PETUA MENDAPATKAN BADAN KURUS DALAM MASA YANG SINGKAT TANPA SEBARANG PRODUK

Asssalamualaikum dan selamat pagi. Macam mana dengan rutin diet anda? Berjalan dengan lancar atau tak? Bagi mereka yang sentiasa mendapat semangat dan galakan, alhamdulillah kerana anda dikurniakan orang-orang yang supportive di sekeliling anda. Bagi mereka yang dapat sebaliknya which is sindiran dari orang sekeliling ignore kan diaorang. Jangan biarkan aura negatif menembusi akal dan fikiran anda. Teruskan berdiet dan hidup sihat dan buktikan pada mereka yang anda boleh kurus!

Baiklah entry kali ini saya akan share petua bagi mendapatkan badan yang kurus tanpa sebarang produk. Mungkin ada yang pernah membaca petua ini di mana-mana laman web, tapi bagi mereka yang belum pernah membacanya semoga entry kali ini dapat memberikan lebih banyak info tentang kurus kepada anda.

#1.Ambil sesuatu yang pahit sebelum anda makan,

  • Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

#2.Minum 8 gelas air sehari.

  • Banyak kali saya tekankan tentang pengambilan air kosong. Memang penting untuk kita minum air secukupnya dalam sehari. Selain itu, air dapat mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak kerana dengan minum air sudah membuatkan anda berasa kenyang.

#3.Makanlah dengan perlahan-lahan.

  • Makan dengan perlahan-lahan memang sangat membantu untuk mengurangkan kuantiti makanan yang kita makan. Ini kerana mengunyah makanan secara perlahan, membolehkan otak menerima isyarat kenyang bermakna anda lebih cenderung berhenti makan sebelum kekenyangan.

#4.Biar makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

  • Jika anda mengamalkan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap, pola pemakanan anda juga akan menjadi lebih teratur.

#5.Kunyah gula-gula getah

  • Kalau anda teringin nak mengunyah makanan ringan, kunyah lah gula-gula getah. Menurut hasil kajian , ia telah mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah membantu mengawal selera makan, dan orang-orang yang mengunyah dengan kerap setiap hari dapat mengurangkan sebanyak empat puluh kalori berbanding orang yang lain.

#6.Minum air limau nipis atau jus oren.

  • Jika anda makan di luar seperti di gerai atau restoran, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana minuman masam seperti limau ini dapat membantu dalam pembakaran lemak. Serta pastikan jus tersebut kurang gula ya. Selain itu jus limau ni juga membantu untuk mencergaskan diri anda.

#7.Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

  •  Sumber terbaik untuk mendapatkan vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah adalah daripada sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Dalam sehari tu pastikan buah-buahan atau sayuran terdapat dalam menu anda. Jika anda tak mampu untuk membeli buah-buahan setiap hari anda boleh consume Audela yang mengandungi buah-buahan seperti tomato, green apple, berry dan banyak lagi. Hanya satu sachet setiap hari. Mudah dan jimat!

#8.Fokus untuk sihat bukan kurus.

  • Orang yang kurus tak bermaksud dia sihat, tetapi orang yang sihat pasti mereka akan mempunyai badan yang kurus dan bertenaga. Jadi fokus untuk sihat kerana automatik anda akan menjalani kehidupan yang aktif dan akhirnya memperoleh tubuh badan yang lebih kurus.

#9.Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.

  • Semua orang pun tahu makanan yang bergula ini tak bagus untuk kesihatan. Banyak mendatangkan penyakit pada manusia. Jadi kurangkan pengambilan gula. Tahukan anda satu sudu teh gula mengandungi 16 kalori,  1 sudu besar (lebih kurang 3 sudu teh)mengandungi 48 kalori. Jadi kurangkanlah me gambilan gula dalam diet anda.

#10.Buat beberapa aktiviti fizikal agar kekal aktif.

  • Banyak aktiviti fizikal yang anda boleh lakukan untuk badan lebih cantik dan sihat. Pakai lah kasut yang selesa agar anda dapat berjalan dengan lebih selesa, anda juga boleh menggunakan tangga atau menunggang basikal pada waktu petang.

Untuk mereka yang masih belum mulakan diet anda mulakan hari ini kerana setahun yang akan datang saya pasti anda tidak akan menyesal malah berbangga kerana telah memulakannya pada hari ini.

Source from : http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/09/33-petua-dan-tip-kuruskan-badan-tanpa.html

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *