Tips Penjagaan Kulit Wajah

Mungkin ada diantara kita yang suka beranggapan bahawa kebanyakkan orang Korea mesti akan menggunakan teknologi terkini iaitu pembedahan plastik untuk memiliki kulit wajah yang bersih dan mulus. Haa nampaknya anda silap! Jangan main serkap jarang sahaja! Sebenarnya mereka mempunyai rutin harian tersendiri. Jom kita tengok antara rutin yang mereka amalkan.

 

  1. Minum teh hijau sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari. Kaedah ini mampu membuat kulit anda bebas dari jerawat kerena ia mempunyai antioksidan yang sangat bagus.

  2. Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

  3. Penyegar wajah adalah sangat penting kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

  4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

  5. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

  6. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan masker wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan. Pilih masker yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih masker pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau masker pelembap (moisturising mask).

  7. Jom consume Audela untuk kesihatan dalaman dan luaran. Boleh dapat 5 manfaat dalam 1 iaitu untuk membakar lemak, mencuci usus, menyegarkan kulit, mengawal selera makan dan mengembalikan berat badan ideal.

Sumber daripada: http://www.suria.my/gaya_hidup/tips-penjagaan-kulit-wajah-bebas-jerawat-jeragat-dan-cela/

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *