TIPS BADAN MENJADI KURUS DENGAN CEPAT TANPA PERLU BERLAPAR!!

Badan yang ramping dan sihat memang idaman setiap manusia di dunia ini tidak kira wanita mahupun lelaki. Namun ramai juga yang melupakan hasrat untuk memiliki badan yang ramping kerana beranggapan mereka perlu berlapar.

Namun tahukah anda, berlapar bukan lah satu-satunya cara untuk memiliki badan yang kurus dan sihat. Ikuti cara mendapatkan badan yang kurus  dan sihat yang telah terbukti keberkesanannya.

1) JANGAN SKIP SARAPAN PAGI

Pakar Perunding Endokrinologi, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Norlaila Mustafa menyatakan trend rakyat Malaysia tidak mengambil sarapan pagi semakin merisaukan. Beliau menyifatkan tabiat meninggalkan sarapan pagi akan meningkatkan paras insulin seterusnya mendedahkan tubuh terhadap risiko diabetes. Secara asasnya, mereka yang tidak mengambil sarapan mempunyai pola pemakanan yang tidak sekata dan kebiasaannya mereka akan cenderung untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari. Jadi kesimpulannya disini jangan tinggalkan sarapan untuk kurus!

2) MAKAN MAKANAN YANG BERSERAT TINGGI DENGAN KALORI YANG RENDAH.

Makanan yang mempunyai banyak air mempunyai kalori yang rendah malah mengenyangkan. Apa makanan yang mempunyai banyak air dengan kalori yang rendah? Sudah tentulah buah-buahan. Selain itu terdapat juga kekacang yang mempunyai serat yang tinggi. Bukan sahaja sedap dimakan malah ianya bagus untuk kesihatan badan.

   1) Epal

Selain rasanya yang sedap, epal juga dapat menurunkan berat badan. Pengambilan buah epal dengan kerap boleh menyihatkan organ pencernaan kita kerana epal mengandungi 95 kalori dan 4 gram serat. Buah epal juga bagus untuk mereka yang menghidap diabetes. Dan kerana seratnya yang tinggi epal mampu mencegah kenaikan berat badan sekaligus menurunkan berat badan.

   2) Limau Bali

Kandungan nutrien dalam buah ini mampu merendahkan kandungan insulin, sejenis hormon yang menyimpan lemak dan seterusnya menyebabkan berat badan anda menurun. Selain itu, limau bali juga merupakan sumber protein yang baik. Hal ini demikian kerana buah ini terdiri daripada 90% air, dan ini boleh membuatkan anda kenyang dan tidak lapar selalu.

   3) Nenas

Nenas adalah salah satu buah-buahan untuk kurus kerana mengandungi   bromelain iaitu sejenis enzim pembakar lemak. Enzim bromelain ini membantu dalam proses penyingkiran lemak dengan memecahkan tisu sel lemak tersebut.Selain itu, nenas juga baik untuk menghadam protein binatang seperti yang diperoleh daripada daging ayam, lembu dan kambing.  Oleh itu, masukkan banyak-banyak nenas dalam masakan anda yang berasaskan daging nanti.

3) LEBIHKAN MAKANAN BERPROTEIN UNTUK MENGURANGKAN RASA LAPAR.

Tingkatkan pengambilan protein daripada 25% kepada 40%. Ini kerana kajian telah menunjukkan bahawa protein dapat mempertingkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding makronutrien lain. Ini adalah kerana protein lebih lama mencerna di dalam badan, menyebabkan ia membakar lebih banyak kalori, berbanding lemak dan karbohidrat. Protein juga terbukti begitu signifikan dapat meningkatkan rasa kenyang, seterusnya mengurangkan rasa lapar.

Antara makanan yang mengandungi protein yang tinggi adalah seperti telur, kacang almond, dada ayam, yogurt, susu dan banyak lagi.

4) GUNAKAN PINGGAN YANG LEBIH KECIL

Tukarkan saiz pinggan anda kepada saiz yang lebih kecil. Ini adalah satu trick untuk memanipulasi otak anda. Sedarkah anda lagi besar saiz pinggan anda lagi banyak makanan yang anda akan ambil. Secara psikologinya pun dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil, kita terpaksa menghadkan pengambilan makanan dalam pinggan tersebut.

5) BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Air kencing yang berwarna kuning hingga kecoklatan adalah petanda bahawa badan kita  kekurangan air. Minumlah air kosong secukupnya sehingga air kncing berwarnah jernih. Ada yang mengatakan air sejuk atau minum air yang berlebihan adalah punca kepada masalah buncit perut. Namun ini adalah mitos kerana kajian menunjukkan setiap 2 liter air sejuk yang diminum, badan kita akan membakar sekitar 74 kalori. Namun harus diingat air sejuk bukanlah air yang berais ya! 

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menguruskan badan. Tidak perlu lah anda berlapar sehingga pitam dan tidak bertenaga hanya kerana ingin cepat kurus. Semoga tips kali ini dapat membantu anda untuk menurunkan berat banda anda tanpa anda perlu berlapar. Cara yang paling senang untuk kurus tanpa berlapar adalah dengan consume 1 sachet Audela setiap hari!! Jom jaga kesihatan dalaman dan luaran dengan Audela!

 

Sources: http://mrtengkuasmadi.com/diet-cara-saya-turun-5kg-sebulan-tanpa-berlapar/
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *