Petua Merawat Sunburn Dengan Pantas Dan Berkesan!

Assalamualaikum hai pembaca setia blog Audela. Agak-agak kali ni Kak Dela nak share pasal apa ye?? Ha post yang sebelum ni Kak Dela ada share tentang apa itu selaran matahari atau sunblock kan? Ada yang tak baca lagi ke post yang kak Dela share hari tu? Kalau tak baca lagi boleh click Sini. 

Kepada sesiapa yang dah baca previous post mesti da tau kan apa yang Kak Dela nak share untuk entry kali ni. Ye betul. Kak Dela dah janji nak share tentang CARA MERAWAT SUNBURN DENGAN PANTAS DAN BERKESAN! So kalau dah bersedia jom kita baca apa petua yang Kak Dela nak share ni.

Sebelum Kak Dela share tentang petua merawat Sunburn, Kak Dela nak bagi tips sikit dekat anda semua. Kalau taknak terkena sunburn elakkan  terkena sinaran matahari diantara pukul 10 pagi hingga 3 petang, kerana waktu inilah radiasi ultra ungu sangat kuat. Kalau anda terpaksa bekerja di bawah matahari pada waktu tersebut gunakan krim pelindung matahari (Suncreen/Sunblock). InsyaAllah anda akan terselamat daripada sinaran UV. Namun tetap dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama dibawah pancaran cahaya matahari. Okay?

CARA MENGHILANGKAN SUNBURN DAN TIPS PENJAGAAN MUKA YAG BETUL

❤ Menggunakan Kentang Dan Timun ❤

Timun memang terkenal dengan fungsi menyejukkan kulit. Hirisan kentang atau timun boleh membantu menyejukkan bahagian kulit sunburn dan melegakan rasa gatal-gatal akibat sunburn.Hanya tempekkan hirisan timun atau kentang pada bahagian kulit sunburn atau anda boleh kisar kemudian sapukan pada kulit seperti masker dan biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.

cara-hilangkan-sunburn-dengan-kentang-timun

 

 ❤ TEH 

Ramai tak yang suka minum teh? Mesti ramai kan. Rasa tenang je bila hirup teh panas lagi-lagi waktu cuaca sejuk. Herm teh bukan sahaja sedap untuk diminum tau, malah ia mempunyai khasiat yang bagus untuk merawat sunburn. Tak kisah la teh hijau atau teh hitam, kedua-duanya bagus untuk merawat bahagian kulit yang mengalami iritasi akibat sunburn.

Tea bag illustration Free Vector

 

❤ Buah tomato 

Tomato juga adalah salah satu buah sayuran yang bagus untuk kulit dan membantu merawat kulit sunburn. Ia akan memberikan kelembapan pada kulit yang kering dan juga menyejukkan kulit. Anda boleh menggunakan kaedah hirisan buah tomato atau kisar buah tersebut untuk dijadikan masker dan lakukan dengan kerap sehingga kulit menjadi pulih seperti sedia kala.Set of realistic full and sliced tomatoes vectors Free Vector

 

❤ YOGURT 

Gunakan yogurt. Yogurt membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn. Pastikan menggunakan yogurt yang original ye bukan yogurt yang berperisa tu. Nak lagi best simpan dahulu dalam peti sejuk kemudian baru sapukan pada kawasan kulit yang sunburn. Biarkan bebrapa minit kemudia bilas.

Hasil carian imej untuk yogurt

 

 

❤ Gunakan oatmeal 

Kisarkan oatmeal dan jadikan sebagai masker sebelum tidur. Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi.

Hasil carian imej untuk oatmeal

 

❤ Gunakan ALOEVERA GEL 

Aloevera juga sangat bagus untuk melembabkan kulit dan melegakan rassa perit pada kulit kerana sunburn. Sapukan gel aloevera pada kawasan yang ingin dirawati dan biarkan kering. Lakukan dengan kerap.

Hasil carian imej untuk aloe vera

❤ ADORE AGAVE SKINCARE 

Cara yang terakhir untuk merawat sunburn adalah dengan memakai set penjagaan muka Adore Agave Skincare. Kak Dela memang pengguna Adore Agave Skincare ni tau. Kulit rasa lembut sangat lepas guna tu. Tak pernah dengar tentang produk ni? Meh Kak Dela share tentang produk ni.

Adore Agave skincare mempunyai 3 basic penjagaan muka ; Pembersih, Penyegar, Pelembab.

Pembersihnya  diformulasi dari gabungan Hibiscus Sabdariffa dan ekstrak Agave Tequilana yang membantu membersihkan dan melembabkan kulit secara semulajadi. Dipertingkatkan dengan wangian lily untuk rasa yang lebih menyegarkan. Untuk mereka yang mengalami sunburn pada kulit muka, pembersih muka Adore Agave Skincare tidak akan mengeringkan kulit anda malas ia akan memberikan kelembapan pada kulit wajah anda.

Firming Tonernya pula diperkaya dengan ekstrak Agave Tequilana untuk membantu kulit kelihatan lebih cerah dan meratakan tona warna kulit anda.

Pelembap membantu melembapkan kulit dan memberikan perlindungan terhadap bintik-bintik dan kegelapan dari permukaannya. Ia memberikan kesan yang sangat lembut.

Adore Agave skincare mempunyai

Sijil Halal

Kelulusan KKM

Bebas dari bahan Kimia

Hasil carian imej untuk adore agave skincare

Penjagaan kulit muka yang mengalami sunburn perlu penjagaan muka yang sangat lembut untuk memulihkan semua sel-sel kulit yang telah rosak. Adore agave skincare sangat sesuai untuk penjagaan kulit muka yang sensitif kerana kandungannya yang bebas bahan kimia berbahaya dan selamat untuk digunakan ツ.

Macam mana nak dapatkan Adore Agave Skincare ni?

Click je Saya nak dapatkan Set Adore Agave Skincare sekarang.

Rawat dan Belai kulit anda dengan set penjagaan muka Adore Agave Skincare sekarang.

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *