Wanita Yang Sering Memakai Kasut Tumit Tinggi Lebih Cepat Tua!

Hello AudelaLovers, Kak Dela nak tanya ni, ade ke  wanita yang tak gemar memakai kasut high heels atau tumit tinggi? Mesti ramai yang puji anda awet muda kan? Hehehe.

Tertanya-tanya kenapa Kak Dela ajukan pertanyaan macam tu kat anda? Sebabnya kali ni Kak Dela nak share artikel mengenai kasut tumit tinggi. Anda tahu tak, wanita yang memakai kasut tumit tinggi akan lebih cepat tua!

Wajib rasanya bagi seorang wanita untuk memiliki sepasang kasut tumit tinggi kerana selain mencantikkan penampilan, ia juga membuat empunya badan berasa lebih percaya pada diri sendiri walaupun bertubuh rendah.

Kasut Tumit Tinggi

Namun, ramai yang mungkin tidak sedar tentang  risiko yang  bakal timbul akibat memakai kasut ini kerana jika tumit terlalu tinggi, si pemakai boleh berasa tidak selesa sehingga terjatuh ketika berjalan atau bahasa pasarnya “terpeleot” yang berkemungkinan akan menyebabkan terseliuh pada buku lali kaki.  Kenyataan ini adalah berdasarkan daripada kajian terbaharu daripada Universiti Stanford, Amerika Syarikat.

Kajian tersebut juga menyatakan, kasut tumit tinggi boleh mempercepatkan penuaan sehingga 20 tahun lebih awal. Ini adalah hasil kajian ke atas beberapa wanita dengan fizikal yang sihat yang perlu berjalan dengan memakai kasut tinggi pada ketinggian tumit kasut yang berbeza.

Sewaktu kajian dijalankan, responden wanita yang terbabit diminta untuk memakai kasut kasual atau sneakers yang rata, kasut bertumit tinggi 4cm dan 8cm selain diminta untuk berjalan dengan serta merta tanpa mengenakan rompi seberat 20 peratus daripada keseluruhan berat badan mereka.

Penyelidik kemudian memerhati gerak tumit responden ketika mereka berjalan dan berdiri, maka hasil daripada pemerhatian tersebut telah diterbitkan di dalam Journal of Orthopaedic Research, di mana cukup memeranjatkan ramai pihak khususnya golongan wanita yang gemarkan kasut tumit tinggi.

Kumpulan saintis yang pakar tentang tulang manusia itu mendakwa, pencinta tumit tinggi atau stiletto heels apabila memakai sepatu berkenaan, kedudukan tumit mereka boleh beralih dengan mudahnya hingga merubah bentuk apatah lagi ketika kaki menyentuh lantai.

Keadaan ini juga membuat lutut si pemakai menjadi tegang dan kaku, sehingga cara berjalan menjadi seperti warga emas atau seperti mengalami penyakit tulang rapuh artritis dan yang lebih buruk lagi apabila si pemakai memiliki tubuh badan yang lebih berat.

Ini terjadi apabila tubuh wanita itu lebih menekan sendi sekaligus lutut yang tegang dan kaku mewujudkan pelbagai masalah apabila berjalan, malah pemakaian kasut tumit tinggi dengan berat badan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko ke atas tubuh.

Saintis bagaimanapun merumuskan, tidak ada masalah mengenakan kasut tumit tinggi untuk menghadiri acara formal tertentu tetapi adalah lebih baik jika tidak terlalu sering memakai kasut jenis ini dan diganti dengan kasut tapak lebih rata.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/01/wanita-pakai-kasut-tumit-tinggi-cepat.html#ixzz5WF60gTFE
Follow us: @audelabeauty on Instagram | By_NadZainal on Facebook

BACA JUGA

> 5 Perangai Pelik Ibu Mengandung Yang Suami Perlu Ambil Tahu

> Ketahui 7 Tips Menawan Semula Hati Suami Agar Tak Pasang “Dua”

> Tak Perlu Berhabis Duit Untuk Kekal Sihat, Hanya Amalkan 6 Petua Ini jer..

> Anda Sering Mengalami Kebas Kaki Dan Tangan? Ini Petua Untuk Menghilangkannya Dengan Berkesan

> Jom Ketahu Jenis Pelembab Yang Sesuai Dengan Kulit Muka Anda

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI 

Petua Hilangkan Kebas Tangan Dan Kaki Dengan Berkesan

By dina zakaria / October 3, 2018 / 0 Comments

Beza Dropship, Agent dan Stokis

By Idham / December 14, 2017 / 2 Comments

MUKA ANDA BERJERAWAT?? APA PUNCA TERHASILNYA JERAWAT PADA MUKA ?

By dina zakaria / August 17, 2018 / 0 Comments

Jom Ketahui Pelembab Apa Yang Sesuai Dengan Kulit Muka Anda.

By dina zakaria / September 25, 2018 / 0 Comments

Kenapa Badan Susah Nak Kurus? Jom Ketahui 8 Punca Berat Anda Tak Turun.

By dina zakaria / September 20, 2018 / 0 Comments

 

MINUMAN KESIHATAN PALING MEWAH DAN EKSKLUSIF UNTUK WANITA BERKERJAYA

 

Follow  AudelaBeauty.com

Image result for facebook logo    Image result for instagram logo   Image result for youtube logo  Image result for website logo

 

WORTH READING

Kenapa Badan Susah Nak Kurus? Jom Ketahui 8 Punca Berat Anda Tak Turun.
KENAPA BADAN SUSAH NAK KURUS? JOM KETAHUI 8 PUNCA BERAT ANDA TAK TURUN.
Kenapa Jerawat Selalu Naik Di Wajah Anda? Ini Punca Jerawat Datang Menyerang!
KENAPA JERAWAT SELALU NAIK DI WAJAH ANDA? INI PUNCA JERAWAT DATANG MENYERANG!
Image result for kulit berjeragat
5 PUNCA KULIT BERJERAGAT YANG ANDA WAJIB TAHU.
Tak Sangka Oat Mempunyai Banyak Manfaat Untuk Kulit!!
TAK SANGKA OAT MEMPUNYAI BANYAK MANFAAT UNTUK KULIT!!
MUKA ANDA JENIS KOMBINASI? CUBA RESEPI PENCUCI MUKA HOMEMADE INI!
MUKA ANDA JENIS KOMBINASI? CUBA RESEPI PENCUCI MUKA HOMEMADE INI!
Hanya Menggunakan 4 Bahan Kulit Kering Berubah Menjadi Glowing!!
HANYA MENGGUNAKAN 4 BAHAN KULIT KERING BERUBAH MENJADI GLOWING!!

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *