Petua Tradisional Menguruskan Badan

Pasti ramai diantara kita yang mengalami masalah untuk mengecilkan beberapa bahagian anggota badan kita seperti perut,peha,punggung,dan lengan. Jadi disini saya sharekan kepada pembaca sekalian petua untuk menguruskan bahagian-bahagian tersebut.

  • PERUT

Tahukah anda terdapat beberapa fakta tentang mereka yang mempunyai perut buncit.

 “*Perempuan dengan lemak ekstra di perut, memiliki kemungkinan 30% lebih besar mengalami migrain daripada perempuan tanpa kelebihan lemak ekstra di perut, bahkan setelah memperhitungkan kegemukan secara keseluruhan.
* Lemak perut juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sekarang, penelitian terbaru menunjukkan, lemak perut juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mengalami migrain, paling tidak sampai usia pertengahan.”

 

Baca sahaja pun da membuatkan kita risau. Jadi bagaimana nak dapatkan perut yang kempis? Jom kita baca petua di bawah ini. Petua ini sesuai diamalkan untuk wanita wahupun lelaki.

1)Menggunakan Limau Nipis dan Kapur Sirih

  • Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

2)Menggunakan Air Asam Jawa

  • Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

3)Teh Cina dan Limau Nipis

  • Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

 

  • PEHA

Masalah peha besar ini kebanyakannya adalah daripada golongan wanita. Dah buat bermacam cara tetapi peha masih bergesel. Jadi apa kata kita cuba cara di bawah pula.

1)  Jintan Manis

  • Jintan manis direbus bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
    Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Amalkan selama sebulan dan lihat hasilnya.
    Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.

2) Lakukan Senaman Cardio

  • Lakukan senaman yang mampu membakar kalori dengan pantas seperti berbasikal, berlari, dan lompat tali. Lakukan selama 60 minit sebanyak 5 kali seminggu untuk menghapuskan lemak di peha.

3) Lakukan Senaman Mendaki

  • Lakukan senaman yang menggunakan kekuatan kaki seperti menaiki atau menuruni bukit atau naik turun tangga di rumah. Aktiviti ini boleh membakar lebih banyak kalori pada tubuh, terutama peha.

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *