5 CARA BERSYUKUR

  • by

(Sumber : https://www.liputan6.com/citizen6/read/3904240/5-cara-mendekatkan-diri-kepada-allah-swt-agar-selamat-dunia-akhirat)

 

Hi Assalammualaikum semua🤗

Sihat ke semua ? Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati dunia ni kan. Walaupun sekarang pelbagai masalah dialami oleh kita semua, tapi kita tetap sihat , hidup bahagia aman harmoni , betul tak? Allah berikan kita kemudahan, kesenangan, dan pelbagai lagi. Tapi adakah kita bersyukur atas apa yang dikurniakan? Macam mana nak tahu yang kita bersyukur atas apa yang diberi oleh Nya? Macam mana cara nak bersyukur? Adakah dengan tengok tv, youtube dan Netflix tanda sebagai kita bersyukur kepada Allah ?

Oleh kerana kita diberikan kesenangan oleh Allah. Kenapa tidak kita buat sesuatu sebagai tanda kesyukuran kita. “hmmm, tapi Kak Dela, nak buat apa je sebagai tanda kita bersyukur?” . Kalau korang masih keliru mahu lakukan apa untuk membuktikan bahawa anda bersyukur, jom Kak Dela kongsikan sedikit , apa je yang boleh ita lakukan untuk membuktikan bahawa kita bersyukur dengan kurniannya Tuhan.

 

 Cara Bersyukur

1.    Mengucap kalimat-kalimat pujian kepada Allah SWT

(sumber : https://www.facebook.com/spabekamarrayyan/photos/mulakan-pagi-anda-dengan-zikir-ringkas-ini-sebagai-permulaan-hidup-yang-diredhai/1654323324584012/)

Kita kalau bersyukur haruslah sering melafazkan kata-kata pujian nan indah terhadap Allah SWT, korang kalau buat kerja boleh la sambil-sambil berzikir kepada Allah, daripada kita nyanyi lagu yang bukan-bukan tu kan. Apabila kita berzikir, kita akan lebih dicintai oleh Sang Pencipta Yang Maha Esa 😊

 

Rasulullah SAW bersabda:

·         “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai (oleh) Allah Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat “Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil’Adzim”. (HR Bukhari  dan Muslim).

·         “Barang siapa mengucapkan subhanallah wa bihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut”.(HR Muslim dan Tirmidzi)

·         “Barang siapa mengucap subhanallah maka baginya sepuluh kebaikan. Barang siapa membaca la ilahaillallah maka baginya duapuluh kebaikan. Dan barng siapa membaca alhamdulillah baginya tiga puluh kebaikan.”

 

2.    Meningkatkan ketakwaan.

 (sumber : https://griyaalquran.id/hindari-azab-allah-bertaqwa-nya-ii/)

Meningkatkan ketakwaan juga boleh dilakukan sebagai tanda kita mensyukuri atas nikmat Allah. Sebagai contoh meningkatkan takwa ialah, melakukan solat sunat, kalau kita seorang pekerja yang tidak ada masa untuk melalukan solat sunat, kita masih boleh buat pada waktu lain, contohnya pada waktu malam, selain itu,  berpuasa sunat pada setiap minggu dan banyak lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketakwan kita kepada Allah.

 

3.    Bersedekah

(Sumber : https://mykmu.net/2019/11/19/naungan-di-akhirat-untuk-orang-bersedekah/)

Bersedekah adalah salah satu cara kita menunjukkan bahawa kita bersyukur kepada Allah, jikalau kita dilimpahi dengan rezeki dari Allah, maka sedekah antara sesama manusia boleh menunjukkan bahawa kita bersyukur. Kita sebagai manusia haruslah sentiasa bersifat rendah diri dan jauhkan diri dari sifat tamak (Aamin🤲).  Jangan risau kita akan jatuh miskin jika sering berbagi harta kepada orang lain, kerana jikalau kita sering bersedekah InshaAllah rezeki kita akan bertambah😊.

 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (QS. Adh-Dhuha: 11)

 “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur),”

 

4.    Berkongsi ilmu

(sumber : https://www.thevocket.com/perkara-yang-anda-perlu-tahu-jika-ingin-berkahwin-dengan-cikgu/)

 Kita sebagai umat islam janganlah “lokek” dengan ilmu yang kita ada. Kerana semua ilmu yang kita ada itu , adalah ilmu yang diturunkan oleh orang lain kepada kita juga. Apabila kita ada ilmu yang luas , baik itu ilmu agama mahupun umum, haruslah kita membagi ilmu kita kepada orang lain. Contohnya korang boleh berbagi ilmu melalui laman media social pada waktu sekarang yang mana waktu kawalan pergerakan ini.

 Rasulullah SAW  bersabda:

 Sebaik-baiknya manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

  

5.    mengadakan majlis kesyukuran

(Sumber : http://teratak-maya.blogspot.com/2017/01/kenduri-kesyukuran.html)

Kalau kita ada rezeki lebih, apa salahnya kita buat majlis kesyukuran di rumah untuk membuktikan bahawa kita besyukur atas apa yang diberi oleh Nya. Majlis kesyukuran selalu dilakukan apabila kita dapat mencapai sesuatu hajat tertentu, akan tetapi majlis kesyukuran boleh dilakukan bila-bila saja jikalau kita mahu menunjukkan bahawa kita bersyukur dengan Allah. Kalau korang tak mampu buat majlis kesyukuran, korang bole je belanja kawan-kawan korang . Kak Dela kalau keluarga buat majlis kesyukuran ni, Kak Dela memang semangat, huhu. 🤭.. bila tengok ada orang masjid dan orang ramai datang rumah, hati rasa tenang je. hmmmm.. tiba-tiba Kak Dela rindu nak balik Kampung😔..

Itu adalah 5 cara yang boleh anda lakukan sebagai tanda anda bersyukur kepada Allah SWT.  Sebenarnya banyak yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan bahawa kita bersyukur kepada Allah SWT. Contohnya sentiasa senyum walaupun, hidup kita diuji oleh Allah, menjauhi penyakit hati dan banyak lagi. Terutama masa sekarang ini, waktu perintah kawalan pergerakan sebenarnya banyak hikmah yang dapat kita perolehi kalau kita pandang dari sudut positif. Waktu sekaranglah waktu yang paling sesuai untuk kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah, dengan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Jikalau sebelum ini, kita sering tiada waktu untuk meluangkan masa untuk Allah, sekarang adalah masa yang paling tepat kerana Allah memberikan kita waktu yang begitu lama untuk kita mendekatan diri kepadanya.

 Ingat Kita haruslah meluangkan masa-masa kita dengan melakukan aktiviti yang berfaedah tau 🌹. Sampai sini jelah ye. Kak Dela nak minta diri dulu.

 Asslammualaikum 🤎

 

(sumber : https://denaihati.com/5-cara-bersyukur-dengan-mudah)

 

 Sumber

 

·         https://dalamislam.com/akhlaq/amalan-shaleh/cara-bersyukur-menurut-islam

·         http://www.fatehteam.com/5-cara-syukur-untuk-hidup-bahagia/

 

#ICAREYOU

AUDELA

Makin Muda Makin Sihat

 

Setiap Hari

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *