Pilih Nama Anak Cara Islam

Hai mommies….sedang preggy?? sudah melahirkan bayi??…masih terfikir-fikir tentang nama anak??…Nak pilih yang macam mana ya??…yang sedap didengar?? yang mudah disebut??….Jom…saya bantu mommies untuk pilih nama anak dengan cara yang terbaik….

1. NAMA SUATU DOA

Seperti sedia maklum…nama ialah suatu doa….Jadi, mommies boleh pilih nama yang baik-baik sahaja…Nama yang mempunyai maksud yang sempurna…..Bukan terikut-ikut dengan nama glamour yang tidak tahu maksudnya….

2. ELAKKAN TERLALU PANJANG

Nama anak-anak sekarang memang panjang…Jenuh juga guru-guru di sekolah nak menulis….hehe….Bukan hanya mendatangkan masalah semasa di sekolah….Ia juga menjadi masalah semasa mengisi borang…Nama anak terlalu panjang, ditambah pula dengan nama bapa yang tidak kurang panjangnya….Penuh borang hanya dengan nama sahaja….Bagi anak perempuan, bakal pengantin lelaki sukar nak menyebut jika nama pengantin perempuan terlalu panjang ya….Jadi, mommies pilih nama yang pendek sahaja dan mudah….

3. MEMPUNYAI CIRI ISLAMIK

Bagi umat Islam, seeloknya letakkan nama yang mempunyai ciri-ciri Islamik…Bagi anak lelaki, letakkan di awalnya Muhammad…Jika tidak pun, ambillah nama tokoh-tokoh pejuang Islam semoga sifat keperibadian mereka juga dapat ditonjolkan dalam diri anak mommies kelak…

Dari Abu Wahb al-Jusyami r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Namailah (anak-anakmu) dengan nama-nama para nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman, dan nama yang paling benar adalah Harits dan Hammam, sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i. Sanad Hadis ini majhul, namun dapat dikuatkan dengan beberapa hadis-hadis yang lain. Lihat: Jami’ al-Ushul, 1/357, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)

Dari Abu Basrah, Nabi s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik nama kamu adalah Abdullah dan Abdurrahman serta Harits.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Lihat: Shahihul Jami’, no. 3269)

4. EJAAN YANG BETUL

Mommies digalakkan untuk mengeja nama anak dengan ejaan yang betul….Seeloknya, boleh dieja dengan betul dalam ejaan jawi yang membawa maksud yang sempurna….Kebanyakan nama anak-anak zaman sekarang, lebih kepada populariti menyebabkan nama mereka sukar dieja dalam ejaan jawi….Jika tidak boleh dieja dalam tulisan jawi, bagaimana hendak mengetahui maksudnya??

5. PILIH HARI KETIGA ATAU KETUJUH

Dari Samurah Radhiyallahu ‘anhu, Imam Ahmad dan Ahlus Sunnah meriwayatkan, ia berkata : “Rasulullah bersabda :

“Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh (kelahirannya) sekaligus dinamai dan dicukur rambut kepalanya” [At-Tirmidzi menetapkan hadits ini Hasan Shahih]

Seeloknya berikanlah nama bayi pada hari ketiga atau hari ketujuh…Namun begitu, tiada larangan untuk memberi nama lebih awal daripada itu….

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies dalam memberi nama bayi mommies…

Hehe.. Anda dah cuba Adore? Rugi tau kalau tak cuba.. jom dapatkan Adore sekarang! http://www.audelabeauty.com/list-of-agents/?v=0c23032714f8

Sumber daripada: http://sweetticer.com/index.php/2015/09/21/tips-pemilihan-nama-anak/

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *