Petua Mudah Untuk Mendapatkan Perut Yang Kempis Dan Badan Yang Langsing Tanpa Ubat

7 petua yang anda boleh cuba untuk kempiskan perut dan dapatkan badan yang lebih kurus berbanding sekarang;

1) Mulakan Dengan Mengubah Cara Kita Makan.

#Mengubah cara makan ialah dengan memastikan kita mengunyah perlahan-lahan dan pastikan makanan tu hancur baru lah kita telan. Kat sini kita akan memudahkan perut nak hadam makanan yang masuk dalam perut kita. Sebab tu Nabi pesan suruh kunyah 40 kali. Ada hikmahnya kita ikut sunnah Nabi. Kalau makan cepat-cepat, udara boleh terkepung dalam usus. Tu yang jadikan perut kita “buncit angin”.

2)Banyakkan Minum Air Kosong Atau Air Suam.

#Berapa banyak nak minum? Ada yang kata 8 gelas sehari ataupun paling tidak 2 liter sehari. Cara paling senang nak tengok korang minum cukup air atau tak dengan tengok air urin korang. Kalau warna kuning sangat tu maksudnya korang kena minum lebih air kosong sampailah air urin tu menjadi jernih. InshaaAllah minum air kosong juga boleh sebabkan kita rasa kenyang dan mengurangkan nafsu makan. Tak percaya? Cubalah!

3)Tukar Snek.

#Kurangkan makan jajan yang tak sihat macam keropok, coklat dan sebagainya. Ganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pandai-pandailah anda ubahsuai buah dan sayur untuk jadi lebih menarik untuk dimakan. Buah apa? Amalkan makan buah epal, betik, belimbing sebelum anda makan makanan utama. Tak ada kesempatan nak beli buah-buah tu? Huh cara paling senang minum je Audela tu. Macam-macam khasiat buah korang boleh dapat dengan satu sachet Audela. Dengan minum Audela pun boleh buat perut korang rasa kenyang dan akan mengurangkan nafsu makan korang tu.

4)Kurangkan Garam Dalam Makanan..

#Memang common sense la kan terlalu banyak garam dalam makanan tu tak sihat. Tapi masih lagi yang tidak mengendahkan perkara tersebut bila dah dapat penyakit darah tinggi baru nak beringat. Korang tahu tak banyak makan garam akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan tubuh dan boleh melambatkan proses air nak keluar dari sel badan. Jadi kurang-kurangkan lah garam dalam masakan.

5)Lakukan Senaman.

#Cakap pasal senaman tak semestinya perlu ada mesin mahal-mahal konon untuk exercise. Tak ada mesin pun kita bole kurus. Gunakan kaedah senaman tanpa menggunakan mesin. Tapi kalau ada duit, belilah. kita tak larang. Tapi bagi mereka yang kurang berkemampuan boleh la berjogging di sekitar taman perumahan korang atau buat sahaja zumba dirumah. Jangan malu. Bukan mereka yang nak kuruskan badan. Senaman ringkas-ringkas pun cukuplah. Yang penting, kita tahu jenis senaman (kena tanya mereka yang pakar). Lagi elok kita bersenam setiap hari. Biar kita rasa seronok bila bersenam.

6)Bakar Lemak Dengan Betul.

#Lakukan senaman yang effective untuk membakar lemak seperti  joging atau berbadminton.

7)Tingkatkan Dan Kekalkan Motivasi.

#Minda yang aktif dan positif penting untuk kita berjaya kuruskan badan & kempiskan perut. Bacalah pengalaman mereka yang berjaya turunkan berat badan. InshaaAllah kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan ikut jadual pemakanan yang teratur. Kalau orang lain boleh kurus, kenapa tidak kita?

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *