Skip to content

17 Perkara Yang Wanita Berjaya TAK BUAT

  • by

 

Sebutkan nama-nama wanita berjaya yang sis kagumi…

yang jadi inspirasi sis..

 

macam..

Dato’ Siti Nurhaliza…

   Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz..

Datin Paduka Marina Mahathir   

 
Dan juga sis sendiri.

 

Kita pon boleh jadi wanita berjaya dalam career dan perjuangan kita sendiri.

 

Kerana kita wanita. Kita lah kakak, isteri, ibu, guru, tulang belakang kepada rumahtangga dan komuniti.

 

 

Tak pernah berubah sejak dulu lagi…

 

Kita mesti sedar kan…?

Besarnya peranan wanita dalam organisasi keluarga dan masyarakat.

 

 

Menjadi seorang wanita ni satu anugerah yang cukup hebat !

 

Sebab jiwa wanita, sungguh kental.

Kentalnya jiwa, mengalahkan badan.

 

Sebab tu lah boleh bersengkang mata.. boleh jadi kebal….

Menangis-menangis dan menangis..

 

Tapi esok! Dah bangkit meredah hari-hari mendatang.

Seolah-olah semalam hanya mimpi ngeri.

 

Sis redah !
Mengandung…melahirkan…membesarkan anak-anak…menjaga isi rumah…

 

Percayalah. Hanya wanita saja yang mampu.

 

Kekuatan dan kelembutan jiwa wanita…

luar biasa..! *kite je rasa dan faham kan*

 

 

Berbekalkan anugerah azali ni saja…

sis boleh melangkah jauh….luas… dan berjaya.

 

 

Cuma…!

 

Ada satu jenis GANGGUAN. Yang akan jadi penghalang DIRI sis dari berjaya dalam apa saja hal yang sis nak cuba capai.

Ye.

Gangguan dalam diri. Gangguan ni sangat kerap menghantui kita, wanita dan

 

Kita kenalah bijak dan kuat melawan ganguan semangat ni.

Supaya semangat tak patah,

fikiran jadi tajam,

pendirian jadi teguh.

 

 

Menulis dari pengalaman….

Kite pon belajar….dan kite pon, lawan…!

 

Kalau sis nak terus melangkah jauh….melangkah luas…

dan laju dalam mengejar kejayaan yang  sis idam-idamkan ni…

 

Kena lawan gangguan ni.

LAWAN !

 

 

Ada 17 perkara yang wanita berjaya TAK BUAT. Yang mereka lawan.

Menjadikan mereka, diri mereka yang BERJAYA sekarang.

 

So…..ready?
Kalau ready, jangan rushing ok ! ….. Kite nak sis baca dengan perlahan.

Untuk kenal pasti, baru boleh lawan.

Cuba hadam dan fahamkan yea…sebab 17 perkara ni sebenarnya..sangat biasa terjadi kepada kita, wanita.

 

Apa 17 Perkara Wanita Berjaya TAK BUAT tu……?

 

Ok go..!

1.  Dia TAK bergosip

Wanita yang berkeyakinan, tak mengata wanita lain. Dia hanya asyik berkata tentang impian, plan dan matlamat.

 

Bila sampai satu berita pulak, dia

2. TAK mudah percaya membabi-buta

untuk menerima sesuatu berita, dia perlu bukti yang kukuh dan melalui bukti tu baru lah boleh buat kesimpulan kan…? *kalau tak, takyah la…nanti jadi gossip je*

[baca balek perkara no.1]

 

Dalam menilai berita tu pulak, dia pilih untuk berfikir luar kotak berbanding bersusah-susah membongkar sendiri “kebenaran” satu-persatu.  *terlebih fokus untuk perkara kurang faedah pun tak membawa apa-apa, kan?*

 

Sebab bagi dia…nak cari dan bongkar satu persatu tu pekara yang belum tentu benar….boleh jadi tak membawa kemana pon. *kan* Lebih baik fokus pada hal yang lebih penting.

 

Wanita berjaya,

3. Pilihannya TAK pernah kebetulan

Sebelum buat apa keputusan, dia akan fikir dengan mendalamPertimbangkan dengan sehabis baik.

 

4. Dia TAK ragu dengan kemampuan diri

Kemudian bila dah capai sesuatu keputusan, dia TAK ragu-ragu dan TAK berdolak-dalih dah.

Dia tepat dan nekad dalam membuat keputusan.

 

Kita boleh nampak yang dia

5. TAK terikut-ikutkan trend

Sebaliknya wanita berkeyakinan, dialah yang membuat trend dan dia menjadi ikutan.

Dia takde masa nak fikir ape fesyen dan style yang trending, nak ikut.

Tak. Dia ikut style dia sendiri.  Dia tahu apa yang dia rasa terbaik untuk ditampilkannya olehnya.

 

6. Penjagaan diri BUKAN kompromi

Dia juga tahu apa yang dia betul perlu dan mahukan. Dia tahu dia kena jaga diri sendiri untuk berjaya.

Sebab tu dia sangat mengambil berat hal kesihatan dan kualiti hidup.

 

Dan dia pun tak takut atau teragak-agak nak cakap apa yang dia mahukan.

 

sebab wanita berjaya, dia….

7. TAK gemar memendam perasaan.

Dia lebih milih untuk suarakan fikiran. Berterus-terang. Telus dan jujur.

Tak putar-belit. Takde bermadah-helah. Takde penipuan.

Dia mahu apa yang dia suarakan benar-benar difahami oleh pihak lain.

 

Wanita macam ni dia YAKIN. Kerana dengan keyakinanlah datang kemampuan untuk berterus terang.

 

Orang ?

8. Tak suka ? TAK pe

Dia kenal dirinya sendiri dan dia tahu apa dia mahukan. Dia tak mengharapkan orang untuk menyenangkan dirinya.

No peer pressure.

Oleh sebab tu lah, dia sangat selesa menjadi dirinya sendiri.

 

Dia percaya, orang akan senang dengan dia sebagai dirinya sendiri.

Bukan dengan watak asing yang dia cuba bawak.

 

Dan…

Bila dia memimpin, dia pimpin dengan seikhlas hati

dan dia juga MAMPU hadapi tentangan dari luar.

 

 

Dia…

9. TAK buang masa dengan ‘benda-benda kalau’

“Kalau aku gagal macam mana”…”kalau orang tak suka”…kalau….kalau…. *stop”
Bila dah buat keputusan, [baca balek no.2]

dia tak layan dah “kalau-kalau” ni.

 

Sebab bila dilayan. Usaha akan terhenti dekat situ je….takut dekat hantu “kalau-kalau” tu punya pasal.

 

Wanita berjaya,

10. TAK tersangkut dengan sesalan

Kesilapan tu pedih.

Dia tahu, jadi dia sebab tu dia terus bangkit dan belajar dari kesilapan masa lalu.

Kenal pasti mana silapnya. Apa yang perlu diubah, dia UBAH!

 

 

Sebab tu dia..

11. TAK takut gagal

Tak gagal tak tahu mana silap.

Selagi tak gagal kita tak tahu jalan tu salah.

Kegagalan bukan lawan kepada kejayaa.  Tapi, kegagalan tu sebahagian dari kejayaan.

 

Wanita berjaya,

12. TAK kisah bersusah

Sebab di situlah letaknya keindahan usaha.

Bila dah hampir berjaya nanti. Itu lah inspirasi bagi kita.

 

Dah pernah rasa sakit, penat, comot…

sampai lah ke satu tahap yang cukup hebat. Takkan nak patah balek..?

Disebabkan pernah susah tu, dia sekarang dah kuat, dan tak kan mudah mengalah

 

 

Ha…ini perempuan punya paling power. *super power*

Wanita yang berjaya,

13. Tak abaikan naluri ‘instinct’

Macam mana ibu kita boleh membaca fikiran, macam mana ibu boleh rasa sesuatu telah berlalu  pada anaknya sedangkan dia sendiri pon tak nampak.

Ini lah namanya naluri wanita……Sangat powerful..!

 

Dekatkan diri pada Tuhan…kuatkan keikhlasan. insyaAllah segala instinct mu benar.

Naluri tu gerak hati yang bakal jadi ilham, jadi pesanan dari Tuhan direct kepada kita, wanita. Percaya pada naluri.

 

Lagi, wanita berjaya ni sebenarnya,

14. TAK suka busy

Dia kejar produktiviti bukan busy.

Sebab orang produktif,  siapkan semua kerja dan komitmennya. Sebaliknya kalau dia busy, itu tandanya banyak kerjanya tak siap.

 

Dia,

15. TAK mudah kecik hati

Pendapat adalah pendapat. Boleh kata kebanyakan pendapat takde yang salah.

Cuma perspektif atau sudut pandangan masing-masing je yang berbeza. Itu yang boleh bawa kepada percanggahan pendapat.

So bagi dia, pendapat masing-masing, pilihan masing-masing.

 

Hubungan yang baik itu, sangat berharga. Dia tak nak rosakkan hubungan baik semata-mata sebab nak tegakkan benda yang dah sedia tegak pon sebenarnya. * (-____-) *

 

Mental dia jadi hebat. Sebab tu dia

16. TAK perlukan motivator setiap masa

Mentor? Cukup saja untuk boost and guide. 

Lepas tu, dia dah ada jam loceng, alarm dia sendiri, motivasinya sendiri.

Tak perlu diketuk hari-hari. Dia sendiri berlari mengejar cita-citanya.

 

Dan..

Bila dia diam..? Atau orang lain diam…?

17. TAKPE kalau diam

Diam tu tanda berfikir. Manusia perlu diam untuk rehat, untuk hadam. Diam untuk recharge. 

Dia hargai saat diam. Diam bukan lemah. So takpe kalau diam. Diam itu sebenarnya berharga.

Supaya apa saja yang keluar dari kata-kata tu jadi berisi dan bermakna. *bukan pot-pet atau leteran semata-mata*

 

 

So, nampak kan, power ke power nya menjadi wanita. Untuk jadi wanita yang berjaya tak susah.

Sebab kita sebenarnya dah ada built-in power, iaitu power sedia ada.

 

Cuma apa yang perlu sekarang ialah. Power untuk lawan 17 perkara ni.

Share post ni supaya lebih terkesan dengan minda. Share dengan semua wanita!

Jom jadi wanita yang YAKIN dan BERJAYA dengan AUDELA.

Love,audela-bottle

 

 

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Whatsapp Us!