Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai Dengan Kulit Oleh Dr. Erna Nadia. Tak Perlu SPF Yang Tinggi!

Bagi wanita yang menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari adalah suatu kemestian yang dioleskan pada wajah setiap hari. Ia mampu melindungi kulit wajah dari sinaran matahari yang berbahaya sekaligus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit terutama kanser kulit. Terdapat pelbagai macam jenis sunblock yang terdapat di pasaran dengan jumlah SPF yang berbeza, bergantung pada jenis kulit dan aktivit yang kita lakukan.

Jadi sebelum nak membeli tu, anda perlu ambil tahu dulu sunblock mana yang paling sesuai dengan kulit anda.

Jom kita sama-sama tambah ilmu kecantikan dengan membaca info yang dikongsikan oleh Dr.Erna Nadia ini.

TIPS MEMILIH SUNBLOCK

Apa Yang Dimaksudkan Dengan SPF?

SPF adalah singkatan untuk Sun Protection Factor. Pemakaian sunblock setiap hari adalah sangat penting kerana lapisan atmosfera kita yang dah semakin menipis. Ianya dah diibaratkan seperti kewajipan dalam rutin penjagaan kulit.

Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari?

Kerana kulit akan semakin menipis dan juga sebagai langkah untuk mengurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat, kulit menipis)  dan kanser kulit.

Kalau anda perasan pada packaging produk sunblock ada tertulis SPF15, SPF30, SPF50. So yang mana yang sesuai dengan kulit anda?

Sebelum Kak Dela beritahu jawapannya, jom kita kenali dahulu apa itu SPF.

SPF ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit anda dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit anda.

Contoh Pengiraannya adalah:

1.Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit anda:

Sebagai contoh kita gunakan SPF 15.

Tolakkan satu daripada nilai SPF tersebut.

Cara pengiraan : (15 – 1) / 15 = 0.93.

Bermaksud, 93% sunblock itu dapat melindungi kulit anda dari sinar UV.

Jika nilai SPFnya 30, maka ianya akan menjadi sebanyak 96%.

2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran UV. Dibawah ini adalah jenis kulit dan ketahanannya berada di bawah sinaran matahari tanpa menggunakan sunblock. Selepas dari jangka masa tersebut kulit akan mengalami sunburn yang menyebabkan rasa perih pada kulit.

Kulit putih  :  10 minit

Kulit kuning langsat : 15 minit.

Kulit sawo matang  : 20 minit.

Secara ringkasnya , semakin gelap kulit kita, semkin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Contoh Kiraan:

Jika anda yang memiliki kulit putih dan menggunakan SPF 15, makan sunblock itu akan mempunyai masa lebih kurang 15 x 10 = 150minit untuk bertahan di bawah sinar matahari

Untuk kulit sawo matang, 15 x 20 = 300 minit.

Ok, anda boleh faham tak setakat ini?

Selain dari nilai SPF, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah , ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV (ultraviolet) A & B.

UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan kulit luar sahaja. Jadi ianya akan menyebabkan kulit terbakar (sunburn)

Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan UVA & UVB juga.

 

Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ SAHAJA?

PA itu adalah kiraan untuk UVA.

+++ pula bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock.

Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA+++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.

Jadi anda sekarang sudah faham bagaimana mahu memilih sunblock yang sesuai dengan anda?

Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), SPF 15 sudah mencukupi.

Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, SPF 30 sudai memadai, melainkan jika anda memiliki kulit putih, SPF 50 sememangnya untuk anda.

Beza pada SPF hanyalah jangkamasa sahaja. Kekuatannya adalah lebih kurang sama. Jadi jika anda tidak terdedah terlalu lama di bawah sinaran matahari, tak perlu lah anda merosakkkan kulit anda dengan SPF yang terlalu tinggi.

Bagi mereka yang melakukan aktiviti di dalam air, anda perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air.

Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria ‘water-proof’

Tips Menggunakan Sunblock oleh Dr. Erna Nadia

  1. Sapukan sunblock 15-30 minit sebelum memulakan aktiviti di bawah sinaran UV
  2. Sapukan pada semua permukaan kulit yang terdedah, termasuk di pelipat.
  3. Sapu juga lipbalm yang mengandungi SPF, UVA & UVB
  4. Gunakan berulang kali (biasanya 3-4 jam sekali ). Gunakan lebih kerap jika anda kerap berpeluh dan jika anda melakukan aktiviti di dalam air atau berenang.
  5. Sebelum guna,pastikan tarikh luput di semak, lihat teksturnya dan bau. Jika bau dan teksturnya sudah berubah, terus buang produk tersebut.

Jenis Sunblock Mengikut Kulit

  1. Kulit kering – Cari sunblock berbentuk krim atau lotion.
  2. Kulit berminyak- Cari sunblock berbentul gel atau oil-free
  3. Kulit sensitif – Cari sunblock berbentuk gel dan tidak mempunyai pengawet / bau.
  4. Kulit berbulu – Cari sunblock berbentuk gek atau spray
  5. Kulit gelap – Cukup dengan SOF 15.

Jangan lupa minum air kosong secukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.

Lindungilah kulit anda dari sinaran berbahaya, dan jangan biarkan kulit anda mengalami proses penuaan sebelum waktunya!

Semoga bermanfaat.

Sumber : Erna Nadia 

 

 

 

BACA JUGA 

KETAHUI APA ITU “SUNBURN” DAN CARA MERAWATNYA.

ELAKKAN PERKARA INI JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH KULIT KERING.

ANDA MENGALAMI MASALAH KULIT KERING? BAGAIMANA UNTUK MERAWATNYA?

HANYA MENGGUNAKAN 4 BAHAN KULIT KERING BERUBAH MENJADI GLOWING!!

KETAHUI CARA YANG BERKESAN UNTUK MERAWAT PARUT JERAWAT.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Petua Hilangkan Kebas Tangan Dan Kaki Dengan Berkesan

By dina zakaria / October 3, 2018 / 0 Comments
🌹Assalamualaikum🌹 Siapa yang ada mengalami masalah kebas? Kak Dela yakin pasti kebanyakan pembaca blog Audela ni pernah mengalami masalah kebas tak kira lelaki atau perempuan, muda atau telah berusia kan? Masalah kebas tangan dan kaki ni seringkali berlaku pada setiap...

Beza Dropship, Agent dan Stokis

By Idham / December 14, 2017 / 2 Comments
Ada lagi rupanya yang masih confuse apa beza dropship, agen dan stokis. Meh saya kongsi sikit apa beza 3 kategori ini secara general. . DROPSHIP - Modal biasanya dalam bentuk pendaftaran sahaja. - Tak perlu simpan stok - Tak perlu...

MUKA ANDA BERJERAWAT?? APA PUNCA TERHASILNYA JERAWAT PADA MUKA ?

By dina zakaria / August 17, 2018 / 0 Comments
JERAWAAATTTTTT!!! (more…)

Jom Ketahui Pelembab Apa Yang Sesuai Dengan Kulit Muka Anda.

By dina zakaria / September 25, 2018 / 0 Comments
╰☆☆ 𝓐𝓢𝓢𝓐𝓛𝓐𝓜𝓤𝓐𝓛𝓐𝓘𝓚𝓤𝓜 ☆☆╮ ლ(╹◡╹ლ) Nak tahu tak apa rahsia wanita korea mempunyai kulit wajah yang mulus dan bersih? Mesti ada kan dekat sini yang meminati drama korea. Kak Dela pun layan juga drama korea ni hihihi ♥‿♥. Setiap kali tengok...

Kenapa Badan Susah Nak Kurus? Jom Ketahui 8 Punca Berat Anda Tak Turun.

By dina zakaria / September 20, 2018 / 0 Comments
"Hari ni dah masuk sebulan aku on diet dengan exercise. Mesti dah berpuluh kilo turun ni. Gerenti!!" Tapi bila naik atas alat penimbang.. "Sekilo dua je turun??!!" "Sia-sia je lah habiskan masa dengan zumba, jogging, kawal makan itu ini, tapi...

8 Tanda Suami Sudah Tawar Hati Pada Anda

By dina zakaria / October 17, 2018 / 0 Comments
Pernikahan. Apa yang terlintas di fikiran anda jika perkataan "pernikahan" ini menjadi topik perbincangan kita pada hari ini? Pasti anda membayangkan sesuatu yang grand, berprestij, gah atau pun sesuatu majlis pernikahan yang menjadi idaman setiap wanita, betul? Namun bukan itu...

5 Sebab Kenapa Toner Penting Untuk Wajah

By Idham / February 27, 2018 / 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sihat ke tu? Harap semua sihat sentiasa ok. Untuk kekalkan tahap kesihatan yang baik, makan makanan yang sihat, minum banyak air kosong dan jalani gaya hidup yang sihat dan aktif ok. Bagi kaum wanita di...

10 TIPS PENGAMBILAN SUPPLEMENT DENGAN BETUL DAN SELAMAT

By Idham / February 23, 2018 / 0 Comments
Supplement ialah pemakanan tambahan yang diambil bertujuan untuk melengkapkan nutrisi diet harian kita apabila kita tidak dapat memenuhi keperluan pyramid makanan dengan baik. Ia mengandungi 1 atau lebih vitamin, mineral atau asid amino. Supplement boleh wujud dalam bentuk kapsul, tablet,...

Cara Mengecilkan Lengan Dan Punggung Dengan Cepat

By dina zakaria / July 19, 2018 / 0 Comments
Siapa yang pernah mengalami pengalaman sayu kat kedai bila korang da excited nak beli seluar atau baju tetiba bila korang nak sarung tak lepas  weii. Ibarat macam iklan syampoo "tersekat di skala 3". Hahaha. Apa perasaan korang waktu tu?? Ofcourse...

Mengapa Eye Bag terjadi? – Ketahui 4 Sebab Yang Pasti Akan Memeranjatkan Anda!

By dina zakaria / September 5, 2018 / 0 Comments
Bagi mereka yang sangat mementingkan kecantikan, terutama kecantikan pada wajah, pastinya kehadiran eye bag di bawah mata anda merupakan satu mimpi ngeri kan? Kak Dela pun tengah menghadapi masalah eye bag berkilo-kilo. Walaupun kita dah mempunyai mata yang menawan, pandangan...

ADORE AGAVE SKINCARE : PENJAGAAN KULIT MUKA YANG LEMBUT PASTI MEMBUATKAN KULIT  ANDA TERASA SEPERTI DIBELAI

Follow  AudelaBeauty.com

Image result for facebook logo    Image result for instagram logo   Image result for youtube logo  Image result for website logo

 

WORTH READING

Kesilapan Wanita Ketika Berdiet
Kesilapan Wanita Ketika Berdiet

Cara Mudah Untuk Detoks Badan Secara Alami
Cara Mudah Untuk Detoks Badan Secara Alami

7 Ciri Produk yang Tidak Selamat & Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya
7 Ciri Produk yang Tidak Selamat & Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

Cara Mendapatkan Perut Yang Kempis Secara Semulajadi

Cara Mendapatkan Perut Yang Kempis Secara Semulajadi

Related image
Resepi Air Detoks Yang Membantu Menghilangkan Berat Badan Anda Dengan Cepat
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *