RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA

(sumber : http://www.lenterapendidikan.com/berita/pemerintahan/view/wow-7198-persen-masyarakat-sumsel-bahagia.html)

 

Assalammualaikum Audela Lovers 💛

 

Hai semuanya, macam mana korang harini? Sihat ke tak? hehe 😁. Disebabkan mood Kak Dela baik, harini Kak Dela mahu kongsikan tentang rahsia rumah tangga bahagia 😉. Ehh, yang belum kahwin jangan tak baca pulak, ini bukan untuk orang yang sudah berkahwin je tau, tapi yang belum pun kena baca, baru lah korang tahu macam mana nak bahagia bila dah kahwin nanti .

Korang yang sudah berkahwin ada tak selalu berlaku kesalafahaman? Pasti la ada kan, menipu lah kalau kita cakap tak ada kan. Tidak mengapa itu semua adalah ujian buat kita semua. Nak dirikan rumah tangga yang kukuh dan bahagia bukan kerja yang senang kan. Sama-sama suami isteri kena berganding bahu untuk mempertahankan dan memperkukuhkan ikatan rumah tangga.

Jom kita lihat rahsia rumah tangga bahagia :

1.    Pasang niat

(sumber : https://goingtojannah.wordpress.com/2018/06/01/sudahkah-kita-meluruskan-niat-kita-dalam-berbuat-kebaikan/)

Perkara yang paling penting ialah NIAT. Kita kalau mahu lakukan sesuatu harus ada niat. Dan niat itu perlu niat yang baik-baik supaya apa yang kita lakukan diredho oleh Allah SWT. Pasangkanlah niat untuk membahagiakan rumah tangga supaya apa yang kita lakukan kelak, akan terjadi mengikut niat yang pasangkan. Niat adalah kunci utama kebahagian rumah tangga😊

 

2.    Bersyukur

(sumber : https://www.bharian.com.my/node/82757)

Bersyukurlah dengan apa yang ada, mahu bahagia, tapi tak bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan, memang kita tak akan bahagia. Rezeki boleh dicari dimana-mana sahaja, asalkan kita bersyukur dengan hasil penat lelah suami mencari rezeki. Dan suami haruslah bersyukur dengan kesetiaan isteri dipangku. Tidak ada yang  indah kalau kita tidak bersyukur. Kita harus terima semua kekurangan antara satu sama dan saling melengkapi.

 

3.    Luangkan masa

(sumber : https://www.kifarahmedia.com/kenapa-orang-yang-bahagia-tak-akan-tayang-semua-benda-di-media-sosial-mungkin-ini-sebabnya/)

Walaupun penat bekerja, carilah masa untuk diluangkan bersama keluarga. Kepada suami, pastikan korang korang ada masa untuk berbual dengan isteri, hiburkanlah hati-hati isteri korang dengan lawak jenaka kea tau gurauan mesra. Wanita ni hati memang mudah terusik, kalau korang luangkan masa bersama isteri , Kak Dela boleh jamin yang dia akan senyum sorang-sorang bila tengah masak 🤣. Kepada isteri pula, korang kena berikan masa korang kepada suami tau, kalau suami ajak bersembang , korang kenalah layan dengan penuh hormat. Barulah suami rasa dihargai, seorang suami memerlukan sokongan daripada seorang isteri, manakala isteri memerlukan sokongan daripada seorang suami. Barulah hidup bahagia.

 

4.    Amalkan makan bersama.

(sumber : http://www.bengkungmoden.com/blog/cara-kekalkan-rutin-makan-bersama-keluarga/)

Amalkan makan bersama keluarga, dengan ini ikatan antara keluarga akan semakin erat. Apabila kita makan bersama , amalkanlah berbual mesra dan nasihat menasihati supaya diberikan keberkatan mempereratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga oleh Allaw SWT. Jangan biarkan amalan makan bersama tidak diamalkan, kerana apabila itu berlaku, korang akan Nampak ikatan yang dibina semakin renggang.

 

5.    Menjaga penampilan

(sumber : https://baituljannah.com/redaksi/5727-kenapa-isteri-perlu-berpenampilan-cantik-walaupun-hanya-di-dalam-rumah-sahaja-jom-baca)

Kita haruslah jaga penampilan kita walaupun ketika dirumah, sebagai isteri, kita perlulah menjaga penampilan kita apabila berada bersama suami, barulah suami sayang 🤭. Apabila suami pulang dari kerja, sambutlah mereka dalam keadaan penampilan korang yang kemas, yella suami korang tu sudah la penat bekerja, balik pasti nak tengok isteri cantik kan barulah segar balik.. hihihih.. tapi, suami pula janganlah ingat isteri je harus jaga penampilan, korang pun kena la jaga juga, baru isteri juga gembira tengok korang, hhahaha. Mana adil kalau isteri sahaja bertukus lumus menjaga rumah tangga akan tetapi suami tidak betul tak? jadi kenalah sama-sama jaga💪

 

6.    Selesaikan masalah dan Meminta maaf

(sumber : https://www.ohmedia.my/2018/12/mengapa-redha-suami-adalah-syurga-bagi.html)

Kalau korang ada melakukan kesalahan , korang haruslah rendahkan ego korang untuk meminta maaf kepada pasangan korang. Jangan disebabkan masalah kecil , rumah tangga korang renggang hanya kerana ego korang. Kalau ada masalah yang menimpa, berbincangkan secara elok dan akhiri dengan ucapan maaf. Sesungguhnya ucapan maaf itu adalah ubat yang paling berkesan untuk ikatkan kembali rumah tangga. Jadi korang jangan berat mulut untuk mengucapkan kata maaf ye.

Kak Dela percaya bahawa semua mahu rumah tangga yang bahagia, masih ramai yang tidak tahu apa yang harus mereka lakukan. Walaupun korang banyak duit, tapi korang kena ingat bahawa kekayaan tidak dapat membeli kebahagia. Kebahagian datang daripada jiwa. Rumah tangga yang bahagia adalah rumah tangga diimpikan oleh semua orang. Jadi pertahankanlah rumah tangga korang dengan betul 😄

 

Assalammualaikum💜

 

Sumber :

·  https://www.facebook.com/notes/muslimah-trend-collections/50-tips-terbaik-membina-keluarga-bahagia-oleh-dr-fadzilah-kamsah/465135506880631/

·         https://my.theasianparent.com/tip-perkahwinan-bahagia

 

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

 

Setiap Hari

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *