21 JENIS MAKANAN SUNNAH

  • by

(sumber : https://www.boombastis.com/makanan-dan-minuman-rasulullah/22851)

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua❤

 

Hai kembali lagi bersama Kak Dela. Haa korang pasti tertanya-tanya kan, “apa pulak Kak Dela nak kongsikan kali ni”. Hari ni Kak Dela nak kongsikan pulak tentang 21 jenis makanan sunnah.

 

“Ehh kenapa pulak nak kongsikan tentang makanan sunnah ni?”

Haaa korang tahu tak yang makanan sunnah ni bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi baik juga untuk organ dalaman kita tau. Makanan sunnah ni dapat membantu melancarkan penghadaman makanan dan pelancaran peredaran darah. 💪

Makanan sunnah Nabi SAW juga boleh disatukan menjadi ubat untuk merawat pelbagai penyakit sama ada penyakit kronik atau tidak. Yang paling Kak Dela suka makanan sunnah ni boleh dijadikan produk makanan untuk dinikmati bersama bagi semua lapisan umur tau.

Jom kita tengok apa je makanan sunnah ni :

 

1. Kurma

(Sumber : https://my.theasianparent.com/makanan-sunnah-untuk-ibu-mengandung)

Kak Dela ni tak tau la kenapa, bila sebut je kurma pasti teringatkan iklan yang paling famous bulan puasa tu Hihi 🤭. Ada tak yang geng dengan Kak Dela ni huhu. Kurma ni banyak disebut dalam Al-Quran tau korang . antaranya dalam surah surah Mukminah ayat 19:

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan

 Nabi s.a.w. pernah bersabda:
“Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan”
Sabda Nabi yang lain:
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”

Khasiat kurma adalah sebagai penguat memori, penawar racun dan penawar pelbagai penyakit.

Kurma ni mempunyai  kandungan serat yang tinggi tau. Ni Kak Dela nak bagitau sikit, korang kalau nak diet pasti makan pisang kan. Tapi korang tahu tak yang kurma ni 3 kali lebih tinggi serat daripada pisang. Kurma ni merupakan tenaga segera. Jadi kepada audela lover diluar sana, tidak perlu la nak pergi supermarket semata-mata nak cari pisang ye untuk beri tenaga.Tambahan musim kawalan pegerakan ni memang bahaya pergi ke tempat macam tu. Pergi je kedai runcit Pak Abu tu dah boleh dapat kurma tau huhu.. Kak Dela ni memang suka sangat kurma. Selalu buat jus kurma campur dengan kismis semua. Kak Dela pun suka minum Pomeg dari audela sebab memang rasa kurma dia sedap dan dia ada rasa buah lain juga . Aumm sedap wehh  ..🤤

 

2. Air Zam-zam

(sumber : https://www.indahnyaislam.my/2016/06/telaga-air-zam-zam-pam-11-liter-sesaat/)

 

Sebagai umat islam, jangan tipu Kak Dela yang korang tak tahu air zam zam tu apa ye 😡. Air zam zam ni memang sangat terkenal sebagai air yang diberkati dan dapat mengubati mahupun mencegah penyakit dengan izin Allah.

Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut:

“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”

Mengikut kajian saintifik juga menujukkan bahawa air zam zam mempunyai struktur molekul air yang unik dan bersifat beralkali. Ciri ini dapat mengimbangi keasidan di dalam badan kita. Wow sampai saintis buat kajian ye tentang air zam zam ni. Selain itu, air zam zam mengandungi banyak mineral untuk kebaikan badan kita antaranya ialah fluorida, kalsium, klorida, sulfat bikarbonat, kalium dan natrium. Iman At-Tirmizi juga pernah menerang bahawa air zam zam yang diminum akan diberi manfaat kepada seseorang mengikut hajat baik orang tersebut.

Haih cakap pasal air zam zam ni, Kak Dela teringat masa zaman Kak Dela budak budak dulu. Setiap kali ahli keluarga balik dari Mekah, pasti beratur dengan saudara mara sambil bawak cawan sebab nak minum air zam zam ni. 😕

 

3. Zaitun

(sumber : http://labbaik.id/khasiat-terbesar-buah-zaitun/)

 

Korang pasti selalu dengar kan minyak zaitun. Haa minyak tu dibuat daripada buah zaitun ni la. Buah zaitun banyak khasiat tau korang. Dalam al-quran juga disebut dalam surah An-Nur ayat ke-35.  Dulu Kak Dela selalu tengok Kakak Kak Dela lepas masak bubur nasi untuk anak dia, dia akan letak sejenis minyak ni. Tapi masa tu kan Kak Dela kecik lagi, mana tahu minyak apa dia letak, rupanya dia letak minyak zaitun untuk anak dia. Bila Kak Dela tanya kenapa letak minyak tu, dia kata sebab nak bagi pandai. Huhu. Rupanya minyak zaitun memang dapat membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung. 

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.

Nabi Muhammad SAW telah nasikatkan umatnya untuk menggunakan minyak zaitun untuk menjagaan badan dan kesihatan. Nabi Muhammad SAW sendiri memakai minyak zaitun di rambut.

 

4. Madu Lebah

(sumber : https://selangorkini.my/2018/01/madu-bukan-penawar-kanser-dr-yasmeen/)

 

Haa yang ni adalah kegemaran Kak Dela. Kak Dela memang suka sangat dengan madu lebah ni. Dia punya manis tu . tak boleh nak ungkap dengan kata-kata.. Wuhuuuu 😋. Madu memang sangat terkenal dengan khasiatnya yang banyak dan dikatakan sebagai ibu segala makanan.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya”

Rasulullah mengamalkan minum madu bercampur dengan air kosong untuk diminum pada waktu pagi ketika perut kosong. Madu juga boleh menyembuhkan penyakit cirit-birit. Siapa sangkakan madu yang manis macam caramel tu boleh sembuhhkan pelbagai penyakit. Haih,teringin pulak Kak Dela nak minum madu. Tapi madu Kak Dela dah habis, takpe lah Kak Dela minum pomeg je. Kandungan dalam pomeg mengandungi madu. Jadi memang Kak Dela minum pomeg jelah sekejap lagi huhu 🤭

 

5. Buah Tin

(sumber : https://news.detik.com/berita/d-4705519/13-manfaat-buah-tin-yang-disebutkan-dalam-al-quran)

 

Haa buah satu ini sangat istimewa. Korang tengok je macam buah biasa kan. Siapa sangka bahawa buah ini ialah buah syurga.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata ‘inilah buahnya(tin)’. Sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya.”

Korang kaalu nak hilangkan toksin dalam badan, mengurangkan batuk yang berpanjangan, membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus digalakkan makan buah tin ini 😉. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian, tetapi rendah sodium.

 

6. Delima

(sumber : https://rahsiaque.blogspot.com/2016/09/khasiat-buah-delima.html)

Hmmm. Kak Dela bila tengok buah delima ni, teringat dulu-dulu ,mak selalu beli letak dalam peti sejuk. bukak je peti sejuk pasti nampak buah ni. Dah besar Kak Dela pulak beli untuk mak. Yelah kan takkan nak suruh mak belikan lagi untuk kita. Iya idok? huhu 😜..

Buah delima ni memang terkenal di kalangan ibu-ibu. Kerana khasitnya yang banyak. Antaranya ialah mempunyai tahap antioksida yang tinggi, melawan penyakit jantung, meransang tenaga batin, menguatkan system pertahanan badan , mengurangkan risiko penyakit manis, mengelakkan kanser payudara, merendahkan tekanan darah menguatkan sehitan gigi dan banyak lagi.

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].

 

7. Susu Kambing

(sumber : http://kanal24.co.id/read/10-manfaat-susu-kambing)

 

Susu Kambing meupakan minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW. Susu kambing adalah minuman bekhasiat untuk badan kita.Susu kambing lebih berkhasiat daripada susu lembu. Mengikut kajian , susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning dan sebagainya.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”

 

8. Habbatus sauda

(sumber : https://www.mstar.com.my/klik/2016/06/20/madu-campuran-habbatussauda)

 

Penyelidikan yang dilakukan terhadap Habbatus sauda menemukan bahawa kesan positif berkaitan dengan kesannya sebagai bahan antiradang dan antitumor serta dapat meningkatkan system imunisasi badan kita.

 

9. Saffron

(sumber : https://getpeopleplus.com/the-advantages-of-saffron-the-most-costly-spice/)

 

Saffron ni tergolong antara bahan termahal didunia. Saffron mempunyai khasiat yang tinggi. Saffron dapat mengubati penyakit sawan, penyakit hati, demam, mati pucuk dan melancarkan saluran darah. Kak Dela teringin nak beli saffron ni sebenarnya, tapi oleh kerana harganya mahal Kak Dela hanya mampu minum pomeg sahaja , kerana saffron menjadi salah satu kandungan dalam pomeg. huhu 🤗.

 

10. Halia

(sumber : http://m-adif-firdaus.blogspot.com/2015/11/21-makanan-sunnah-nabi-yang-patut.html)

 

Haa yang ni kalau perempuan tak tahu, memang tak pernah pergi dapur betul tak? Halia ni memang terkenal dikalangan orang yang perut kembung hihihii.. Kalau perut kembung habis halia didapur dikebasnya 😂. Halia dapat membantu penghadaman dan memanaskan badan. Halia juga dikatakan mampu melegakan rasa loya, penyakit sendi dan membantu pengedaran darah. Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat17, Surah Al-Insan) firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan mereka dalam Syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”.

 

11. Halba

(sumber : http://m-adif-firdaus.blogspot.com/2015/11/21-makanan-sunnah-nabi-yang-patut.html)

 

Nabi s.a.w. pernah bersabda:

“Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”.

hulbah mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya ialah hulbah dapat membantu pengaliran haid (ini untuk wanita saje ye 😆) dan dapat meyembuhkan sakit perut yang memulas. Untuk pengetahuan korang, halba sering digunakan oleh wanita arab untuk mencantikkan buah dada. Selain itu, ia juga dapat menambah susu badan bagi wanita yang menyusu. Khasiat lainnya, ia dapat mengurangkan kolestrol, melegakan batuk kronik, bengkak gusi dan mengurangkan gula.

 

12. Barli

(sumber : https://www.rasa.my/khasiat-yang-boleh-dapat-jika-amal-minum-air-barli-setiap-hari/)

 

Panas-panas macam ni memang sesuai sangat minum air bali ni. Air bali terkenal dengan air yang dapat menyejukkan badan. Haih tiba-tiba teringin pulak Kak Dela nak minum air barli ni .Nampaknya Kak Dela kena beli barli ,yelakan nak minum di kedai, restoran pun tak bukak .huhu 😕..

Barli dapat merawat demam kerana dapat menyejukkan badan. Rasulullah SAW pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan kolestrol, melawaskan kencing, membantu masalah sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis. (jangan campur dengan gula ye!).

 

13. Roti

(sumber : https://realfood.tesco.com/step-by-step/how-to-bake-the-ultimate-loaf-of-bread.html)

 

Setiap jenis roti memilki kandungan serat dan kalsium yang berbeda. Roti yang lebih bagus ialah roti yang menggunakan gandum. Ia sangat kaya dengan pelbagai zat besi. Roti yang diperbuat dari gandum juga dapat menurunkan kolestrol dan mengelakkan risiko  penyakit jantung dan masalah diabetes.

Kak Dela nak pesan ye, lebih elok roti dibiarkan sejuk dahulu sebelum dimakan,kerana apabila dimakan ketika panas, kita akan merasa haus. Manakala, roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut kita.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dgn tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”

 

14. Cuka Epal

(sumber : https://iamlejen.com/khasiat-dan-kebaikan-apple-cider-vinegar/)

 

Untuk kaki diet tu memang akan kenal cuka epal ni.  cuka epal ini dapat memcahkan lemak-lemak didalam badan , melancarkan saluran darah, menambah dan menguatkan tenaga dalaman, meningkakan kecerdasan otak, melawaskan usus kecil mahupun besar dan banyak lagi. Cuka epal dikatakan sebagai tonik kesihatan bagi orang greek.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku”

 

15. Anggur

(sumber : https://shopee.com.my/Pokok-Anggur-Hybrid..-i.61098042.1444079616)

 

Anggur mempunyai kandungan vitamin yang sangat c dan b6 yang tinggi serta minerat kalium yang bagus untuk saluran pencernaan dan saluran kecing kerana bersifat diuretic. Manakala biji anggur mengandungi antioksidan pycnogenolyang yang berfungsi sebagai penguat kolagen, meningkatkan fungsi pembuluh darah dan anti penuaan.kulit anggur juga mempunyai manfaatnya tersendiri.

Jadi kepada audela lover sekalian, Kak Dela harap korang apabila makan anggur jangan buang biji dan kulit anggur tu ye, apa salahnya kita makan satu biji anggur itu terus tanpa buang biji didalamnya. Huhu. Banyak manfaat kita perolehi daripada anggur

Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman:

“Dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yg berdampingan, kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman, pohon kurma yg bercabang dan yang tidak bercabang; disirami dengan air yang sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yang satu dari yang lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang  yang mengerti”

 

16. Timun

(Sumber : http://yaniasmawi.blogspot.com/2016/10/mentimun-khiyar-makanan-sunnah-dan.html)

 

Abdullah bin Jaafar r.a. meriwayatkan bahawa “baginda Rasulullah SAW makan mentimun dengan buah kurma masak”.

(Riwayat Tarmizi) Imam Ibnul Qayyim berpendapat bahawa timun baik untuk menyejukkan perut yang panas dan melancarkan buang air kecil. Menurut Abu Isa al-Tarmizi: Ianya hadis hasan lagi sahih lagi gharib.

Nabi mengajar kita, apabila kita mengambil makanan yang panas, kita harus seimbangkan semula suhu badan kita dengan mengambil makanan yang sejuk. Oleh kerana itu, Nabi mengambil timun bersama kurma, kerana timun bersifat sejuk ,manakala kurma bersifat panas dan kering. Apabila makan keduanya, suhu badan akan menjadi seimbang. Selain itu, timun juga bagus untuk kita kita tau. Timun mengandungi vitamin c yang mampu meredakan radang kulit.

 

17. Daging Kambing

(sumber : http://nasihatustazkini.blogspot.com/2017/06/kita-diperdaya-media-barat-tentang.html)

 

Haa siapa yang tak suka daging satu ni iya dok?. Daging yang paling sedap ni. kita sering dengar orang kata daging kambing ini tidak elok untuk kesihatan kan. Sebenarnya, itu semua tidak betul tau  korang.

Daging kambing ni merupakan makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW tau. Mengikut kajian daging kambing adalah daging yang paling baik untuk jantung. Ianya dapat mengurangkan darah tinggi, obesiti,  mencatikkan kulit serta mengurangkan stress .

 

18. Tembikai

(sumber  : http://www.7klik.com/2018/05/8-khasiat-buah-tembikai.html)

 

Siapa yang tak kenal dengan buah buncit, gemok bulat ni kan. Kak Dela memang suka betul dengan buah tembikai ni, petang-petang Kak Dela akan beli buah tembikai potong depan rumah tu. Hihi 🤭.. Tembikai ialah buah kesukaan Rasulullah selepas buah labu.

Buah tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Selain itu, Nabi juga berkata bahawa wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata,

“Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buah kurma basah.”

 

19. Labu

(Sumber : https://azzlam.com/men/artikel/detail/rasulullah-menyukai-labu-dan-manfaatnya-untuk-kesehatan)

 (Ash-Shaffat: 146) ;

“Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu.”

Ayat ini menceritakan kisah Nabi Yunus setelah ditelan ikan paus kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala menyelamatkannya dan menumbuhkan pohon yaqtin atau labu.

Buah labu ni merupakan buah kegemaran Nabi Muhammad SAW (merupakan kegemaran Kak Dela juga ye  )selain daripada kurma dan tembikai . Labu mempunyai pelbagai nutrisi dan zat yang mana bagus untuk tubuh badan, teruma kepada orang yang rabun malam dan diabitis. Selain daripada itu, ia juga dapat mengawal nafsu makan, merawat masalah kecacingan dan mencegah batu karang.

 Daripada hadis Anas bin Malik RA :

“Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ”.

 

20. Cendawan

( Sumber : http://www.butterkicap.com/open-house/5-resepi-cendawan-untuk-dinikmati-pada-hari-cuti)

 

Cendawan mempunyai pelbagai khasiat. Mengikut kajian yang telah dilakukan, cendawan dikatakan dapat meningkatkan sistem imunisasi badan (terutamanya bagi pesakit kanser), juga berperanan melawan alergik dan radang.

Daripada Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda:

“Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yg sgt istimewa) dan dapat mengubati mata”

 

21. Garam

(sumber : http://jkkksribengkal.blogspot.com/2013/02/khasiat-garam-dalam-perubatan-islam.html)

 

Nabi Muhammad SAW mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian baginda. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Tujuannya adalah bagi menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.

Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

“Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam.”

Betullah kata Nabi Muhammad kita, bahawa penghulu segala lauk pauk itu ialah garam. Kalau kita masak tidak menggunakan garam, memang makanan itu tidak menjadi betul tak? Tambah-tambah Kak Dela yang sukakan makanan yang terlebih masin ni . huhu.

Haa itu semua adalah 21 jenis makanan sunnah yang semua harus tahu ye. Sebenarnya kebanyakkan makanan sunnah tu, adalah makanan yang sering digunakan oleh kita dalam pemakanan harian je kan. Tapi masih ada yang mengetahui tentang kebaikannya. Makanan sunnah ini juga sering digunakan dalam pembuatan produk-produk kecantikan mahupun kesihatan. Macam Kak Dela, Kak Dela suka produk kesihatan yang mengandungi makanan sunnah ni, hal ini kerana, apabila produk mengandungi makanan sunnah , ia dijamin berkualiti , betul tak? Kita tidak dapat menafikan kelebihan makanan sunnah ni.

Sekarang Kak Dela mengamalkan Pomeg daripada Audela. Pomeg mengandungi 4 jenis makanan sunnah didalamnya (saffron, madu, delima dan kurma) jadi tidak perlu lagilah Kak Dela gelabah nak cari madu, kurma semua tu.. huhu 🤗.. Sampai disini sajalah Kak Dela kongsi ye. Perut Kak Dela pun selalu  berbunyi je, mentang-mentang la tulis pasal makanan .. hahahaha. Dah jom Kak Dela nak minta diri dulu ye . Kita pergi masak la pulak huhu. (untuk pengetahuan korang Kak Dela nak masak cendawan dengan daging kambing tau.. hihihi) Jangan jealous tau..

 

Ps : Ingat amalkan makanan sunnah baru hidup kekal sihat harmoni❤️

 

Assalammualaikum ..bye 👋

 

Sumber rujukan :

http://habbatussaudapatidelima.blogspot.com/p/buah-delima.html

https://www.facebook.com/692285584194484/photos/tahukah-anda-bahawa-buah-delima-mempunyai-khasiat-yang-jarang-diketahui-oleh-keb/694802503942792/

http://www.myhealth.gov.my/makanan-sunnah/

https://people.utm.my/zuraida/sample-page/49-2/

http://yaniasmawi.blogspot.com/2016/10/mentimun-khiyar-makanan-sunnah-dan.html

https://azzlam.com/men/artikel/detail/rasulullah-menyukai-labu-dan-manfaatnya-untuk-kesehatan

http://kaunselingsyarie.blogspot.com/2016/05/garam-makanan-sunnah-rasulullah-saw.html

https://zayan.my/zayan-pit-stop/kesihatan/7-makanan-sunnah-yang-patut-anda-amalkan

 

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

Setiap Hari

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *