

Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat, ada beberapa petua yang biasa diamalkan oleh orang-orang dulu sebagai cara hilangkan sakit badan, keluarkan angin, dan memastikan tubuh kembali sihat dan segar.

PETUA HILANGKAN SAKIT BADAN, ANGIN, SEMBELIT & KEBAS KAKI TANGAN

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat minuman kesihatan ini.

BAHAN-BAHAN

  • *halba 1 bungkus (50sen)
  • *halia
  • *serai
  • *air 3 gelas besar
  • 1 sudu asam jawa

CARA-CARA

Ini adalah cara membuatnya. Mudah saja.

1. REBUS

Pertama sekali, rebuskan semua bahan bertanda * di dalam periuk. Tunggu hingga mendidih.

2. CAMPURKAN AsaM JAWA

Apabila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan air tadi dengan 1 sudu asam jawa. Kacau hingga sebati.

3. MINuM SEMASA SUAM

Seeloknya, minumlah minuman ini ketika masih suam. Paling bagus diminum ketika nak masuk tidur. Insha Allah, bila bangun pagi keesokan harinya, badan akan jadi segar-bugar!

4. AMALKAN IKUT KESERASIAN

Boleh buat minuman ini sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Terpulanglah nak minum 1 kali sehari atau selang sehari, mengikut keserasian badan masing-masing. Kalau ada lebih, seeloknya air rebusan ini disimpan dalam peti ais selama 1 hari saja.

Apapun, badan mungkin akan berpeluh-peluh sedikit apabila meminum air rebusan ini. Atau, ada yang akan berulang-alik ke bilik air untuk membuang air kecil. Ini adalah tindakbalas yang baik untuk membuang toksik dalam badan. Tapi, ia tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana bahan-bahannya bersifat ‘panas’.

SEMOGA BERMANFAAT

Senang saja membuatnya, bahan yang diperlukan pun tidaklah banyak. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang mencubanya.

 

Hehehe.. dah cuba Audela atau Adore? Rugi tau kalau tak cuba… klik link untuk membuat pembelian http://www.audelabeauty.com/list-of-agents/?v=0c23032714f8

SUMBER DARIPADA: https://siraplimau.com/cara-hilangkan-sakit-badan-angin-kebas/

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *