Susah Tidur Petanda Awal Gangguan Mental?

Tak ramai yang tahu tentang salah satu tanda yang kita sedang menghadapi tekanan mental ialah apabila kita sukar hendak tidur serta kekurangan tidur. Semakin hari semakin sukar nak memperoleh tidur yang berkualiti.

Kegelisahan yang berlaku sewaktu hendak tidur menunjukkan yang minda tengah berserabut dengan pelbagai perkara. Banyak perkara yang boleh menyumbang kepada keserabutan dalam kepala. Jika difikirkan memang takkan pernah habis.

Segala perkara ini jelas menunjukkan bahawa kita tidak bahagia dalam hidup. Orang yang bahagia sentiasa mudah untuk tidur. Sentiasa tidur dalam keadaan yang tenang dan bangun dengan rasa penuh semangat untuk meneruskan hari-hari yang bakal mendatang.

Orang-orang yang bahagia ini benar-benar menjadikan tidur sebagai ruang untuk berehat.

Seperti firman Allah didalam kitab suci-Nya

 

 

Menurut Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini, tidur itu adalah memutuskan pergerakan bagi tujuan merehatkan diri daripada banyak bergerak dan berjalan pada urusan kehidupan bagi menempuh waktu siang. (Tafir Ibn Kathir, 307/8).

Ada yang menganggap masalah sukar tidur ini sebagai fenomena yang tiada penawar. Mengapa perkara ink terjadi?

Bukankah jika diikutkan logik sekalipun, apabila badan kita mengalami keletihan kerana berkerja pada siang hari automatik akan membuatkan kita mudah untuk tidur pada malam harinya? Bukankah sewaktu kepala kita diletakkan di atas bantal adalah waktu untuk otak dan badan kita bertenang dan berehat sepenuhnya?

Tetapi kenapa kita masih sukar untuk tidur?

Kenapa?

Kenapa?

Kenapa?

Jawapannya mudah, ianya boleh berpunca daripada tekanan atau terdapat kejadian yang menyedihkan yang anda hadapi pada waktu siangnya, dan mungkin juga kerana perubahan kepada tabiat tidur.

Jadi secara ringkasnya jika anda mengalami masalah sukar tidur itu tandanya anda sedang menghadapi tekanan mental dalam hidup anda.

Jika anda secara terus-terusan gagal mendapatkan tidur yang berkualiti, risiko untuk mendapat penyakit mental adalah sangat tinggi.

Ingat, semua penyakit yang berhubungkait dengan kemunduran mental tidak mungkin akan membawa anda kepada kebahagiaan.

 

TIDUR ADA DUA JENIS?

Ye, ada dua jenis tidur yang biasa kita dengar iaitu tidur yang berkualiti dan tidur yang tidak berkualiti. Dan untuk pengetahuan anda bukan buah sahaja yang ada gred untuk menentukan kualiti buah tersebut, tidur pun terdapat gred-grednya yang tersendiri.

Seseorang yang tidur secara berkualiti akan mendapat rehat yang secukupnya yang diperlukan oleh tubuh di kelaskan sebagai tidur Gred A. Tidur yang berkualiti bukanlah bermakna anda mendapatkan tidur 8jam setiap hari tetapi ianya dipanggil tidur yang berkualiti apabila anda tidur selama 6 jam, tetapi anda merasakan telah tidur seolah-olah selama 18 jam.

Mereka yang memperoleh tidur yang berkualiti ini sangat beruntung kerana bukan sahaja tidurnya nyenyak malah tidak terganggu oleh mimpi-mimpi buruk yang menyakitkan kepala.

Orang kita selalu mentafsirkan seseorang yang tidur tanpa terganggu sedikitpun dengan keadaan sekelilingnya sebagai tidur mati. Ibarat kalau bom atom jatuh di sebelahnya pun, dia masih dapat meneruskan tidurnya dengan lena. Nikmatkan kalau dapat tidur sebegitu. Seolah-olah benar-benar mati dalam iman 😊

Lihat pula keadaan orang yang tidur tanpa kualiti. Tidurnya gelisah, bergolek ke kiri, bergolek ke kanan, kadang-kadang tu sampai mengigau, menjerit-jerit dalam tidur. Entah apa yang sedang dimimpikannya kita sendiri tak tahu. Lebih kronik lagi apabila ada yang sampai berjalan-jalan dalam keadaan tidur.

Orang-orang begini bukan sahaja tidak mendapat kualiti tidur yang sebenarnya malah boleh mengganggu kualiti tidur orang lain.

Seseorang yang sepatutnya mendapatkan tidur selama 7 – 8 jam, tetapi gagal mendapatkannya dan keesokan paginya akan merasa mengantuk dan tidak bertenaga. Malah secara tidak langsung ianya akan mengganggu emosi dan fikirannya sewaktu berkerja.

Semakin sedikit jumlah tidur yang diperlukannya, semakin berkuranglah keaktifan  otaknya untuk berfikir maka semakin keraplah dia melakukan kesilapan. Senang cerita, otak tak dapat nak berfikir dengan waras apabila tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Tidur seketika pada siang hari.

Produktiviti kita juga akan meningkat apabila tidur sebentar beberapa minit sebelum waktu zuhur (qailullah) ataupun selepas makan tengah hari sehingga awal asar kira-kira 10-30 minit dalam tempoh waktu tersebut.  . Tidurlah sebentar diwaktu siang untuk mengganti tidur malam kita yang hilang itu.

Tetapi kita perlu bijak bila ingin tidur siang. Walaupun tidur siang adalah cara yang baik untuk menggantikan tidur kita yang hilang, terutama bagi mereka yang telah berusia, namun ia juga boleh membuatkan imsomnia  kita semakin teruk.

Jika ini adalah masalahnya, pertimbangkan untuk tidak tidur pada waktu siang. Jika tidak boleh dan memang perlu untuk tidur siang, hadkan tidur siang kita itu hanya sekitar 30 minit sahaja.

Jika anda mengalami masalah sukar tidur, disini saya kongsikan 12 cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita tidur:

  1. Meminta maaf dan memaafkan setiap kesalahan orang terhadap kita
  2. Jangan fikirkan apa-apa ketika hendak tidur.
    sukar tidur
    sukar tidur
  3. Jangan berangan-angan tanpa noktah.
  4. Jangan cuba selesaikan masalah yang berat-berat.
  5. Baca buku atau majalah didalam cahaya yang suram. Kita memang cepat mengantuk bila baca buku dalam cahaya yang suram.
  6. Rangka satu tabiat supaya tidur pada waktu-waktu tertentu dan bangun pada waktu tertentu. Cuba tidur pada waktu yang sama pada setiap malam. Cuba jangan pecahkan rutin ini pada hujung minggu kerana kita cenderung untuk tidur lewat pada waktu hujung minggu. Begitu juga dengan bangun, kita sepatutnya dapat bangun sendiri tanpa penggera jika tidur kita cukup.
  7. Lakukan riadah sederhana pada waktu petang.
  8. Jangan makan terlalu banyak dan ketika hendak tidur jangan ambil minuman berkafein. Kafein boleh merangsang minda, menyebab kita sentiasa berfikir dan tidak dapat rilaks untuk tidur.
  9. Pastikan suasana bilik selesa. Anda sepatutnya mempunyai ruang yang cukup untuk meregang dan berpusing. Jika anda terjaga dengan sakit belakang atau leher, mungkin anda patut fikir untuk menukar tilam yang lebih baik.
  10. Kaedahnya yang saya amalkan ialah membaca Al-Fatihah, Ayat kursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas), berselawat, syahadah dan diakhiri dengan membaca bismillah sebanyak 21 kali. Kemudian memberi salam kepada teman-teman setiduran.
  11. Buat persiapan ringkas untuk hari esok.
  12. Set minda dengan berkata di dalam hati, aku hendak tidur. Hati akan berkomunikasi dengan minda dan minda melalui mekanisme conscious dan subconciousnya akan menjadikan tidur satu reality.

 

 Amalkan Doa Ini Untuk Mengubati Masalah Sukar Tidur

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي


Maksudnya : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .

 

Keterangan & Petua Beramal

Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit sukar tidur malam yang menimpanya, lalu baginda mengajarnya doa di atas.

Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW  ini .

Menurut pengarang buku doa & rawatan pesakit, doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air. Caranya iaitu, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.

Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.

 

Penutup

Akhir sekali, tahukah anda, ada orang oleh kerana kualiti tidurnya amat baik, dia mendapat ilham sewaktu tidur, mendapat mimpi-mimpi baik untuk untuk menunjuki jalan, untuk membuat keputusan, untuk membuat keputusan, untuk memilih antara dua perkara yang sama berat dan sama menarik malah untuk menyelesaikan masalah.

Kunci atau rahsia untuk senang tidur, adalah cuba dan temui setiap perkara yang terbaik untuk kita.

Kerana apa yang berkesan terhadap orang lain, mungkin tidak memberi kesan terhadap kita.

Jangan mudah mengalah dan sentiasalah berdoa kepada Allah supaya diberi jalan olehNya untuk merasai nikmat tidur, dijauhkan dari ketidakbahagiaan dan tekanan mental serta amalkan minum Pomeg Plus setiap hari agar dapat mencegah penyakit-penyakit yang menyebabkan badan menjadi lesu dan tidak bermaya.

Selamat mendapat tidur yang selesa dan berkualiti!

Selepas membaca artikel ini, sila kongsikan kepada rakan-rakan atau keluarga anda yang mengalami masalah sukar tidur.  

 

Anda mungkin juga meminati

5 Perangai Pelik Ibu Mengandung Yang Suami Patut Ambil Tahu!!

Ketahui Rahsia Untuk Keluarga Bahagia

View this post on Instagram

Tenkiuu Dear percayakan PomegPlus 🌹 . #Repost @z.zailin with @get_repost ・・・ #giftreviewmalaysia #reviewbyzzailin Ramai yg x percaya Lin & @e_vanillaz ni emak & anak. Dah masuk 40 series ya ke!!!.TAPI STILL NAMPAK MUDA & SIHAT😍😍. Helloooo korang x ada yg mustahil selagi mahu berusaha ok..siapa lgi nak jaga diri kita klau bukan kita sendiri kan? Yg paling penting tubuh kita perlukn mkanan kesihatan dalaman.Bila dalam dah jaga baru luaran pun akan cantik & sihat jugk.. 🌹 So kat sini Lin nak SHARE kat korang minuman kesihatan POMEG PLUS from ig @audelabeauty_hq Ia adalah minuman botani kesihatan dgn kombinasi 12 ramuan super foods termasuk 4 makanan sunnah. 🌹 So lin suggest kat korang jom dapatkn Pomeg+ utk ibu,ayah,atuk or nenek yg tersayang.Sngt2 sesuai utk umur 40 dan keatas.Buktikan kasih syg korang & peliharalah kesihatan mereka selagi dia org masih ada…

A post shared by Rahsia Kurus Putih Gebu (@audelabeauty_hq) on

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *