Perkongsian Resepi Tart Keju Buncit Bersalut Coklat Dengan Badam. Jom Cuba Buat!

Memang puas hati bila dapat buat sendiri Cheese Tart Magnum Buncit yang penuh keju selambak ni. Anak-anak pun pasti suka bila makan penuh mulut dengan cheese. Lebih-lebih lagi dengan perkongsian resepi, ilmu dan tips buat tart sedap ini dikongsikan  oleh penjual tart sendiri yang dibuat niaga. Kalau nak beli sendiri cheese tart ni boleh tahan juga harga pasaran dia. Mak-mak yang penggemar cheese tart kena cuba resepi ini. Tart yang diberi nama Tart Keju Buncit Bersalut Coklat dengan Badam Cincang. Dengar nama je pun dah buat terliur. Jom ikuti perkongsian dari Puan Nur Dayana tentang cara membuat Cheese Tart ini.

Berikut adalah perkongsian resepi oleh Puan Nur Dayana sebagai rujukan:

“Siapa penggemar cheesetart buncit? Nak beli dekat luar pun sebijik RM1.50 ke atas. Ni saya nak sedekahkan resepi yang selalu saya jual… Saya halalkan dunia akhirat ye ❤️️”

Bahan- Bahan:

260gm Butter

100gm Gula Icing

1 Biji Telur

500gm Tepung

1 Sudu Besar Air Sejuk

Sedikit Esen Vanila

Cara Membuat:

1.Kacau butter san gula dalam bekas. Kacau guna tangan je senang.

2.Bila dah sebati masukkan telur.

3.Gaulkan lagi, masukkan pula esen vanila dan air sejuk.

4.Akhir sekali masukkan tepung gandum. Uli sampai jadi doh ye.

5.Bakar dalam oven suhu 180 selama 20 minit, guna api di atas bawah.

*Untuk bekas shell guna saiz 4.5cm. Selepas itu, ambil pisau dan buang lebihan tepung tu.

 

2. (Krim Cheese)

250gm cheese tatura

1 Sudu kecil telur (telur tu kacau sebati dulu iya)

50gm Gula Icing.

Cara Membuat:

1.Putar Cheese sekejap, sampai sebati. Jangan Putar lama nanti cair.

2.Selepas tu masukan gula icing, putar sebati

3.Akhir sekali, masukkan telur putar sekejap.

Cara-Cara Paip Krim Cheese:

1.Masukkan cream cheese dalam piping beg.

2.Paip secara membukit

3.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 7 minit.

*Untuk filling apa-apa pun boleh Nutela, strawberry, blueberry. Ni coklat saya beli dekat kedai bakeri je.

*Muka-mula piping akan bertanduk. Tipsnya ambil sedikit air letak di hujung jari, ratakan yang bertanduk tu.

 

Cara Nak Buat Magnum:

Bahan-Bahan

Coklat Bar (Jenama apa-apa pun tak kisah)

Butter

Badam

Bdam Cincang

Cara Membuat:

1.Double boilkan coklat atas periuk yang telah diisi air sedikit.

2.Bila dah cair coklat masukkan sedikit butter dan kacau sampai pekat. Sejukkan sekejap.

3.Bila tart dah siap bakar, sejukkan dulu baru salut dengan coklat.

4.Bila dah salut dengan coklat, salut pula dengan kacang badam hancur.

5.Kemudian letak dalam peti sejuk.

 

Try laa. 

Puas makan sendiri ❤️️❤️️

Doakan saya selamat bersalin hujung tahun ni ye semua.

 

Kak Dela : Wow! Menarik kan perkongsian resepi Cheese Tart Magnum Buncit ni. Gebu, cheese penuh! Puas hati makan. Mudah pun mudah. Cuba la buat. Anak-anak pasti suka! Terima kasih kerana berkongsi resepi, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan bersalin nanti. Mak-mak kena cuba resepi ni dirumah. Tengah diet ke tu? Jangan risau. Kalau korang consume Audela setiap hari,  korang dah tak perlu lagi nak fikir tentang diet ketat.💋

Sumber Nur Dayana

 

BACA JUGA : 

5 KEBIASAAN DI PAGI HARI INI BOLEH MEMBUAT BERAT BADAN ANDA NAIK

AWAS! SERING MELIHAT FOTO MAKANAN AKAN MEMBUATKAN ANDA GEMUK?

>LAKUKAN GERAKAN MUDAH INI UNTUK KEMPISKAN PERUT YANG BOROI

TAK PERLU BERHABIS DUIT UNTUK KEKAL SIHAT. HANYA AMALKAN 6 PETUA NI JERR…

KENAPA BADAN SUSAH NAK KURUS? JOM KETAHUI 8 PUNCA BERAT ANDA TAK TURUN.

 

Beza Dropship, Agent dan Stokis

By Idham / December 14, 2017 / 2 Comments

8 Tanda Suami Sudah Tawar Hati Pada Anda

By dina zakaria / October 17, 2018 / 0 Comments

 

 

 

AUDELA-MINUMAN PALING EKSKLUSIF DAN MEWAH UNTUK WANITA BERKERJAYA

Follow  AudelaBeauty.com

Image result for facebook logo    Image result for instagram logo   Image result for youtube logo  Image result for website logo

 

WORTH READING

Susah Tidur Petanda Awal Gangguan Mental?
Susah Tidur Petanda Awal Gangguan Mental?
8 Tanda Suami Sudah Tawar Hati Pada Anda
8 Tanda Suami Sudah Tawar Hati Pada Anda
Tak Perlu Berhabis Duit Untuk Kekal Sihat. Hanya Amalkan 6 Petua Ni Jerr...
Tak Perlu Berhabis Duit Untuk Kekal Sihat. Hanya Amalkan 6 Petua Ni Jerr…
Kenapa Jerawat Selalu Naik Di Wajah Anda? Ini Punca Jerawat Datang Menyerang!
Kenapa Jerawat Selalu Naik Di Wajah Anda? Ini Punca Jerawat Datang Menyerang!
Mengapa Eye Bag terjadi? - Ketahui 4 Sebab Yang Pasti Akan Memeranjatkan Anda!
Mengapa Eye Bag terjadi? – Ketahui 4 Sebab Yang Pasti Akan Memeranjatkan Anda!

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *