Setiap hari kita ada rutin yang kita buat seperti makan…minum..mandi dan tidur. Tapi tahukah anda rutin yang salah juga menjadi punca kepada masalah kesihatan yang kita alami.
Hari Dela nak kongsi 14 Fakta kesihatan yang anda mungkin tak tahu..
Haa..macam tak tahu kan.. kandungan gula dalam minuman ringan teramatlah tinggi. Jadi kalau tak boleh cut terus, cuba kurangkan pengambilan minuman ringan.Elakkan minum pada waktu malam. Satu kali sehari, cukup.
Boleh juga gantikan air bergula dgn jus buah tanpa gula. Lagi sedap dan berkhasiat kan!
Lagi satu rahsia tentang air manis ni, untuk kempiskan perut cepat, cuba cut off pengambilan minuman bergula. Yes! Nak kempis, cuba sekarang. Sekejap je dah akan nampak kesan.
Bagi Dela orang yang paling sado sekalipon takkan dapat tahan sakit gigi. Rupanya, sakit gout lagi sakit dr sakit gigi??
Aduhhhh…
Gout biasanya menyerang pada bahagian kaki terutamanya ibu jari kaki. Gaot terjadi disebabkan oleh kegagalan fungsi uric acid dalam badan. Sakit gout melibatkan rasa kejang, bengkak, dan sakit yang teramat. Ianya juga berlalu berulang kali. Kalau ada tanda sakit macam ni, sila dapatkan rawatan segera ok! Sebab sakitnya teramat sangat.
Makan feveret kita mestilah yang sangattttt sedap…dan kesedapan tu biasanya datang dari kandungan gula, garam, perasa, pewarna, kolestrol, caffeine yang sangggatt banyak dari kebiasaan menu yang bukan feveret. Jadi, limitkan pengambilan makan feveret k. Like kalau setuju ! Komen kalau lain.. hehehe
Dan sebenarnya risiko lebih tinggi ialah terhadap orang menghidu asap rokok, biar pun dia tidak menghidap rokok yang disebut secondhand smoker. Biasanya siapa yang berisiko jadi secondhand smoker? Jawapannya ialah orang-orang tersayang, yang terdekat dengan anda. Seperti anak-anak, ahli keluarga dan teman rapat. Jadi, berhentilah merokok.
Apabila seseorang mengalami tekanan atau trauma terlampau, ia boleh mengakibatkan kegagalan fungsi dalam badan spt contoh degupan jantung, sistem saraf dll. Bila fungsi dalam badan tak stabil pembentukan sel-sel sihat juga akan turut terjejas. Hati-hati u olls, Cuba kawal dan turunkan stress anda ok! Sebab kesan jangka panjangnya mengerikan.
UNIK. Tubuh badan manusia malah haiwan dan tumbuhan memiliki fungsi antibody dan antibakteria sendiri. Namun adalah penting untuk kita sentiasa menjaga kebersihan kerana kita sering terdedah kepada pelbagai jenis bakteria dan parasit yang merbahaya.
Mulakan dengan tabiat menguyah yang terbaik. Makanan jadi mudah dihadam perut mudah bekerja maka dapat meningkatkan fungsi sistem penghadaman kepada tahap optimum. Sistem penghadaman yang baik membantu penstabilan berat badan.
Jantung kita terletak di dada sebelah kiri. Tidur di sisi kanan, memberi ruang untuk jantung, mengepam dengan baik tanpa tekanan. Boleh elakkan dari berlakunya serangan jantung ketika tidur.
Nak mandi, sebaiknya mulakan dari bahagian kanan..sebab jantung terletak di dada kiri..jadi untuk elak kejutan pada jantung..mulakan kenakan air pada dada kanan..
Sewaktu sujud aliran darah akan lebih tertumpu pada bahagian kepala. Dimana terletaknya otak, dan juga pancaindera utama kita. Nak elak migraine, panjangkan sujud anda sewaktu solat subuh yea. InsyaAllah sihat.
Kenapa lelaki lebih mudah terkena serangan jantung berbanding wanita ?
Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang tinggi yang melindungi jantung mereka dari serangan jantung. Jadi para wanita, jaga hati suami, jangan bagi mereka terperanjat selalu.
Info tambahan, kalau sis nak jaga jantung suami supaya sihat, boleh lebihkan bawang putih dalam masakan. Kajian dari Pusat Kawalan dan Cegahan Penyakit di Amerika membuktikan bahawa bawang putih bertindak mengurangkan malah me-reverse penghasilan plak yang mnyumbat saluran arteri pada jantung.
Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.
Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye. Jangan makan banyak sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa. Sama macam jeruk, epal hijau yang tinggi acid juga kurang baik utk otak kalau diambil berlebihan.
Epal merah baik untuk ibu mengandung dan melindungi baby dari terkena penyakit asma. Kandungan Vitamin B-complex yang terdiri daripada vitamin B6, riboflavin dan thiamin baik untuk penghasilan sel darah merah yang baik untuk sistem peparu si mommy dan baby. Makan 2 biji sehari ye…
Ilmu akan lekat bila dikongsi. Jom SHARE fakta ni dengan yang lain !