Produk Keperluan Anak Panah Duit

Bisnes produk dalam sektor keperluan sangat sesuai dilakukan pada zaman ekonomi muram. Sebagai contoh perniagaan dalam sektor pendidikan, sektor makanan, sektor trading dan sebagainya.

Target pelanggan anda adalah mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana. Mahu tidak mahu mereka akan beli produk anda kerana ia dalam sektor keperluan.

Kita lihat contoh perniagaan dalam sektor makanan. Makanan murah atau bajet sangat laku sekarang kerana orang mula berjimat daripada membeli makanan yang mahal. Sebagai contoh kedai makanan yang menjual produk masakan nasi campur lebih laku berbanding kedai makanan yang menjual produk makanan seperti makanan barat.

Apabila anda sudah dikenali sebagai penjual produk keperluan sedikit demi sedikit anda boleh menjual produk yang mahal sedikit. Begitulah seterusnya apabila anda sudah stabil anda boleh masuk pasaran dengan menjual produk kehendak.

Mulakan perniagaan anda dengan menjual produk keperluan. Ini adalah anak panah duit. Anak panah duit ini membolehkan anda menjenamakan produk anda pada landasan yang betul.

Ingat, jual produk murah dulu, barulah belajar jual produk mahal. Kecuali anda sudah stabil dan mempunyai wang yang banyak anda boleh ‘bakar’ duit untuk menanam benih jenama kepada bakal pelanggan anda.

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *